|
5.Sesudah merdeka bangsa ini terus
berkongres bagi menghasilkan konsensus bangsa dalam
mengisi kemerdekaan, menghapuskan segala nilai dan
norma tinggalan kolonial yang tidak sesuai. Dan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di
Singapura pada tahun 1951, Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu yang kedua di Seremban pada tahun
1952, Kongres Kebudayaan Nasional yang pertama pada
tahun 1956, dan Kongres Kebudayaan Malaysia pada
tahun 1970; para pemimpin dan para pemuka memerah
akal dalam mencari ciri-ciri jati bangsa.
Demikianlah jua dengan kongres-kongres Ekonomi
Bumiputra yang amat monumental pada tahun 1965 dan
1968.
6.Pada kali ini Kongres yang kita adakan adalah
berlainan daripada kongres-kongres yang satu,
walaupun ianya satu kesinambungan. Pada kali ini kita
tidak lagi menjalankan kongres secara terpisah -
pisah, tetapi melaksanakannya secara menyeluruh dan
bersepadu. Di sini terangkum semua aspek-aspek yang
menyentuh kepentingan bangsa, iaitu pendidikan,
ekonomi, sosio-budaya dan kepimpinan yang dibincang
secara kait-mengait. Justeru isu dan masalah yang
mendepani bangsa pada masa ini terlalu rumit dan
kompleks. Kita tidak boleh lagi melihat semua
persoalan ini secara berpetak-petak.
Dasar Pendidikan Bangsa dan Cabarannya
7. Semenjak merdeka, 48 tahun tamatnya, pendidikan di
negara ini mencapal tahap kemajuan yang membanggakan
kita semua. Titik tolaknya bermula dengan dasar
pendidikan kebangsaan berasaskan wawasan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang kemudiannya
diterima oteh kerajaan dan dimaktubkan sebagai
Undang-undang Petajaran 1957, menggantikan Education
Ordinance 1952 yang diguna pada zaman
prakemerdekaan. Pelaksanaan wawasan Penyata Razak
sampai ke tahapnya yang lojikal apabila mulai tahun
1983, semua Institusi Pengajian Tinggi awam
dikehendaki mula mengajarkan semua kursus tahun
pertamanya datam bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utamanya. Sayugia diingat bahawa terdahulu
daripada itu, iaitu pada tahun 1970, bahasa MeLayu
digunakan sebagai bahasa pengantar di peringkat IPTA
apabila Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan
pada tahun itu.
8. Menerusi pengajian dalam bahasa Melayu, ribuan
siswazah MeLayu dan bukan Melayu dikeluarkan oleh
pusat-pusat pengajian tinggi. Mereka terbukti unggul
daLam pelbagai bidang ilmu dan profesionalisma.
Buktinya jelas bahawa siswazah yang dididik oLeh
bahasa Melayu tetap unggul dan cemerlang.
teruskan membaca |