BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: melayulayu@yahoo.com

From_Name: Hj Ahamad Ismail

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Apa lagi Lim Kit Siang mahu?

Hari ini DAP dengan semangat kuat KECINAAN mereka menuntut ruang dalam Perkhidmatan Awam. Mereka dengan statistik mereka terus menuduh bahawa Perkhidmatan Awam kita sebagai Perkhidmatan Melayu dan bukan Malaysia. Apakah kita tidak sedar bahawa sekali lagi DAP menuntut dalam konteks perkauman dan kita Melayu semakin malu dalam memperjuangkan hak.

Saudara,

Saya pasti apa yang diminta oleh Cina ini pasti disokong oleh MCA dan Gerakan. Mereka mahu peluang dan kuota di perbuatkan pula untuk kemasukkan orang - orang Cina dalam Perkhidmatan Awam setelah semua ruang swasta sudah mereka bolosi dan pegang oleh mereka.

Perniagaan dan arena koporat besar - besar sudah dikaut dan hari ini mereka menjerumus menuntut kuasa dalam Perkhidmatan Awam. Ini adalah perjuangan mereka bersama, satu rumpun Cina berlainan parti tidak mengapa.

Dalam masa yang sama kita masih lagi menipu dalam statistik pegangan Melayu dalam sektor perniagaan. Dasar DEB dikatakan menurun dari capaian hasrat 30% kepada 17 %. Statistik ini telah disangkal beberapa pihak tetapi apa yang jelas Melayu bagi saya hanya memegang sampah - sampah perniagaan yang ditinggalkan oleh kaum Cina.

Jangan tipu lagi, kita sendiri lihat Negeri Cheng Ho , berapa banyak Cina dah sapu, kita lihat Jalan Bukit Bintang , kalau dahulu UDA menjadi dominasi kawasan kini UDA hanya sampah dipinggir pekan maksiat yang ada. Apakah saya menipu, periksa sendiri.

Saya pikir selagi kita tidak bangkit secara berani menuntut kembali hak - hak kita maka selagi itu kita akan menjadi sampah dalam negara ini. Kita melukut ditepian gantang, kita terus terpinggir dan akhirnya budaya, bangsa, bahasa semuanya hilang begitu sahaja.

Kepimpinan kita terus menipu statistik kejayaan orang Melayu. Kita terus berusaha menjayakan syarikat gergasi yang kulitnya Melayu dan terasnya , atau pemegang sahamnya orang lain.

Last sekali - esok kita dipenjara kerana menyentuh sensitiviti perkauman.   
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762