|
http://arahkita.blogspot.com/2006/02/tanah-melayu-ketuanan-cina.html
untuk memberi pendapat
Ironis sekali melihat perjuangan bangsa kita Melayu.
Bangkit dengan keris panjang - melaungkan perjuangan membela bangsa ,
mendesak hak - hak dan menjerit menuntut keistimewaan. Siapa yang
sebenarnya pejuang, siapa yang sebenarnya berani mahu mengatakan
kebenaran - siapa pula sebenarnya menjadi lawan dan saingan kita tidak
pula diperjelaskan dalam kita meniupkan semangat kebangkitan Melayu.
Ini bukan satu artikel yang mahu meniupkan semarak api perkauman tetapi
adalah penting untuk kita mengenalpasti siapa yang sebenarnya menjadi
lawan dan saingan kepada Melayu. Sekiranya artikel ini berbau perkauman
maka se akan pasti penulis akan berdepan dengan penahanan - di
penjarakan oleh kerajaan Melayu sendiri terhadap seorang Melayu yang
hanya mahu mengupas kemelut Melayu seperti yang dikatakan oleh Pemuda
UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2005.
Atas alasan ini kita diharuskan berbicara di antara garis - garis
barisan ayat , berusaha menceritakan realiti sebenar kedudukan Melayu,
dalam kelambu - berbisik kerana tidak mahu tertakluk menyalahi apa - apa
peruntukan perundangan yang terkandung dibawah Akta Hasutan. Akhirnya
penjelasan kita kepada bangsa kita mengelirukan, kita akhirnya kembali
membohongi diri kita sendiri.
Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam
bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita
dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak
berani mengatakan secara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa
kita bersaing - siapakah yang mencabuli hak kita - siapakah yang
mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar
daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang
syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di
negara ini.
Apakah kita masih segan , kita masih malu atau kita takut mengatakan
kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani
berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam
ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi
milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun?
Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina
semakin berkembang - ketuanan Melayu masih terkongkong dengan keris
panjang yang akan di balut setelah gagah berbicara pada sidang - sidang
media dan dewan - dewan tertutup.
Tidak ! Kita tidak boleh menyebut ketuanan Cina - ini provokasi namanya.
Kita tidak boleh berbicara bahawa perjuangan kita adalah untuk menuntut
hak yang telah tergadai kepada bangsa lain khususnya Cina - itu juga
provokasi ! Namun kita boleh berbicara mengenai menuntut -
memperjuangkan hak orang Melayu - taraf ekonomi orang Melayu -
keistimewaan orang Melayu tetapi jangan sekali - kali menyebut dari
siapa atau dengan siapa lawan kita dalam perjuangan ini.
Satu perjuangan yang mengelirukan. Perjuangan menentang siapa? Siapa
musuh kita? Siapa lawan kita?
-
Apakah kita berjuang menentang bangsa Cina dan bangsa
- bangsa lain.
-
Apakah kita berjuang menuntut agar perlembagaan kita
digubalsemula untuk memperuntukkan hak keistimewaan orang
- orang Melayu?
-
Apakah kita berjuang sesama Melayu sendiri atau lebih
tepat lagi dengan hipokrasi kepimpinan Melayu?
Mengenai peruntukan fasal - fasal dalam Perlembagaan
Persekutuan:
(3) Islam sebagai agama rasmi persekutuan di cabuli haknya oleh orang -
orang cina atau lain - lain bangsa?
(32) Apakah kedudukan raja - raja Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan
bangsa -bangsa lain?
(38) Apakah kuasa peruntukan Majlis Raja -Raja berhubung dengan daulah
Islamiah di cabul oleh kaum Cina dan
bangsa - bangsa lain di Malaysia?
(152) Apakah penggunaan bahasa Melayu di tentang - cuba dihapuskan oleh
bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain?
(153) Apakah hak keistimewaan orang - orang Melayu dicabar oleh bangsa
Cina dan lain - lain bangsa di
Malaysia?
