|
Perjuangan Bangsa - Tanah Melayu Ketuanan Cina
11
Perjuangan Bangsa Tanah Melayu Ketuanan Cina 11
blog dan komen
Anuar Mohd Nor
Mukadimah
Artikel tulisan pertama saya “ Tanah Melayu Ketuanan Cina ”
menerima respond yang agak menakjubkan. Berbagai kritikan
mengenai penulis di buat khususnya mengenai amalan rasisme.
Pelayar telah memberi pendapat mereka secara terbuka dan bagi
penulis ini adalah satu kejayaan yang telah di capai oleh
artikel tersebut.
Sewaktu terjadinya 13 Mei 1969, penubuhan Mageran atau Majlis
Tindakan Negara yang di terajui oleh Tun Abdul Razak telah
menetapkan perkara – perkata berikut sebagai ketetapan untuk
menjaga keharmonian antara kaum. Tun Abdul Razak dalam
menggariskan dasar – dasar penting MAGERAN telah menetapkan
untuk perkara - perkara berikut dilaksanakan sebagai
langkah menjaga dan mengekalkan keharmonian antara kaum:
1. Memperbesarkan angkatan bersenjata
2. Mempercepatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar yang tunggal di sekolah – sekolah
3. Mengharamkan persoalan mengenai isu – isu sensitive
4. Mengistiharkan idealogi Negara iaitu Rukun Negara
5. Melancarkan rancangan Malaysia Kedua
Ini adalah antara garis panduan untuk mengekalkan keharmonian
antara ras di Malaysia. Namun apakah dengan pengharaman
persoalan mengenai isu – isu sensitive ini bakal dan mampu
mewujudkan hubungan antara ras yang lebih baik atau hanya hanya
menyapu masalah tersebut di bawah tikar.
Sebenarnya hasrat utama penulis dalam artikel Tanah Melayu
Ketuanan Cina adalah untuk membuktikan beberapa kegagalan
khususnya dalam perlaksanaan oleh kepimpinan Melayu dalam usaha
membentuk satu masyarakat kaum Melayu yang berjaya dan kuat
pegangan dari segi ekonomi dan politik. Namun pembicaraan topik
ini telah menarik perhatian bangsa lain untuk mengeluarkan
pendapat serta tanpa usul periksa lantas mengatakan ini adalah
artikel tersebut berbau perkauman dan penulis harus di tahan di
bawah ISA. Namun setelah menerima pelbagai kritikan maka
akhirnya ada antara yang memberi komen sedar bahawa artikel ini
tidak berbau perkauman malah merupakan satu usaha yang mampu
diklasifikasikan sebagai mencari punca dan mendefinisikan erti
perjuangan yang perlu dibuat.
Perjuangan Bangsa
Artikel tersebut adalah satu bentuk artikel yang menuntut
perjuangan bangsa. Ini bagi penulis ini tidak salah. Ianya sama
seperti pejuangan menegakkan Sekolah Cina bagi memastikan bahasa
“mothers tonque” mereka tidak luput dan perjuangan menuntut
Malaysian Malaysia yang meminta hak - hak keistimewaan
bumiputera dihapuskan kerana ini meletakkan Cina dan bangsa -
bangsa lain sebagai rakyat kelas 2. Perjuangan bangsa pasti
wujud dalam Malaysia. Bangsa lain akan memperjuangkan agar
kesamarataan antara semua kaum untuk dijadikan intipati
intergrasi kaum. Mereka pasti akan lebih gembira lagi apabila
hak – hak keistimewaan orang – orang Melayu di hapuskan. Apakah
ini tidak benar?
Hakikat ini wujud dan perjuangan untuk memastikan kejayaan satu
– satu bangsa di negara ini tidak salah. Yang salah ialah kuasa
yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan sanggup
mengadai hak - hak bangsa untuk kejayaan diri. Ini perlu
diperbetulkan.
Penulis akan menjawab secara ringkas kesemua tuduhan rasisme ke
atas penulis tetapi sebelum itu satu persoalan yang menarik
timbul dikalangan maklum balas yang di terima; Persoalan tersebut
adalah : Apa dia “Bangsa Malaysia”.
