|
Ibrahim Ali dan konvensyen Pengampunan Anwar
Siapa yang dapat menafikan peranan Dato Ibrahim Ali dalam menggerakkan Konvensyen Pengampunan Anwar Ibrahim? Malah ramai yang bertanya - tanya apakah Ibrahim Ali akan menyertai Parti Keadilan Rakyat setelah di gantung keahlian UMNO seumur hidup. Persoalan - persoalan ini kembali bersama persoalan - persoalan lain yang sebenarnya memeningkan kebanyakan golongan yang bergelar reformis.
Pernah dahulu menurut laporan satu akhbar internat Dato Ibrahim Ali mendakwa bahawa beliau pernah di minta untuk menerajui jawatan tertinggi dalam Parti Keadilan Rakyat. Namun perkara ini di nafikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Keadilan apabila di hubungi oleh www.umno-reform.com
Baru - baru ini kami menerima SMS yang memaklumkan bahawa kedudukan Ibrahim Ali dalam UMNO akan di kaji semula dan menurut SMS tersebut keahlian beliau akan di hidupkan kembali. Kami telah bertanyakan perkara ini kepada Dato Ibrahim Ali melalui SMS namun sehingga kini beliau masih tidak menjawabnya.
Ramai antara penyokong malah ahli parti yang musykil mengenai peranan Dato Ibrahim Ali. Beliau hadir dalam program - program Keadilan. Beliau berada di Jerman sewaktu Anwar Ibrahim menjalani rawatan. Beliau hadir apabila di adakan program meraikan mereka yang pernah bergelar Orang Kena Tahan/Tangkap di Kelab Century Paradise Melawati.Beliau juga merupakan tulang belakang kepada program pengampunan Anwar.
Apakah perlakuan ini hanya untuk menunjukkan kepada UMNO bahawa sekiranya beliau tidak di ambil semula maka tindakan beliau adalah untuk menekan UMNO dengan menggunakan isu Anwar Ibrahim. Apakah Ibrahim Ali sedang menunggangi sebaik mungkin isu Anwar Ibrahim agar ianya menjadi senjata
mengugut UMNO untuk menerima beliau kembali?
Reformis yang tidak mahu namanya di sebut turut gusar dengan tindakan Ibrahim Ali. Beliau kini beria - ia menyokong Anwar Ibrahim berbeza sewaktu Anwar Ibrahim di pecat tahun 1998. Bila beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri beliau terus menghentam Anwar Ibrahim sehingga beliau tercampak dari UMNO. Kini beliau se olah - olah melangkaui mereka yang selama ini setia berjuang untuk pembebasan Anwar Ibrahim.
Apabila di ajukan kepada reformis "Anwar Ibrahim sendiri menerima Ibrahim Ali" reformis tersebut turut menggeleng. Mungkin ini strategi Anwar Ibrahim tetapi ada betulnya sajak Dinsman yang mengatakan bahawa Anwar semakin jauh dari golongan reformasi bila berada di luar penjara.
Turut hadir pada program konvensyen tersebut adalah seorang yang merupakan antara mereka yang terlibat dalam laman - laman web reformasi. Bila di ajukan mengenai Anwar Ibrahim beliau menjawab, Anwar sewaktu di penjara mengutus 3 surat kepada beliau dan rakan - rakan web, namun setelah bebas, jumpa pun tidak pernah. Di tanya mengenai Ibrahim Ali, mungkin kata beliau wang Ibrahim Ali yang bercakap untuk beliau. Saya amat ragu dengan kehadiran beliau tetapi kalau Anwar Ibrahim rasakan ianya perlu mungkin Dato Ibrahim Ali dan yang lain - lain yang berjuang menggunakan wang mampu menolong Anwar. Sokongan golongan reformasi adalah nombor dua.
Apakah ini suara kekecewaan kata kami kepada beliau, "Mungkin benar, kata bekas pengendali web reformasi tersebut. Tetapi kami telah melaksanakan usaha kami sebaik mungkin untuk memperjuangkan apa yang kami percaya benar. Kalau kelak perjuangan itu di lupakan maka apa yang boleh kami katakan ianya adalah pengajaran. Sungguhpun usaha lain kini sudah reda, kami tetap percaya bahawa pentadbiran kerajaan memerlukan reformasi, kami tetap percaya bahawa UMNO perlu di cabar dan di ganti.
Mengenai program pengampunan Anwar Ibrahim, apa komen saudara. Datuk Ibrahim Ali bagi saya tidak perlu menjalankan apa - apa program untuk pengampunan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim untuk kes - kes yang ada tidak bersalah. Buat apa pohon pengampunan.
Kami pernah mengutarakan satu persoalan mengenai Anwar Ibrahim betajuk - Kemana perginya Anwar? Apa komen saudara? Anwar Ibrahim pergi Amerika mengajar, jawab beliau secara sinis. Selain dari itu kita tunggu.
Balik mengenai Ibrahim Ali, satu pesanan yang mampu saya sampaikan kepada beliau, ialah definisi semula perkataan perjuangan, kalau tidak ada melibatkan pengorbanan yang serius, yang mampu melibatkan pengorbanan jiwa dan raga maka ianya bukan perjuangan. Ianya hanya lakonan demi kepentingan sendiri dan yang terkorban adalah beberapa wang syiling secara
relatif berbanding dengan kedudukan kewangan mereka yang ada. Sungguhpun asasnya saya percaya Dato Ibrahim Ali dahulu lahir
dalam perjuangan dan pernah bersama - sama Anwar tetapi kini beliau
hanya hadir sebagai satu perjalanan, satu usaha untuk terus menghidupkan politik beliau yang telah mati.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|