|
Jawapan Pak Lah - halau Melayu - Melayu tersebut demi pembangunan
Penduduk Kampung Sungai Udang akhirnya gagal dalam usaha untuk mengekalkan statistik kependudukan Melayu di kota. Statistik ini akan menurun lagi dan tidak akan berkembang. Mereka tidak di beri peluang untuk memiliki rumah pangsa kos rendah yang penuh kontroversi atas siapa yang berjaya memilikinya.
Semua dokumen pemilikan adalah rahsia dan penganugerahan yang dikatakan sepatutnya berasaskan merit yang menjadi jeritan kepimpinan UMNO akhirnya akur kepada lembu - lembu suci yang wujud dalam kelompok kekuasaan politik.
Inilah yang dikatakan Agenda Nasional Baru - membicarakan kurang ekuiti, pemilikan harta dan sebagainya tetapi siapa yang sebenarnya menjual siapa. Mereka dari kampung Sungai Udang ada memaklumkan kepada kami - siapa yang berjanji - kepimpinan mana yang mahu membantu akhirnya surat dari pejabat Pak Lah - menggugurkan harapan untuk terus menjadi penghuni kota.
Di sini tidak ada definisi peneroka kota - di sini hanya ada definisi setinggan. Di sini tidak ada definisi keterbukaan tetapi penuh dengan sorokan se olah - olah sedang menyemai benih - benih rasuah untuk memiliki peluang membeli rumah pangsa kos rendah.
Beberapa kali sudah di usahakan untuk memberitahu - kenapa di sorokkan siapa yang dapat peluang membeli rumah pangsa tersebut, kenapa kontraktor yang di minta membuat statistik banci yang tidak mengambil kira penduduk yang hampir 30 tahun lebih duduk di sana.Yang lebih dahsyat lagi kenapa kontraktor dan pemaju yang di tanggungjawab membuat bancian dan bukan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur.
Hari mereka merayu - minta di pinda kegiatan sumbang meruntuhkan rumah mereka dari minggu ini ke akhir tahun ini - tetapi DBKL tidak melayannya - kerana Pejabat PM sudah beri kelulusan untuk mereka melakukan dengan kadar segera.
Apakah ini dia yang dimaksudkan pembangunan menyeluruh? Inilah dia kerajaan Melayu yang membela nasib
Melayu. Kesal melihat kampung - kampung Cina di Jinjang Selatan bagaimana kepimpinan Cina di sana berjuang habis - habisan untuk
mengekalkan mereka dan memberi mereka tanah tol dan dalam senario yang sama kepimpinan UMNO Bahagian turut serta ketawa dalam mahu meruntuhkan segera kampung ini.
Hidup Agenda Nasional Baru
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|