BALIK KE MUKA UTAMA


 

Warisan Perjuangan Bangsa

1. Dari kongres orang Melayu pada tahun 1946 dengan sebuah gagasan besar menentang Malayan Union tajaan Inggeris, bangsa mi meninggalkan sebuah mercu tanda perjuangan sehingga terbentuknya sebuah kerajaan sendiri pada tahun 1948. Dan kongres itu perjuangan menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan mendapat momentum baru yang akhirnya membawa kepada turunnya Union Jack yang berkibar sejak tahun 1786 itu, dan sebagai gantinya berkibarlah bendera baru Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Dan bergemuruhlah teriakan keramat ~‘Merdeka!” yang kita warisi hingga kini.


2. Negara Persekutuan Tanah Metayu, yang diperluas menjadi Malaysia telah menyepakati sebuah Perlembagaan yang secara khusus kedautatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, seperti yang termaktub di dalam Fasal-fasal 3, 32, 38, 152, dan 153.


3. Seorang peguam ternama, baru-baru mi mengkaji secara terperinci laporan Federation of Malaya Constitutional Commission 1956-1957 yang dikenal sebagai Suruhanjaya Reid. Betiau mendapati bahawa hak keistimewaan orang Metayu diakui dan diiktiraf sebagal satu hak asasi (fundamental rights), lama sebelum merdeka. Salah satu daripada tugas Suruhanjaya Reid datam Section 3(v) adalah bagi melindungi hak keistimewaan orang MeLayu. Ini bererti Suruhanjaya ini ditubuhkan bagi memastikan hak ini dipelihara dan dilindungi. Pertu difahami, hak keistimewaan orang Melayu tidak timbul atau wujud ekoran danipada satu kontrak sosial ” yang dikaitkan dengan persetujuan atau tolak ansur yang dibuat semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957; ataupun daripada kompromi dengan kaum-kaum bukan Melayu.


4. Menurut Section 163 dan Section 164 laporan tersebut, hak keistimewaan orang Melayu bukan sahaja wujud sebetum Tanah Metayu mencapai kemerdekaan, malah hak tersebut sudah wujud dan diiktiraf dalam persetiaan (treaties) asal yang dimeterikan di antara pihak penjajah British dengan raja-raja Melayu. Oleh itu hak keistimewaan Melayu adalah satu hak asasi dan segi undang-undang atau ~fundamentat Legal rights” yang wujud sebelum merdeka. Sesungguhnya hak ini mesti dipertahankan sebagai hak wariisan Melayu zaman-berzaman. Amatlah tidak wajar untuk diremehkan dan dipersoal oleh mana-mana pihak.
 

teruskan membaca

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762