BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: biasa@yahoo.com

From_Name: Ahmad

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: Sesuatu keputusan yang dibuat oleh seorang Perdana Menteri akan  memberi kesan kepada kredibilitinya sebagai seorang pemimpin negara.  Sekiranya sesuatu keputusan itu diambil dalam keadaan melawan arus,  dimana diketahui umum bahawa itu bukan keputusan majoriti, maka  risikonya adalah sesorang pemimpin itu akan mula dipertikaikan  kewibawaannya.

Sebagai seorang rakyat biasa, saya berpendapat, tidak perlu adanya  gerakan untuk menjatuhkan Pak Lah kerana Pak Lah telah membuktikan  kepada kita selepas tiga tahun dia menerajui kepimpinan negara, tidak  ada hala tuju atau perancangan yang boleh meyakinkan rakyat tentang  hala tuju negara dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Kebanyakan keputusan yang diambil memberi kesan negatif kepada rakyat  terutamanya berkenaan ekonomi. Bukan hanya orang UMNO atau orang Melayu  sahaja tidak puashati dengan cara Pak Lah, orang Cina dan India pun  tidak setuju dengan tindakannya membekukan aliran ekonomi negara dengan  pembekuan projek-projek pembinaan dan sebagainya.

Oleh itu, Pak Lah sendiri telah memulakan gerakan untuk menamatkan  karier politik dan kepepimpinannya sendiri, tidak perlu ada pakatan atau  komplot untuk menjatuhkannya. Kalau anda ingin tahu kebenarannya buatlah  kajian rambang diluar sana dan anda pasti akan menemui sebabnya!

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762