Pelayar yang memberi komen banyak membicarakan mengenai Bangsa
Malaysia, namun gagal memberi erti dan definisi atas perkataan
Bangsa Malaysia tersebut. Setakat hari ini perkataan Bangsa
Malaysia di pakai tanpa pengertian yang jitu mengenai apa itu
“Bangsa Malaysia”
Kalau dibicarakan mengenai proses intergrasi kaum, kita tidak
perlu menyorokkan bahawa kejayaan wujud dan berkembang, tetapi
tidak sampai untuk mendabit dada memberitakan bahawa asimilasi
antara kaum itu meluas lantas mampu menjadi acuan kepada satu
bangsa yakni Bangsa Malaysia.
Persoalan ini pernah di timbulkan dahulu oleh
Dr Chandra Muzaffar dalam Artikel bertajuk
Haluan Perhubungan Etnik di Malaysia 1974
Petikan kata beliau : “Imigrasi dan
kolonialisme, penimbulan kebudayaan baru dan kekuatan bilangan
orang baru yang datang dan tinggal tidak menyebabkan
pertimbangan sejarah ini menjadi tidak sah. Pengiraan hisab
tidak dapat mengubah sejarah.”
Beliau terus menulis “ Sesiapa yang
memahami ini akan memahami perlunya komuniti BUKAN BUMIPUTERA
untuk menyesuaikan diri, malah mengasimilasi diri ke dalam
keadaan baru ini.
Apakah salah saranan Dr Chandra Muzaffar dalam memberikan hujah
bahawa; bahawa kaum BUKAN BUMIPUTERA harus menyesuaikan diri
atau mengasimilasi diri untuk mungkin mewujudkan Bangsa
Malaysia?
Maka perbicaraan mengenai “Bangsa Malaysia” akan melibatkan
perdebatan yang berlarutan. Apa yang perlu kita fikirkan adalah
: apa dia “Bangsa Malaysia” , apakah erti Bangsa Malaysia dan
module yang membentuk Bangsa Malaysia.
Apakah dengan menghilangkan taraf bumiputra, menghilangkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan mewujudkan Bangsa
Malaysia? Adakah itu bukan sesuatu yang di perjuangkan oleh
bangsa lain dan sedang di pertahankan oleh bangsa Melayu?
Menyebut ketuanan Cina mana silapnya?
Penulis bertanya pada diri sendiri sewaktu membaca maklum balas
pelayar mengenai “Ketuanan Cina” , kenapa mereka marah, kenapa
mereka mengganggp bahawa artikel itu rasis sehingga menuduh yang
bukan – bukan. Apakah tidak benar bahawa kekuasaan ekonomi mampu
mempengaruhi dan mampu membeli kuasa lain untuk apa sahaja
kepentingan yang dimahukan.
Pesanan Dato Onn seperti yang selalu saya
gunakan :
Political power without Economic power is a shadow. The
industrial and commercial mechanism is the means by which a
country satisfied the necessaries of life according to its
standards of living. Those who control a vital factor in it can,
if they wish, obstruct or cut off the supply of the necessity
and so being decisive pressure to bear upon the political
authority.
Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for
Malays (Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah
Adam
Adakah salah kalau penulis mengatakan bahawa Melayu ketinggalan
dalam banyak bidang peniagaan dan Cina sekarang mendahuluinya.
Apakah salah kalau perbandingan itu di buat bagi menyedarkan
orang – orang Melayu . Malah apakah kenyataan ini tidak berasas?
Penyimpulanan ketuanan dalam era ini adalah kekuatan pegangan
ekonomi. Apakah dengan menyedarkan bangsa Melayu mengenai
hakikat ini maka tuduhan rasis dilemparkan sewenang – wenangnya.
Apakah ini bukan satu perjuangan untuk menyedarkan kaum Melayu
sendiri betapa mereka perlu bangkit dan berusaha untuk berdiri
sama tinggi dengan bangsa lain khususnya Cina. Apa salahnya
sekiranya itu hakikat dan itu realiti.
Tidak ada satu pun ayat atau barisan ayat dalam artikel “Tanah
Melayu Ketuanan Cina” yang menyalahkan Kaum Cina dalam
memperjuangkan kaum mereka. Mereka memperjuangkan apa yang
mereka rasa perlu dan kita perjuangkan apa yang kita rasa perlu.
Malangnya Kaum Melayu tidak tahu dengan siapa dan apa yang perlu
diperjuangkan. Kita tidak mahu mengakui siapa yang sebenarnya
menghalang kita dari terus maju.
