BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: adry_ax@yahoo.com

From_Name: dakajie

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan:

//petikan dari artikel raden jowo->
3. SIAPAKAH PERANCANGNYA?

Setelah berlakunya beberapa isu besar tersebut, maka kita mendengar  bahawa adanya perjumpaan antara 3 pengkhianat, yakni Pak Lah, Najib dan  Mahathir. Tidak sampai seminggu selepas perjumpaan tersebut, Pak Lah  menaikkan harga bahan api. Ramai ahli fikir dapat merasakan bahawa,  segala perancangan kenaikan harga ada bersangkut paut dengan bekas PM.

Walaupun ianya hanya sekadar spekulasi, namun dengan kemampuan Mahathir,  adalah mustahil sehahihan perkara ini. Sejarah sememangnya sudah tahu  akan kebijaksanaan Mahathir dalam mengatur dan menggunakan orang dalam  menjalankan strategi lakhnatnya. Pak Lah yang dilantik atas dasar  kesihan terpaksa menurut segala arahan demi untuk menjaga periuk nasi  dia dan keluarganya.

Tambah-tambah lagi kenaikan harga bahan api ini melibatkan PETRONAS yang  ternyata milik Mahathir dan bukan milik Negara dan rakyat seperti yang  sentiasa disebut oleh ahli-ahli politik.

Cemuhan Mahathir kepada Pak Lah adalah semata-mata lakunan yang sering  dilakukan Mahathir ketika menjadi PM dahulu. Dicemuh ISRAEL, dicemuh  BUSH tetapi hakikatnya mereka masih berkawan dan berhubungan sehingga  kini.

//petikan yang menarik...

Assalamualaikum...

Seperti saya,saudara juga kurang berpuas hati dengan isu kenaikan minyak  baru-baru ini. Pendapat kita dah hampir sama. Kan?  Akan tetapi,ada sebahagian daripada kata-kata saudara itu membuat saya  agak kurang sependapat atau lebih elok katakan kurang mengerti.

Jika kita lihat kononnya bahagian tiga dalam artikel saudara,ianya  seperti saudara menyalahkan bekas PM kita juga. Setahu saya kehidupan di  zaman pemerintahan Tun Dr M, situasi kerajaan amat berbeza sama sekali  kini.

Kenapa saudara kena salahkan Tun? Cuba saudara berfikir,jika saudara  seorang pemimpin, adakah saudara akan mendengar cakap org luar yang  tiada kena mengena dengan organisasi saudara? Kesemua kuasa ada di dalam  tangan saudara. Betul atau tidak? Ini kita berbicara mengenai situasi Najib,Pak Lah dan Tun Dr M sahaja ok. Di situ saudara mengatakan Tun  melantik Pak Lah dan Pak Lah hanya perlu menurut? Siapa Tun pada ketika  ini? Hanya rakyat biasa. Betul atau tidak? Kenapa Pak Lah perlu turut  kata Tun pula? Akan tetapi saya akui mengenai pujian saudara terhadap  kebijaksanaan Tun. Terima Kasih di situ. Jika saudara baca akhbar hari  ini, di situ terdapat komen Tun Dr M mengenai kenaikan minyak. Tun ada  menyebut mengenai nilai RM yang rendah. Tidak perlu la saya huraikan  panjang lebar di sini. Cuba baca dan fahami kata-kata orang yang pandai  berfikir.

Di situ saya boleh mengatakan yang sebahagian petikan saudara di  atas(bahagian 3) agak mengarut. Kini saya dan berkemungkinan  besar, kebanyakan rakyat menyata kan yang pucuk pimpinan kini punca  masalahnya.  Bukan orang lain.

Jika saudara kurang gemar dengan semua pemimpin yang saudara maksudkan  di atas, siapa yang boleh menerajui negara kita? Adakah saudara amat  sesuai? Akan tetapi dari tulisan saudara sy dapat menyaksikan saudara  kurang bersesuaian. Saudara lebih mengikut suara emosi bukan suara hati.  Saya masih kuat mengatakan Tun Dr Mahathir adalah PM kita yang de best!!


Hidup Tun Dr M

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762