BALIK KE MUKA UTAMA


Sedih Melayu kritik DEB atau ANB - Khairy Jamaluddin

Utusan Malaysia Khairy Jamaluddin 29-07-2005

``Saya sedih apabila orang Melayu sendiri pun terikut-ikut dengan hujah-hujah (mengkritik semangat DEB) itu,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI 

``Ini bukan hanya daripada orang bukan Melayu. Sesetengah orang Melayu pun terikut-ikut juga,'' katanya yang menyifatkan golongan itu sebagai kacang lupakan kulit - atau boleh kita katakan khianat selepas mendapat manfaat. 

Kenapa dan mengapa ada orang - orang Melayu mengkritik semangat DEB

Ini bukan soal menolak DEB editor1@umno-reform.com mengulas. Orang Melayu tidak akan mengkritik sebarang usaha untuk membangkitkan penglibatan mereka dalam ekonomi. Orang Melayu mahu sendiri mahu melihat pegangan ekonomi orang - orang Melayu meningkat malah melebihi 30%. Orang Melayu mahu melihat bangsa mereka maju tetapi bukan dengan cara menindas kaum lain. Kita juga mahu keharmonian kehidupan di Malaysia yang melibatkan semua bangsa. 

Namun pesimistik orang - orang Melayu adalah kepada perlaksanaan. Sekali lagi bukan persoalan tidak menyokong tetapi persoalan keraguan timbul. 

Apakah hasrat DEB atau Agenda Nasional Baru yang lantang di laungkan akan mencapai hasrat dengan pengagihan yang adil atau hanya memberi peluang kepada beberapa kerat individu?

Ini adalah persoalan yang banyak di bangkitkan apabila kita meninjau kegagalan orang - orang Melayu memegang 30% ekuiti perniagaan setelah 35 tahun DEB dilancarkan. Kita tidak nafikan bahawa kejayaan membangkitkan orang - orang Melayu dalam bidang pendidikan, pengeluaran profesional muda seperti peguam dan kedoktoran wujud tetapi ASAS Dasar Ekonomi Baru adalah pegangan ekuiti, hartanah serta pegangan dalam infrastruktur perniagaan. Kita tewas dalam semua aspek tersebut. Kita juga tewas dalam perniagaan yang melibatkan orang - orang Melayu sebagai penggiat ekonomi dan penglibatan runcit yang hampir 90% dikuasai oleh orang - orang Cina. Kita harus menilaikan semua itu dan bertindak ikhlas memperkatakan kenapa pencapaian Melayu kekal tidak berganjak sejak dari tahun 1985 sehingga sekarang. 

Glokal dan vokal

Kita harus menerima kritikan mereka yang berbangsa Melayu terhadap usaha dan cadangan perlanjutan DEB atau terma baru Agenda Nasional Baru. Mereka bukan alpa terhadap apa yang berlaku. Mereka tahu tetapi mereka tidak cukup vokal untuk menyuarakan kepincangan. Kita harus melaksanakan ke atas diri kita sendiri, mendisiplinkan diri kita dalam konteks ini merujuk kepada kepimpinan khususnya UMNO. Mereka ragu kerana mereka tidak yakin akan perlaksanaan yang bakal di buat untuk ANB. Keyakinan mereka bertambah kurang kerana yang menyebut mengenai kemelesetan Melayu adalah kepimpinan Melayu itu sendiri. Kita harus bersikap adil, kalau meritokrasi diadakan terhadap kemasukan pelajar dalam Universiti, meritokrasi terhadap perlaksanaan projek yang di beri oleh kerajaan harus turut ada. Lebih dari itu meritokrasi terhadap kepimpinan adalah yang terpenting kerana setiap kali kegagalan sesuatu dasar yang di kerah dan yang akan menerima bencana adalah orang - orang Melayu tetapi kepimpinan terus di kekalkan.

Orang - orang Melayu sudah cukup menerima segala macam sumpah seranah dari kepimpinan Melayu sendiri tetapi sebenarnya apakah kepimpinan itu berlaku adil dalam membicarakan kegagalan orang - orang Melayu. Ramai antara usahawan Melayu gagal kerana pengagihan dan penyeliaan kawal kurang terhadap mereka yang rakus, mempunyai kenalan politik atau proksi membunuh usahawan kecil Melayu. Mereka mudah mendapat kontak dan kerana itu mereka tidak menghargai apa yang mereka terima.

Namun suara orang - orang Melayu tersepit dan terus tertutup. Kita mahu mencapai taraf glokal tetapi kita juga seharusnya vokal dalam menyuarakan kepincangan dan ketidakadilan yang kita rasakan. Kita hari ini terus bersaing, bukan sahaja dengan antara sesama Melayu tetapi juga anak - anak syarikat milik kerajaan. Hasilnya kita tidak dapat mencapai apa yang telah di syaratkan dalam dasar ekonomi baru.

Keraguan

Mereka terus ragu. Melayu itu sendiri terus ragu. Khairy Jamaluddin sedih dengan keraguan tersebut. Naib Ketua Pemuda UMNO berasa sedih Melayu yang mengkritik DEB atau ANB yang di hasrat kan oleh kerajaan. Kesedihan itu patut di tangani dengan penjelasan dan perlaksanaan yang nampak ikhlas dan telus. Kritikan tersebut bagi www.umno-reform.com mempunyai asas. Keraguan mereka juga mempunyai asas. Kepimpinan harus berusaha mengikis kritikan tersebut dengan ketulusan perlaksanaan dan bukan mengkritik mereka semula.

Ingat, dasarnya siapa yang telah gagal dalam memajukan ekonomi orang - orang Melayu, siapa yang bertanggungjawab untuk membendung ketirisan.

Bagi menjawab persoalan Khaiy Jamaluddin - kepada kenyataannya dalam Utusan Malaysia -Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melihat kelompok pengkritik itu bukannya tidak memahami isu sebenar tetapi ``sengaja buat tidak faham.'' - kita semua faham, saudara juga faham kenapa kegagalan berlaku dan siapa yang harus diperbetulkan - kita sama - sama tahu dan buat tidak tahu
.

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762