|
Reformasi tidak bodoh - untuk Sdr Ezam Mohd Nor
Saya agak terkejut melihat artikel dalam www.arahkita.com.
Ezam Mohd Nor dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kami golongan pejuang reformasi adalah golongan yang
tidak matang berpolitik dan hanya hadir kerana emosi marah atas sebab Anwar Ibrahim
terpenjara.
Kenyataan
itu amat mengecewakan saya kerana saya adalah antara mereka bersama - sama golongan reformasi sehingga tahun 2002
memperjuangkan apa yang kami percaya sebagai satu perjuangan reformasi
ke arah Malaysia yang lebig adil dan saksama. Saya kemudian bersama - sama tahanan
lain tumbang di ragut kebebasan dan keadilan oleh akta kejam ISA dan beberapa kali di humban ke lokap polis bersama - sama Ezam Mohd Nor.
Memetik kata - kata Ezam yang melabelkan kami dari pejuang reformasi tidak berjuang mengubah sistem - tetapi melaungkan reformasi untuk melepas
geram adalah satu tindakan yang bukan sahaja tidak sopan malah
kemungkinan agak biadap.
Saya amat kecewa sekali saya mendengar apa yang dikatakan oleh Ezam Mohd Nor -
satu ketika mengajak kebangkitan rakyat dan kini menuduh rakyat tidak
matang dan tidak hadir untuk mengubah sistem.
Saya berterima kasih kepada web master laman ini kerana memberitahu media mana dan terus membelinya untuk mengetahui kesahihan berita dari laman UMNO ini. Saya amat terkejut dan bingung kenapa - Ezam Mohd Nor yang saya anggap
sebagai satu manusia hebat - di julang sebagai pendekar reformasi dan kini sanggup bukan sahaja membodohkan mereka yang hadir menuntut reformasi tetapi menganggap perjuangan itu adalah lepasan emosi yang bodoh.
Apakah kamu turut di perbodohkan sewaktu memperjuangkan reformasi - wahai
saudara ku Ezam Mohd Nor?
Apakah perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan sistem yang memenjara beliau - wahai Ezam Mohd Nor saudara ku yang pandai?
Emosi marah lahir kerana Anwar tidak di beri keadilan dari sistem yang ada sekarang ini - dan perjuangan
untuk membebaskan Anwar Ibrahim hadir untuk turut menghancurkan sistem yang korup, yang tidak bertanggungjawab pada rakyat dan menjunjung
demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya.
Apakah itu semua kerja bodoh Ezam Mohd Nor? Apakah itu bukan
memperjuangkan sistem?
Mungkin tulisan ini menampakkan kemarahan saya , namun saya akui - saya marah dengan kenyataan orang - orang pandai seperti Ezam Mohd Nor. Saya hairan dari mana datang kekejian perkataan beliau
terhadap kami yang sanggup bersama beliau ketika beliau susah dan merengkok dalam
penjara. Kekecewaan saya tidak dapat saya sorokkan kerana ianya datang dari apa yang gelar - pendekar
reformasi. Artikel
yang terpapar dalam Siasah itu turut memberitahu bahawa Ezam telah
berkata , segalanya mungkin dalam politik - sehingga tahap masuk kembali
dalam UMNO. Ini benar - benar mengecewakan. Apakah sudah terlintas di
hati kamu untuk menyertai UMNO dan kelak diarak sebagai seorang Menteri.
Sudah lunaskah janji kamu kepada golongan yang berjuangan dalam menuntut
keadilan - reformasi dan hak - hak dan suara rakyat?
Saya yakin Ezam Mohd Nor tidak akan menjawab apa yang saya tulis ini - mungkin kerana beliau tidak perlu layan orang kecil macam saya tetapi percaya - rakyat akan kelak tahu betapa ikhlas saudara dalam perjuangan -
inikah caranya saudara mengucapkan terima kasih bukan kepada saya tetapi kepada mereka yang turut hancur kehidupan kerana memperjuangkan
reformasi.
Nampaknya apa yang selama ini diperjuangkan di ludah kembali oleh Ezam.
Akhir kata dari saya TERIMA KASIH EZAM kerana menyedarkan saya - ini politik dan bukan
perjuangan dan anda hanya seorang pendekar politik yang berani di
tangkap dan di penjara selama 2 tahun unutk kelak mengenggam kuasa. Terima
Kasih Ezam
|