UMAT ISLAM TIDAK USAH BERPOLITIK
by Anti-politik
DALAM Islam tidak sepatutnya diguna pakai pun
istilah POLITIK, konsep POLITIK dan POLITIKING . Dalam Islam
yang ada yang boleh diguna pakai oleh umat Islam hanya SIASAH.
Gunakanlah wadah dan wahana SIASAH!
Umat Islam seluruh dunia hari ini lebih kenal istilah dan konsep
POLITIK drpd. mengenali istilah dan konsep SIASAH yang terdapat
dalam ajaran Islam itu sendiri. Sesungguhnya POLITIK adalah
tajaan Syaitan untuk mereka yang sudah berpaut kepada
nilai-nilai sekularisme menggunakannya, sedangkan SIASAH adalah
Sunah untuk umat Islam yang berpaut kepada Welstanschaaung
Tawheedik menggunakannya.
POLITIK adalah untuk orang bukan Islam, tetapi SIASAH adalah
hanya untuk umat Islam. Umat Islam yang menerima-pakai dan
menggunakan pendekatan POLITIK, pasti akan kecundang dalam
perjuangan. Allah SWT. tidak akan memihak dan memberikan
kemenangan kepada umat Islam yang berjuang menggunakan wadah dan
wahana POLITIK kerana umat Islam itu beragama ISLAM. Ini
terbukti sudah lebih 500 tahun umat Islam berjuang, tetapi umat
Islam terus menerus kecundang; dapat terus-menerus diperbodoh
dan dikalahkan oleh kaum kufar.
Untuk umat Islam mencapai kemenangan supaya dapat kembali
menjadi khalifah di muka bumi ini, tiada jalan lain, melainkan
kembali mengguna-pakai wadah dan wahana SIASAH. Selama mana lagi
umat Islam masih enggan menggunakan wadah dan wahana SIASAH
dalam perjuanagan, selama itulah perjuangan akan terus menjadi
lagha, iaitu sia-sia.
ADA 5 atribut utama yang membezakan antara POLITIK dengan SIASAH,
iaitu:
Pertama: Istilah POLITIK adalah cipataan dan yang
digagaskan dari ajaran Sekularisme yang dicetuskan di Barat dan
ia menjadi elemen penting dalam Budaya Barat. Sekularisme itu
sendiri wujud adalah cetusan ilham daripada saranan oleh Syaitan
(Q:22:52) untuk manusia guna-pakai, maka dengan sebab itulah
POLITIK adalah penuh dengan perancangan bagi melaksanakan
acara-acara dan tindakan-tindakan yang memenuhi kehendak Iblis
dan Syaitan. Sedangkan istilah SIASAH, ia adalah istilah yang
wujud dalam Ad-diin Islamiah (Q:3:19) yang terkandung di
dalamnya gagasan-gagasan untuk acara-acara dan tindakan-tindakan
bagi menentang golongan manusia yang sudah dipengaruhi oleh
Iblis dan Syaitan dalam mengurus dan mentadbirkan Dunia, Negara
dan Negeri.
Kedua: Landasan atau wahana yang digunakan dalam POLITIK
ialah “Matalamat menghalalkan cara”. Tetapi landasan bagi SIASAH
adalah “Syariyah Islamiah” yang berpaksikan kepada apa yang
terangkum maksudnya di dalam IFTITAH, iaitu “Sesungguhnya
SHOLATku, Hidupku, dan matiku adalah KERANA ALLAH Tuhan sekalian
alam.” [Q:6:162]; yang kita umat Islam sering ikrarkan setiap
kali kita mendirikan Sholat. Di sini juga POLITIK dan orang yang
berPOLITIK serta berPOLITIKING tidak akan mempedulikan prinsip
yang terkandung dalam maksud Ayat Al-Qur’an [Q:17:38]; sedangkan
SIASAH, Ayat ini adalah dijadikan prinsip yang dipegang kukuh
serta dijadikan panduan tanpa kompromi. Justeru kita umat Islam
perlulah fahami perbedaan antara dunia POLITIK dan dunia SIASAH.
Ketiga: POLITIK adalah mengguna-pakai PENGETAHUAN,
sedangkan SIASAH menggunakan hanya ILMU. Sesungguhnya
PENGETAHUAN adalah daripada Iblis dan Syaitan; sedangkan ILMU
adalah daripada Allah SWT. Bagi POLITIK pendidikan untuk rakyat
Islam tidak mengutamakan aspek supaya mempelajari dan
memperolehi “ta’qiluun”. Di sebaliknya bagi SIASAH rakyat
memperolehi dan mempelajari “ta’qiluun” memahami dan berILMU
menguasai bahasa Allah SWT. terus dari Al-Qur’an (tanpa melalui
bahasa terjemahan) adalah wajib, iaitu mengoperasionalkan
pendidikan rakyat Islam dengan tidak mengenepikan ayat Alqur’an
[Q:12:2] supaya rakyat Islam mempelajari dan memperolehi
“ta’qiluun” dengan memahami Al-Qur’an terus direct drpd Bahasa
Allah SWT. itu, dan bukan memahaminya melalui bahasa terjemahan.
