|
user@FormMail.To
Reply-To: "KAK_EMBUN" <KAK_EMBUN@YAHOO.COM>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Tue 05/16/06 07:35 AM
Pesanan: Tindakan ,Nazri Aziz yang bermati matian mempertahankan
MP Jasin dalam Kes "Kayu" vs Pegawai Kastam adalah amat
dikesali.
Rakyat umum melihat bagaimana "Collective Responsibility"
sebagai seorang ahli parlimen BN telah disalah tafsirkan
walaupun ia jelas bertentangan dengan kebenaran yang
sepatutnya ditegakkan.
Sudah sampai masanya untuk Parlimen Malaysia mengkaji amalan "pelik"
ini atas nama ketelusan dan kepentingan rakyat yang memilih
mereka .
Prinsip "Kebenaran Yang Hak" hendaklah ditegakkan walau apapun
kos yang perlu di tanggung.
MP-BN , nampaknya berdiri sebagai wakil "cucuk Hidung" yang
tidak mampu berfikir dengan critical mengenai duduk
sesuatu perkara.
Keadaan ini mungkin menjawab persoalan kenapa Rakyat semakin "mual"
dengan Lawak Bodoh yang di lakonkan oleh wakil wakil kita di
parlimen.
Kini tahulah kita bahawa tidak sukar untuk menjalankan tugas
sebagai Ahli Parlimen melainkan hanya untuk bersetuju
membuta tuli tanpa perlu berfikir secara mendalam mengenai
sesuatu perkara.
Hakikat bahawa banyaknya Kerusi yang Kosong ketika dewan sedang
bersidang ,turut membuktikan bahawa kebanyakan mereka sedang
tidur sambil mengharapkan rakyat berfikir mereka sibuk
menjalankan tugas di kawasan Pilihan raya.
Satu Contoh yang memecah tradisi telah ditunjukkan oleh Shahrir
, diharap pada masa mendatang akan lebih ramai Ahli ahli
Parlimen BN akan terlepas dari "cucukan di hidung" dan
mampu menjalankan tugas dengan lebih Bijaksana.
Kak Embun.
|