![]() |
|
Mahathir pulang ! Malang Tun Mahathir bukan seperti Anwar Ibrahim. Malah Anwar Ibrahim sekarang ini juga tidak sehebat sewaktu beliau di penjara. Sewaktu beliau di penjara mendengar kelibat Anwar akan muncul di tingkap ambulan sahaja sudah cukup untuk gerakan reformasi bangkit. Namun Tun Mahathir bukan Anwar Ibrahim dan isu sekarang ini bukan lagi isu reformasi. Isu reformasi telah susut dengan perletakan jawatan Tun Mahahtir dan slogan baru "Feel Good" Pak Lah. Isu sekarang lebih kepada isu dalaman UMNO. Mahathir dengan jelas tanpa berselindung menolak keputusan Pak Lah khususnya mengenai jambatan Singapura. "Keputusan itu salah" menurut Dr Mahathir dan secara tidak langsung menasihati Pak Lah supaya jangan dengan cakap orang dan bertindak atas keputusan kolektif kerajaan dan kepentingan Malaysia. Mahathir juga di laporkan tidak mahu mengeluarkan sebarang komen kerana pasti ianya akan di sekat khususnya oleh "Indian God dan Muslim Priest" Apa pun senarionya , Dr Mahathir pasti akan merasai - apa yang pernah dirasai oleh pengkritik - pengkritik kerajaan sewaktu beliau memerintah. Namun tindakan untuk mengadakan satu sambutan kepulangan beliau memberi satu indikasi mengenai kedudukan perhubungan Dr Mahathir dengan Pak Lah. Pasti cadangan untuk menyambut Dr Mahathir menimbulkan suasana yang tidak tenteram bagi pihak dan penyokong Pak Lah. Pasti ini tidak digemari oleh pihak - pihak tersebut kerana itu seolah - olah menganggu gugat kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Semestinya kita dalam UMNO sudah menjangka bahawa sambutan kepulangan Dr Mahathir tidak akan sehebat mana kerana ahli - ahli UMNO sudah dibekalkan dengan cara pemikiran satu arah - hanya menyokong yang berkuasa tidak kira apa keputusannya demi menjaga kedudukan. Sekarang ini - apa juga yang dibicarakan mengenai Tun Dr Mahathir hanya menunjukkan pergolakan sudah bermula. Walaupun Mahathir tidak lagi berkuasa - tetapi siapa pula proksi yang akan bertugas untuk memaksikan perjalanan Malaysia tidak berbeza dengan apa yang terpahat di minda Tun Dr Mahathir.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|