Masalah Etnik akan terus wujud
Ini sebenarnya adalah petikan dari artikel Chandra Muzaffar
Tahun 1974 , kata beliau : Masalah Etnik
akan terus wujud. Kesilapan bukan terletak kepada Perlembagaan,
atau kedudukan bahasa, agama dan komuniti atau dasar untuk
menolong orang – orang Melayu. Realiti adalah berkecuali. Apa
yang lebih asas ialah cara perbezaan etnik diatasi, cara
bagaimana kepentingan politik dan ekonomi dipersesuaikan dan
cara mana keharmonian tercapai. Ini akan menentukan keadaan
perhubungan etnik. Oleh sebab inilah yang memimpin merupakan
faktor penting.
Merungkai apa yang dikatakan oleh Dr Chandra ialah – kepimpinan
adalah faktor pencetus atau pengubat kepada masalah etnik dalam
Negara kita ini. Kepimpinan memainkan peranan dalam mengimbangi
status masyarakat baik dari segi ekonomi , politik dan sosial.
Pengimbangan ini harus selari dengan ketetapan sejarah dan
sekiranya asimilasi orang bukan bumiputera kepada keadaan rakyat
bumiputera tidak berlaku sepenuhnya tetapi setidak -tidaknya
kesedaran terhadapnya perlu wujud. Sekiranya tidak maka jurang
- jurang perbezaan khususnya dalam ekonomi akan memainkan
peranan sebagai halangan utama kepada keharmonian antara kaum.
Ini akan terus berlarutkan selagi pembahagian kekuatan ekonomi
tidak selaras. Ini harus segara dibaiki dan pembaikan tidak akan
berhasil selagi kita menyapu perkara ini dibawa tikar.
Kita harus sedar dan harus menerima hakikat bahawa Bangsa
Malaysia yang kita maksudkan diatas adalah kehadiran berbagai
kaum di Malaysia dalam bentuk pluralisme. Tidak akan ada satu
keadaan dalam masa yang terdekat ini untuk membolehkan asimilasi
mutlak dicapai. Usaha mengenai intergrasi ini bukan sesuatu yang
baru malah telah dibicarakan sejak awal penubuhan Malaysia lagi.
Namun sehingga hari ini asimilasi keseluruhan antara kaum hampir
mustahil di capai seandainya penyesuaian tidak berlaku.
Penyesuaian ini adalah untuk mengambil landasan – landsan
sejarah menjadi pengukur ketetapan dan di persesuaikan dengan
perlembagaan yang telah di bentuk. Ini mengkhususkan kepada
beberapa pra syarat yang telah di tetapkan seperti hak
keistimewaan bumiputera yang telah di tentukan.
Tuntutan atau rayuan kaum Cina
Salah satu perkara yang agak menyerlah dari artikel Tanah Melayu
Ketuanan Cina ialah suara – suara ketidakpuashati mereka
mengenai hak – hak keistimewaan orang Melayu. Mereka
menceritakan keperluan membentuk Malaysian Malaysia dan ada pula
di kalangan bangsa kita berpendapat bahawa hak – hak
keistimewaan Melayu tersebut adalah punca Melayu menjadi malas.
Mungkin persoalan ini mampu dijawab oleh orang – orang
Bumiputera khususnya Melayu pula : Apakah dengan pemupusan
Hak – Hak Keistimewaan orang - orang Bumiputera maka ekonomi
Melayu boleh berkembang? Apakah dengan menggadai hak – hak yang
terpelihara tersebut maka Melayu tidak akan jadi malas lagi ?
Harus jawapan itu masih kabur dan tidak ada satu penentuan
buatnya. Sebenarnya pengekalan hak - hak ini perlu dalam keadaan
kita yang semakin tersisih dalam ekonomi. Masalahnya sekali lagi
di tegaskan ialah, peruntukkan dalam perlembagaan untuk status
bumiputera tidak salah tetapi apakah hak - hak
keistimewaan itu dapat membantu kaum Melayu atau kaum Melayu
tertentu sahaja yang memperolehi imbuhan dari peruntukan
tersebut.
