BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


From_Name: Wan Indra Putra bin Ahmad

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan:
Editor,

Sdr Mohamad Afandy Yusuf ( fendy ).

Terima kasih mantan pemuda KeADILan, saya menjawab kenyataan Shamsul  Iskandar ( Naib Ketua Pemuda KeADILan ) atas dasar sebagai bekas ahli  KeADILan.

Berkaitan lompat-melompat dalam parti itu cuma telahan sdr. Soal tidak  di pandang atau di pandang dalam UMNO saya biarkan masa dan keadaan yang menentukan.

Sdr nak cerita yang saya menghalalkan RASUAH, beginilah brother, cuba  kita bercakap dan menerima sesuatu perkara ini berdasarkan kenyataan,  masalahnya sekarang parti pembangkang (BA) nak menonjolkan yang diri  mereka TERLALU BERSIH, RASUAH SIFAR, TELUS dan sebagainya lah.

Sewaktu DSAI di dalam kerajaan / UMNO dulu pun sama sahaja, tiada  bezanya, banyak kroni yang beliau cipta, banyak jutawan melayu segera  yang di lahirkan. Waima hari beliau di bebaskan di mahkamah pun sewaktu  ke rumah orang tuanya, DSAI guna Merc S Clas baru.

Exco Pas di Kelantan pun bergaya sakan dengan kemewahan, kereta mewah  berjalar-jalar. Soal pemimpin UMNO makan RASUAH, siapa Fendy, siapa ?

Tun M, Tun Daim, Rafidah, Hishamudin, Khairy Jamaludin, JJ, Nazri Aziz,  siapa lagi Fendy ? Pak Lah makan rasuah ? Siapa lagi ?. Persoalannya sdr berasa cemburu melihat mereka kaya raya, hidup senang lenang, hanya di  sebabkab mereka ini pemimpin UMNO yang ketika ini memerintah negara dan  parti dominan orang Melayu. Cuba jika Parti KeADILan perintah negara ini, demi nama ALLAH brother saya cukup optimis dan persis amat berkeyakinan yang pemimpin sdr juga akan menuntut perkara yang sama. Cuma caranya  sahaja yang saya tidak tahu. Jangan temberang, munafik, hipokrit atau  berlagak jujur di muka bumi Allah ini Fendy.

Sdr kata amat mengenali saya, apa yang sdr tahu tentang saya ? Sdr cuma  meletak saya sbgi katak, atau mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan, commont la brother, jangan berfikiran sempit seperti budak-budak,  selagi saya tidak menganggu periuk nasi sdr, keluaga sdr atau apa sahaja urusan peribadi sdr, sdr tidak perlu komen saya. Sebab itu saya cabar  Ezam Mohd Nor untuk buktikan berkotak-kotak fail rasuah dalam pilihan  raya 1999 dulu.

Apa kesudahannya Fendy ?

Clear kad di sini, jika sdr Shamsul Iskandar dan para pemimpin KeADILan  boleh terima cabaran saya, yakin dan percayalah, rakyat akan menilai  anda tetapi jika sepi, ketahuilah oleh sdr, inilah politik namanya.  Sekurang-kurangnya Shamsul Iskandar lebih popular dan bijak dari sdr  dalam politik pemuda KeADILan ( khususnya mencari publisiti murahan ).

DIRI KU INI TIDAK PERNAH GENTAR DENGAN RISIKO, SEBAB BAGI KU RISIKO ITU  TEMAN TIDUR KU.

TIDAK PERLU CAKAP BERDEGAR-DEGAR TENTANG RASUAH, SALAH GUNA KUASA, KRONI, PENYELEWANGAN, SEDANGKAN ITU JUGALAH YANG AKAN DI LAKUKAN BILA KAMU  BERKUASA NANTI.

CAKAP TAK SERUPA BIKIN, BIKIN TAK SERUPA CAKAP,

Jaga diri baik-baik brother,

Wan Indra Putra bin Ahmad
TALASCO BOY.


 





formmail.to: umnoreform

From_Email: jebat_petala@yahoo.com

From_Name: Wan Indra Putra bin Ahmad

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan:
Editor'

Sdr J.M.Sahara'

Terima kasih dengan ulasan sdr.

Saya sudah komen dalam dalam jawapan kepada SALAM KEPADA WAN INDRA PUTRA, tulisan sdr Mohamad Afandy Yusuf, jangan lupa baca.

Terpulang pada sdr penilaian sdr k.

Kalau malam pakai lampu suluh, rasa tak cukup kira ok la, sb, saya pakai pelita.

Lawan Tetap Lawan.
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762