BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: smilerubani@yahoo.com

From_Name: Ismail Rubani

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: Sahabatku Raden Jowo,

Aku menulis bukan kerana nama.

Sahabat,

Dalam merealisasikan aspirasi memperjuangkan anak bangsa, kita perlu punya saluran dan aturan. Mengkritik adalah perlu dalam memperbetulkan keadaan, bukankah tegur menegur sesama insan itu di tuntut?

Maka disinilah saya melihat PROWARIS berdiri dan berpaksi.Menegur, mencanai dan merancang demi keutuhan anak bangsa , demi kerukunan rukunegara.

Tidak dinafikan dalam keterbatasan kemampuan yang ada, tidak semua isu yang saudara perkatakan dan cuba ketengahkan itu mampu di tangani oleh PROWARIS.Apatah lagi jika isu itu melibatkan peribadi peribadi dan cerita cerita tanpa bukti.

Saya melihat sehingga kehari ini PROWARIS tidak mengkritik membabi buta, namun mereka berdiri dan menyelongkari isu yang ingin di tangani itu sehingga ke akar umbi. Dan apa yang perlu sebenarnya adalah menjana kritikan yang membina, berdasarkan bukti yang nyata seterusnya memberi pandangan dan saranan yang berguna.

Disinilah saya melihat kelainan PROWARIS begitu juga kelainan kelainan dan kematangan yang di tampilkan www.umno-reform.com.

Sahabat,
"Dont judge a book by its cover". Jika di lihat pada mata kasarnya
seolah-olah mereka ini punya agenda tersembunyi, seolah-olah PROWARSIS
di promosi dan dan di langgani, namun sejauh manakah kita mengetahui
susah payah mereka ini sebelum segala yang di hajati dapat di warnai?.
Jangan lah kita menjadi anak bangsa yang suka membuat andain sendiri
tanpa menyelami dan memahami. Marilah kita bersama menjadi peserta ,
bersama membina keutuhan bangsa. Mari bersama kita menyelam dan memahami
hala tuju anak bangsa. Anda juga punya wibawa marilah bersama menjadi
peserta. Mari bersama menyumbang tenaga.

YANG BENAR KITA NYATAKAN , YANG BATAL KITA BAKARKAN.

BERSAMA MEMBANGUN AGAMA DAN BANGSA.

WASSALAM.

ISMAIL RUBANI.

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762