Keadaan ini boleh digambarkan sekali lagi dalam satu petikan
khusus yang saya ambil dari Buku
Intergrasi Politik Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
“Realitinya perlaksanaan “kedudukan
istimewa” telah memburukkan lagi jurang di antara yang berada
dengan golongan yang tidak berada dalam komuniti Melayu. …
“kedudukan istimewa dapat dikira pada keseluruhannya telah
menguntungkan satu kelas tertentu orang Melayu. Ia telah
digunakan untuk menimbulkan satu golongan kapitalis – satu
matlamat yang telah diusahakan dengan giatnya oleh kerajaan
selepas 1969, walaupun ini memang sebahagian daripada dasar
semenjak merdeka – malangnya pembentukan elit – elit Melayu ini
tidak mampu membawa perubahan kepada Melayu keseluruhan dan di
sebalik topeng untuk menolong orang - orang Melayu , kumpulan
yang istimewa ini telah berjaya mengumpulkan kekayaan” ( pindaan
di buat untuk mengukuhkan hujah)
Maka asas kesalahan polisi ini adalah pada perlaksanaan dan
bukan pada dasar yang ada. Kita sehingga ke hari ini setelah
semua rancangan Malaysia dari yang pertama sehingga ke sembilan,
kita masih menceritakan kegagalan orang - orang Melayu. Kita
menyalahkan budaya, adat, tingkah laku dan segalanya pada Melayu.
Hari ini kalau di lihat dari jawapan artikel – atau komen -
komen pada artikel Tanah Melayu Ketuanan Cina , kita dapati
bangsa lain turut membicarakan tentang kemalasan orang Melayu
dan sikap orang Melayu. Apakah ini semua benar. Apakah benar
Melayu itu tidak terdidik dari dahulu sehingga sekarang.
Di sinilah perjuangan Melayu itu patut timbul. Kita patut
memperjuangkan agar minda orang - orang Melayu tidak terkongkong
hasil usaha menggelapkan realiti yang sebenarnya. Kita bukan
berjuang untuk mengalahkan orang - orang Cina. Kita berjuang
untuk kesedaran orang – orang Melayu supaya bangkit dan melihat
apa yang berlaku sekeliling kita. Kita bukan sahaja
mempertahankan hak – hak yang secara membabi buta tetapi adalah
untuk membantu kaum kita agar kita setanding dengan yang lain
sebelum penghapusan hak – hak mahu dibuat. Apakah ini semuanya
rasis – menaikkan provokasi untuk penentangan antara kaum ?
Apakah mempertahankan hak – hak orang – orang Melayu dan
keistimewaan yang telah wujud dalam perlembagaan itu satu usaha
untuk memajukan orang - orang Melayu dianggap sebagai memecah
belahkan keharmonian kaum?
Apa pula sekiranya dibicarakan mengenai tuntutan
untuk memansuhkan hak - hak bumiputera, memperjuangkan bahasa
kaum - kaum lain, sekolah - sekolah jenis kebangsaan dan
penghapusan kuota bumiputera merupakan satu perjuangan bangsa
yang dibolehkan sedangkan usaha untuk mempertahankan hak - hak
sedia ada pula dikatakan rasisme?
Penutup
Masalah utama yang dipersoalkan oleh penulis
dalam artikel Tanah Melayu Ketuanan Cina adalah kegagalan Melayu
baik pemerintah mahu pun rakyat yang melahirkan kepimpinan.
Pegangan Melayu telah dibuktikan mengecil dan pengejaran kita
kepada 30% pegangan bumiputera sebenarnya menunjukkan keciciran
yang jelas. Perhimpunan Agung Tahunan UMNO yang baru lepas
membicarakan mengenai ketirisan dan ketirisan ini mampu
mengatakan siapa yang sebenarnya mendapat faedah dari dasar -
dasar kerajaan untuk bumiputera. Kita terus di takok lama dan
bangsa lain semakin jauh kehadapan, khususnya bangsa Cina.
Realiti bukan menghasut. Kalau ada pun unsur - unsur menghasut
ianya adalah untuk orang - orang Melayu bangkit menentukan
nasib mereka dan siapa sepatutnya memimpin mereka. Bagi
orang - orang Cina dan bangsa - bangsa bukan Bumiputera, mereka
terpelihara dalam satu perlembagaan yang setakat ini tidak
menghalang mereka untuk hidup sejahtera di Malaysia sebagai anak
Malaysia. Bangsa Melayu bagaimana pula?
|