BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: azmykul@hotmail.com

From_Name: zaharin mohd. yasin

Subjek: Other

Segera: Yes

Pesanan: Saya berterima kasih kepada Saudara, dalam beberapa siri berita  yang disiarkan di laman web ini, saudara telah menyentuh soal saya dan juga UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. 

Disebabkan kesibukan yang tidak terelak, saya tidak dapat memberi jawapan kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh saudara editor dan juga pelayar - pelayar yang menghantar email.

Saya mengambil pendirian tidak menjawab kesemua berita-berita tersebut walau saudara berkali - kali menghantar email dan SMS kepada saya . Bagaimana pun di atas rencana yang saudara siarkan hari ini berhubung dengan isu pembukaan karaoke oleh Amil Salleh, ini telah menggerakkan saya untuk memberi penjelasan.

Untuk makluman saudara, saya telah memaklumkan kepada ahli UMNO di Bandar Tun Razak bahawa saya akan tidak dilantik semula sebagai Setiausaha UMNO Bahagian sekiranya Amil Salleh dilepaskan dari hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO. Saya menerima hakikat tersebut berdasarkan beliau di peruntukkan kuasa melantik dan memecat oleh Perlembagaan UMNO. 

Oleh kerana saya bukan lagi Setiausaha maka dengan sendiri saya mempunyai hak untuk memberi penjelasan secara peribadi dan tidak melibatkan UMNO BTR.

Antara perselisihan pendapat yang ketara antara saya dengan Amil Salleh ialah dalam soal memperkuda kan jawatan dan UMNO untuk kepentingan diri dan juga kronis. 

Dalam isu ini saya tegas dan saya percaya Amil Salleh menyedari hakikat bahawa saya tidak akan berkompromi apatah lagi bersubahat untuk melakukan perkara - perkara yang merugikan agama Islam itu sendiri.

Dalam isu penyalahgunaan kuasa, beliau telahmeneroka tanah kerajaan untuk membuat perniagaan oleh dirinya sendiri dan kronis nya. Beliau telah meneroka tanah kerajaan yang bersebelahan dengan stesen LRT STAR di Bandar Tasik Selatan bagi tujuan membuat gerai makanan dan pusat karaoke terbuka.

Saya tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak terlibat dari mula dan sehingga siap sepenuhnya penerokaan tanah tersebut yang kemudian dipanggil sebagai gosip korner.

Betapa pun cetek pengetahuan dan amalan agama Islam saya tetapi saya sedar  bahawa akan jatuh talaknya (mentaati) sekiranya kita patuh dengan seorang Ketua yang membawa kita kejalan kemungkaran dan  kemungkaran itu jelas antara lain
termasuk melemparkan  diri ke arah perkara - perkara maksiat seperti yang di perniagaan yang dijalankan dan di biayai  oleh Amil Salleh. Peraturan ini bukan sahaja bertentangan dengan nilai dan ciri keislaman malah ianya juga menyalahi peruntukan undang - undang negaa ini.. 

Ciri - ciri pelanggaran nilai keislaman dapat di lihat dengan aktiviti - aktiviti yang melalaikan umat Islam seperti menyanyi di karaoke yang mana lelaki dan perempuan bercampur aduk.

Wlaubagaimanapun saya berbangga kerana dalam tempoh hampir 4 tahun memegang jawatan Setiausaha, saya telah berjaya mengeluarkan secara jelas sebanyak 21 Ketua UMNO Cawangan dari gua gelap dan sifat munafik. 
Oleh itu jika Saudara mengatakan bahawa saya dan kuncu-kuncu saya terlibat dalam  perbuatan mungkar oleh Amil Salleh adalah satu kesilapan besar. 

Saudara Edior,

Saudara telah di beri maklumat yang silap dan tidak betul. Sebaliknya adalah benar saya dan kuncu kuncu menentang perkara ini. Atas kepecayaan yang utuh ini maka sebilangan besarnya sanggup menghadapi risiko apa yang akan yang diperbuat oleh Amil Salleh selepas dia berkuasa semula. 

Bagaimana pun sukalah saya mengingatkan bahawa apa sekali perbuatan Amil Salleh tidak semestinya menggambarkan UMNO khasnya UMNO Bandar Tun Razak. 

Sebaliknya itu adalah itulah wajah wajah sebenar Amil Salleh yang dianggap warak dan beragama sehingga mendorong saya mencadangkan kepada YB Mulia Dato Tengku Adnan Mansor supaya beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Akhirnya saya memohon maaf atas kesilapan kepada ahli UMNO di BTR dan yang
berkenaan lain. Apa yang berlaku itu membawa saya munasabah diri dan 
ada hikmah nya. 

sekian, 
terima kasih diharap disiarkan sepenuh nya

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762