Justeru kita umat Melayu Islam perlulah memahami perbedaan
antara ILMU dengan PENGETAHUAN.
Keempat: POLITIK adalah untuk melaksanakan ajaran
Sekularisme dan menggunakan ajaran mengikut kaedah
Machiavellisme, sedangkan SIASAH adalah untuk melaksanakan
ajaran Islam sebagai Ad-diin [Q:3:19] berpandukan kepada
Welstanchaaung Tawhidik (Al-Qur’an dan Sunah).
Kelima: POLITIK sebagaimana ajaran Machiavellisme, ia
membenarkan pelaksanaan “Pecah-belah dan Perintah”, propaganda
atau dakyah serta fitnah-memfitnah sebagai cara bagi pihak yang
Berkuasa untuk mengekalkan kuasa memerintah atas nama Demokrasi;
sedangkan SIASAH mengharamkan pelaksanaan tersebut kerana ajaran
Islam menegaskan bahawa umat Islam semuanya adalah bersaudara
[Q:21:92 dan Q:23:52]; dan kerana adanya hadis-hadis Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud: “TIDAK BERIMAN SEORANG MU’MIN ITU
SEHINGGA IA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA IA MENCINTAI
DIRINYA SENDIRI” dan “ANTARA MU’MIN DENGAN MU’MIN ITU ADALAH
BERSAUDARA BAGAIKAN SATU TUBUH….” [Hadis-Hadis Sahih Bukhari &
Muslim]. Adakah mereka yang menggunakan wadah dan wahana POLITIK;
ahli-ahli POLITIK itu menerima-pakai maksud kedua-dua Al-Hadis
ini? Sudah tentu tidak!
Dalam sistem POLITIK di Malaysia sekarang ini, umat Melayu (oleh
kerana umat Melayu beragama Islam) jika diteruskan menggunakan
POLITIK dan berpolitiking sebagai wadah dan wahana perjuangan,
maka sampai bila-bila pun umat Melayu tidak akan dapat disatukan,
kerana POLITIK mengenepikan sama sekali Q:17:38; Q:23:52 dan
Q:29:92, serta tidak patuh kepada apa-apa yang dituntut oleh
maksud dua Al-Hadis tersebut tadi. Dan paling bahaya ialah
POLITIK mengenepikan sama sekali prinsip yang terkandung di
dalam Q:17:38. Bahayanya bukan saja kepada mana-mana parti
politik tertentu saja, bahkan juga meliputi semua rakyat dan
negara sekali gus; di mana akibatnya di Sisi Allah SWT. rakyat
dan negara diktegorikan sebagai jahat dan Dibenci oleh Allah SWT.
Sendiri!
Bagi umat Islam, ingatlah bahawa SELAGI UMAT ISLAM BERPOLITIK
DAN BERPOLITIKING SESAMA UMAT ISLAM, SELAMA ITULAH UMAT ISLAM
TIDAK AKAN DAPAT BERSATU. Justeru, seluruh umat Islam di bumi
Allah SWT. ini mestilah mengreformasikan minda dan
pelaksanaannya, iaitu kembali kepada SIASAH, jangan gunakan pun
istilah POLITIK; dan hendaklah kembali mendirikan SHOLAT, jangan
gunakan istilah SEMBAHYANG (bagi umat Melayu); dan kembali
kepada berILMU, jangan hanya berPENGETAHUAN, jika umat Islam
ingin kembali dapat menjadi KHALIFAH di muka bumi ini.
Umat Islam sejak kejatuhan umat Islam lebih 500 tahun yang lalu,
hingga kini telah mengenepikan SIASAH dan menggantikannya dengan
POLITIK; maka dengan sebab itulah telah menjadikan umat Islam
tidak mematuhi Perintah-perintah Allah; tiadanya ta’qiluun dan
akibatnya umat Islam sendiri di sisi Allah SWT adalah JAHAT,
iaitu kejahatan yang menjadi kebencian oleh Allah SWT [Q:17:38].
Maka kezaliman demi kezaliman menimpa umat Islam sendiri dari
semua sudut kehidupan, dengan tiadanya mendapat Pertolongan Drpd
Allah SWT. kerana Allah SWT. Sendiri Membenci umat Islam akibat
umat Islam tidak mematuhi Perintah-perintah Allah SWT.
[Q:17:38], dan umat Islam sendirilah yang menzalimi diri sendiri
[Q:4:40] akibat POLITIK dan berPOLITIKING sesama umat Islam;
yang menjadi punca makanya kezaliman-kezaliman bertali-arus
datang drpd kaum kufar, dan juga drpd umat Islam sendiri yang
sudah sekular, iaitu golongan yang menegenepikan ayat Al-Qur’an,
Q:6:162 di dalam kehidupan.