![]() |
|
Johan Ceramic, malang nasib pekerja Ini bukan sahaja mengenai pekerja tetapi ini adalah isu yang melibatkan Melayu dalam perniagaan - mengaut untung untuk diri dan pekerja di tindas dan terus melarat tanpa keadilan. Lembaga Tabung Angkatan Tentera - tidak sedar syarikat yang dahulunya maju dalam industri ceramic kini malap dan pekerja dikikis keringat untuk hanya menggelapkan mata pemegang saham sementara pengurusan terus mengaut wang gelap. Semua ini dilakukan atas keringat pekerja yang akhirnya tidak dijaga kebajikan mereka. Zainuddin bin Kassim Pengerusi Kesatuan Sekerja Johan Ceramic di pecat kerana terus memperjuangkan kebajikan pekerja. Pekerja dalam kenyataan mereka kepada www.umno-reform.com menyuarakan keuntungan syarikat yang sepatutnya di agihkan kepada pekerja kini di telan bulat - bulat oleh pengurusan yang jelas tuduh mereka melakukan penyelewengan. Ini semua LTAT tidak akan nampak tetapi bagi pekerja pembaziran dan penjualan ceramic dari pintu belakang, keputusan yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan pengamalan pecah amanah, adalah perkara - perkara yang dilakukan oleh pengurusan Johan Ceramic khususnya Pengarah Urusan Johan Ceramic YM Raja Aziz Raja Muda. Pekerja terus di tindas dan Pengerusi Kesatuan Sekerja di pecat kerana engkar arahan sedangkan isu ini masih dalam perbalahan. Menurut Zainuddin lagi sejak pengurusan di ambil alih oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera, syarikat mengalami zaman kemalapannya dan ini menjadi kesan buruk kepada pekerja. Pengambilan kroni - kroni dan pembaziran pengurusan menjadi punca kami terus di tindas. Bukan hasrat kami untuk menentang pengurusan secara buta -buta tetapi yang jelas adalah syarikat bukan sahaja melanggar peruntukan dalam Akta Pekerja malah "perjanjian bersama" antara mereka dan pekerja di engkari. Yang membuat kita lebih hairan lagi adalah Timbalan Pengarah Buruh Negeri Sembilan Che Nurul Isnin Che Hamid juga gagal melihat beberapa isu yang jelas bertentangan dengan Akta Pekerja dan "Perjanjian Bersama". Kita berkerja dalam syarikat untuk terus menyara kehidupan kita seharian, kita mahu syarikat untung - bukan beberapa kerat yang mengaut keuntungan syarikat atas penat lelah pekerja. Hari ini pekerja di tindas dan saya telah di pecat atas alasan yang tidak munasabah. Apa yang pasti ialah - ini satu indikasi untuk menakut - nakutkan pekerja lain - kalau pengerusi Kesatuan boleh di buang apa lagi yang lain. Tindakan mereka juga nampak menjerumus kepada usaha mengagalkan kesatuan - membelakangi usul - usul yang pada hakikatnya untuk membantu kebajikan pekerja . www.umno-reform.com memandang serius syarikat - syarikat yang bertindak di luar batasan kemanusiaan - melanggar Akta Buruh tanpa tindakan yang bersesuaian dari Kementerian. Bagi www.umno-reform.com Lembaga Tabung Angkatan Tentera - wang mereka lahir dari gaji - gaji kecil para tentera di labur dengan tidak langsung mengambil peduli tentang pelaburannya. Ini bukan duit segelintir pemengang amanah - tetapi wang tentera. Bila syarikat tutup maka pelaburan akan hangus - duit siapa yang rugi? www.umno-reform.com juga mahu memperingatkan Kementerian yang bertanggung jawab untuk sedia mengambil langkah - langkah drastik dalam menangani isu penindasan pekerja dan jangan turut serta menyebelahi kaum pemodal yang memerah keringat pekerja. Dalam isu pekerja Johan Ceramic mereka menuduh keuntungan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat di gelapkan dan akhirnya kita yang tertindas.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762
|