Secara amnya, apakah perkembangan sedia ada dicabar - dicabul, ditentang
dan dirampas oleh bangsa - bangsa lain
khususnya Cina. Apakah jawapan kepada persoalan ini - tepuk dada tanya
selera?
Perjuangan ini benar - benar mengelirukan. Kalau kita lihat perlembagaan
, sudah cukup lengkap peruntukan dan
fasal - fasal seperti 3, 32, 38, 152, dan 153 untuk menjaga hak - hak
keistimewaan orang - orang Melayu tetapi
mengapa Cina juga yang maju .
Ketuanan Melayu mati - sekarang ketuanan Cina
Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu -
Ketuanan Cina? Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu
menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini
adalah satu usaha menghasut? Apakah kita tidak pernah sedar bahawa
ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini
adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi
yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan
pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan. Apakah ini
bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.
Apakah salah kalau dikatakan bahawa pegangan ekonomi Melayu / Bumiputera
yang tidak sampai 10% yang selainnya dipegang oleh bangsa lain
khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru
menggantikan ketuanan Melayu? Apakah pemilikan equiti oleh bangsa
lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga
menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu
kepada ketuanan Cina? Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti
perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti
menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita
secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?
Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan
bersaing dengan eatah siapa? Kita hanya diberitahu Melayu Dalam
Bahaya. Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita peru berjuang - kenapa
kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur
mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.
Kita terus digesa berjuang - ketuanan Melayu masih lagi menjadi satu
bentuk idealisme perjuangan tetapi kita tidak ditentukan siapa
saingan kita? Apakah kita perlu menentang bangsa Cina untuk memulihkan
ketuanan Melayu? Apakah kita perlu bersaingan dengan cina untuk
menentukan kuasa seterusnya menjadi tuan kembali di negara ini?
Dengan siapa harus kita berjuang? Apakah kita perlu merampas kembali hak
- hak kita yang telah di rampas oleh kaum Cina?
Hak Melayu di rampas oleh Cina?
Perjuangan se olah - olah dihalakan kepada menuntut kembali hak - hak
Melayu, menuntut kembali pegangan ekuiti, menuntut pegangan
ekonomi dan mengembalikan ketuanan Melayu. Ini di bicarakan - sebagai
perjuangan. Apakah kaum Cina sudah merampas hak - hak keistimewaan
Melayu dan bumiputera seperti yang di peruntukan dalam Artikel 153
Perlembagaan Persekutuan? Apakah kaum Cina sudah merampas pegangan
ekonomi orang - orang Melayu?
Cina kini memiliki pegangan ekonomi yang lebih kukuh dari Melayu. Cina
memegang ekuiti yang lebih besar - pemilikan hartanah bandar dan
pemilikan perniagaan yang jauh lebih baik dari Melayu. Cina sudah
melangkah jauh sedangkan Melayu masih di situ. Dengan pegangan ini
- apakah tidak ketuanan Melayu kita wajar diganti dengan ketuanan
Cina? Apakah mereka sebenarnya merampas?
Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara
majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa -
menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk
mengubah kedudukkan mereka di Malaysia. Mereka berhak menjaga
kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh - sungguh,
memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki
harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting
lain mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. Mereka
cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan ekonomi yang sedia
terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna -
dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.
Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana
Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur.
Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal
melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah
memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum -
kaum lain Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana
kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai
bangsa kita sendiri.
Salah siapa?
Hak Keistimewaan Melayu sudah terkandung dalam Perlembagaan. Kuasa
Kepimpinan Kerajaan di tangan orang - orang Melayu dan kita
seperti mana peribahasa Melayu menasihati " terpulanglah - diracit halus
- halus lah ia " . "Pisau di tangan kita" kenapa lain jadinya. Apa
sebenarnya sedang berlaku. Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh
Melayu sendiri. Siapa dan mengapa?
Anuar Mohd Nor
012-6544672
|