|
Tragedi tanah runtuh: Khir Toyo terus
tersepit
ROSLAN SMS
Gerakan mencari dua lagi mayat mangsa korban tanah runtuh di
Hulu Klang masih diteruskan.
Seluruh negara terpegun bagaimana kejadian seumpama ini boleh
dibiarkan berulang setelah berkali-kali berlaku tragedi yang
serupa. Semalam di BLOG ini saya telah menulis:
Soalnya mengapa kerajaan negeri sekadar memberikan syor? Jika
sudah menjangkakan kejadian buruk akan berlaku sepatutunya
menjadi tanggungjawab kerajaan negeri mengarahkan agar
dihentikan projek tersebut!
Rupa-rupanya semalam juga di Bukit Mertajam PM Dollah Badawi
melahirkan sentimen yang sama.
Kata beliau:
Jangan bagi amaran sahaja, kalau mereka tidak peduli dan telah
melakukan kesalahan, kena ambil tindakan.
Kalau tidak ambil tindakan orang tidak akan endah dan dia (pemaju)
akan buat sesuka hati. Dia apa peduli, orang (pihak berkuasa)
bukan ambil tindakan.
Jelas pernyataan ini Dollah tujukan kepada Khir selaku MB dan
Ketua Eksekutif Negeri.
Dan mengambil isyarat dari Dollah UTUSAN hari ini turut
menyerang Khir dengan membawa tajuk di muka depannya:
Salah siapa? Pemaju cuai kata MB. Pemilik tanah langgar
peraturan kata MPAJ
Menurut laporannya UTUSAN menyebut:
Seperti biasa seolah-olah terlalu sukar untuk mencari siapa yang
bersalah sehingga memungkinkan tragedi itu berlaku yang bukan
sahaja meranapkan tiga blok rumah panjang tetapi juga meragut
nyawa empat penduduk termasuk dua daripadanya kanak-kanak.
Persoalannya, kenapakah tiada tindakan diambil? Kenapa hanya
mengakui keingkaran pemaju itu setelah tragedi terjadi? Wajarkah
HANYA NASIHAT diberikan kepada mereka yang melakukan perbuatan
yang boleh mengancam nyawa manusia?
Bagi saya begitulah sekiranya kerajaan tidak mengamalkan prinsip
ACCOUNTABILITY ataupun pertanggumgjawaban. Kalau di
negara-negara dunia pertama pasti Menteri atau Pegawai yang
terlibat akan meletakkan jawatannya kerana menerima dan memikul
pertanggungjawaban terhadap insiden itu, tetapi di sini MB masih
berlakon seolah-olah nak menjejaki pesalah, sedangkan orang
semua tahu bahawa CULPRIT yang sebenarnya adalah beliau sendiri.
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
TONTONI WEB TV ALTERNATIF
http://wtv8.tv
|