BALIK KE MUKA UTAMA

Kamaruddin Ambok - Gagal ke beliau?

Pesanan: Syabas kepada pena suasa, anda seorang penulis yang berani.  Anda tidak takut kepada sesiapa pun. Anda seorang penulis yang tahu  segala, tahu apa akan terjadi kemudian. Anda sudah tahu apa akan terjadi pada Reezal sekiranya beliau gagal memperjuangkan hak Penduduk Kg. Sg. Udang. Seolah-olah anda perancang segalanya. Saya katakan bahawa anda adalah manusia yang bersifat janggal. Kalau benar anda seorang penulis dan berbangsa Melayu, saya yakin anda adalah orang suka membuang masa mengandaikan perkara yang belum tentu berlaku.

Kamarudin Ambuk adalah ketua Umno Bhg. Segambut. Beliau adalah Payung orang Melayu di Segambut. Beliau gagal memertabatkan bangsanya. Selama beliau bergiat dalam Umno menjadi pemimpin apa yang beliau impikan untuk Melayu, adakah beliau impikan Melayu akan berkubur dalam Segambut.
 
Apakah perancangan beliau untuk kemajuan bangsa beliau. Pada tahun 2000  di Segambut Dalam terdapat satu perancangan projek rumah kos rendah untuk menempatkan penduduk peneroka bandar sebanyak 700 unit. Tetapi apa kesudahan projek itu? ... berkubur apabila pemaju yang terdiri dari  bukan sebangsa hendak membangunkan kawasan Segambut Dalam. Mereka telah berpakat dengan DBKL untuk membatalkan projek tersebut untuk ditukarkan kepada projek rumah Kos sederhana. Apa beliau buat? Beliau hanya berjaya memertabatkan beliau sendiri. 

Tak usahlah hendak membela Kamarudin Ambok, semua penduduk peneroka  bandar tahu perangai beliau. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya Ketua Umno Kg. Sejahtera En. Mona.
 
Kalau orang Melayu Segambut hendak mengangkat beliau seorang hero bagi  Melayu Segambut, memang silap. Saya mahu tanya orang segambut apakah yang beliau perjuangkan selama ini untuk Orang Melayu di Segambut? .... tetapi saya yakin untuk orang Melayu yang berada disisi belaiu yang menjadi balaci beliau memang diperjuangkan, tanya Ismail Seibu, Setiausaha beliau. Dari seorang yg tidak ada apa-apa, naik motor honda cub, sekarang dah ada kereta perdana, isteri beliau selalu pergi kedai nak beli ikan hanya naik basikal cabut, sekarang ehwah ... tak caya  : tanye orang Kg. Benteng.

Soal Reezal akan dikecam kemudian tidak timbul, tetapi kalu beliau sama juga perangai dengan Kamarudin Embuk hanya hendak mencari publisiti memang belaiu akan menjadi mangsa laaa. Kalau beliau betul-betul perjuangkan hak penduduk beliau akan terselamat. Kalau beliau hanya nak main wayang dengan penduduk beliau silap. 

setakat ini dulu esok sambung lagi.

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762