![]() |
|
Saudara tidak perlu meluahkan perasaan yang kabur tanpa membuat kajian tentang apa yang berlaku di dalam negara kita. Membaca Al-Quran tapi tidak memahaminya seumpama membaca suratkhabar jawi tanpa pergi sekolah agama. Saudara, isu jambatan ini mengalami proses yang agak muda dan licin pada masa pemerintahan Tun Dr. Mahathir b. Mohamad tetapi akibat kejahilan pihak tertentu yang tidak mahu mengkaji sejarah lalu, mereka membuat keputusan atas kepentingan diri sendiri dan lemah jatidiri.
Kita tidak perlu berperang dengan Singapura,
cukup dengan melaksanakan apa yang perlu di negara kita sendiri.
mana boleh negara lain kritik apa yang kita hendak buat di
negara sendiri.Singapura sepatutnya berasa malu dengan niat
jahat mereka itu. Kawan..kawan juga..tapi jangan biar merosak diri.Seandainya kerajaan telus kenapa tidak diadakan pungutan suara di Johor, samada rakyat johor setuju atau tidak dengan alasan yang telah mereka kemukakan di dada akhbar. Sekadar mendengar suara wakil rakyat yang macam lalang..pasti semua perkara mereka kata setuju..janji periuk nasi mereka sentiasa penuh dan terjamin dibawah jagaan bos baru.
Dulu masa bina KLCC semua orang kata membazir
wang...sekarang ni..saudara sendiripun nak shopping dan
berlegar-legar di kawasannya ataupun kalau diberi peluang nakkan
sebuah pejabat di tingkat 86 klcc, yang gah tingginya.
itu..fikirlah saudaraku.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|