![]() |
|
|
|
Saya memerhati isu cabar mencabar antara Wan Indra Putra dengan beberapa penyokong pembangkang dalam laman ini. Satu usaha yang sihat di lakukan oleh web master laman ini. Namun saya agak tertarik dengan jawapan Wan Indra Putra - Pemuda UMNO Talasco ( tahan lasak). Sebenarnya mematah hujah dengan dengan mengatakan bahawa rasuah itu akan di lakukan oleh pihak yang lain sekiranya mereka mengambil tampok kuasa bukanlah satu hujah yang konkrit. Kita seharusnya tidak mengambil pendekatan seperti yang di hujah oleh Sdra Wan Indra Putra. Hujah beliau sebenarnya gagal menarik minat saya selaku ahli UMNO biasa. Apakah wajar kita katakan, perkara ini semuanya sama, kalau pembangkang memerintah maka mereka juga akan melakukan rasuah sebagai alasan hujah. Ini seolah - olah secara relatif membabit organisasi UMNO sebagai turut melakukan rasuah dan ianya boleh dibenarkan hanya dengan alasan sekiranya pembangkang memerintah mereka juga akan melakukan yang sama. Itu bukan jawapan dan cabaran yang Sdra buat terhadap Syamsul Iskandar, EXCO Angkata Muda Keadilan untuk bersumpah tidak akan melakukan rasuah sekiranya mendapat kuasa adalah satu cabaran yang pasif dan tidak mencerminkan bentuk perkataan ilmiah yang Sdra sering sebut. Maaf, sungguhpun kita dalam satu kelompok yang serupa namun saya tidak mahu UMNO di label sebagai tidak berkualiti dalam memberi hujah hatta membenarkan kata - kata Datuk Seri Ali Rustam mengenai kualiti ahli - ahli UMNO. Asas konsep yang perlu kita lihat ialah, setiap kesalahan - kemungkaran tidak boleh di terima atau dijadikan betul hanya kerana pihak lain melakukan perkara yang sama. Salah tetap salah, dan jawapan bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama tidak akan membetul atau membenarkan perbuatan. Kita perlu lebih bijak dalam menangani masalah tuduhan kepimpinan UMNO rasuah. Jawapan seperti mereka cemburu kerana mereka kaya tidak sepatutnya di berikan. Mereka boleh mempersoalkan hasil kekayaan kepimpinan negara ini kerana mereka juga rakyat sungguhpun berlainan idealogi. Namun membuat fitnah mengenai rasuah - itu tidak boleh dibenarkan berlaku. Saya percaya pembangkang akan melihat dan membuat evaluasi menyeluruh mengenai jawapan dan hujah saudara khususnya mengenai gesaan Angkatan Muda Keadilan, Sdra Syamsul Iskandar. Mengenai hujah Syamsul Iskandar, perlu ditekankan bahawa semua peringkat UMNO bahagian dan cawangan tidak menghalalkan rasuah. Perang keatas rasuah ini dijalankan berterusan oleh UMNO khususnya dibawah kepimpinan Pak Lah. Langkah - langkah seperti penubuhan Intergeriti Malaysia, Suruhan Jaya Polis dan berbagai langkah lain adalah untuk memerangai rasuah. Pak Lah tidak percaya kepada rasuah kerana itu beliau dilantik menjadi pemimpin negara ini hari ini. Kita perlu lihat beberapa kesan positif dengan kehadiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sedar tidak sedar pembangunan demokrasi jelas kelihatan. Suara - suara kepimpinan UMNO dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri semakin mengerunkan pihak yang di beri kuasa menerajui sesuatu kementerian. Kita lihat bagaimana Rafidah Aziz di selar hebat ahli - ahli UMNO dan beberapa desakan dari orang UMNO sendiri supaya Rafidah meletak jawatan. Begitu juga Samy Vellu. Lihat betapa lantang ahli - ahli Parlimen mengkritik cara kerajaan menerajui MAS dan membongkarkan kepincangan MAS. Semua ini wujud dalam zaman Pak Lah. Hatta, demonstrasi bantahan kenaikkan harga minyak tidak melihatkan sebarang tangkapan berbeza dengan keadaan di bawah zaman Dr Mahathir. Bukankah ini usaha - usaha perlaksanaan demokrasi yang semakin mantap. Apakah ini bukan langkah - langkah yang bersesuai dengan gesaan pembangkang sekarang ini. Sdra Syamsul perlu akui bahawa gambar yang di lekatkan oleh editor laman ini - menunjukkan sdra berhujah di KLCC hanya menunjukkan bahawa kebebasan bersuara kembali diamalkan di bawah kepimpinan Pak Lah. Sdra tidak ditangkap malah mereka yang hadir menyelar kerajaan dan Barisan Nasional juga di beri peluang berbuat demikian tanpa sebarang halangan. Adalah tidak adil hanya kerana Pak Lah menyediakan mereka yang dianggap selesa untuk membangunkan negara di lantik semula untuk menerajui kabinet maka sdra menganggap beliau lemah. Malah bagi saya sekiranya dikaji secara halus mereka yang di tempatkan kembali pasti akan berhati - hati dan tidak membuat sesuatu yang melanggar kepentingan rakyat amnya. Rafidah tidak akan berani lagi membuat dasar - dasar AP yang menguntungkan beberapa kerat sungguhpun kita perlu akur beberapa bakat dan pengalaman beliau harus di manafaatkan oleh negara. Sdra Syamsul - bagi saya kita harus memberi peluang kepada kabinet lantikan Pak Lah dahulu sebelum secara membabi buta menggesa beliau meletak jawatan. Apakah sekiranya beliau meletak jawatan maka masalah - masalah ini akan sendirinya selesai? Kita sendiri , mungkin sdra tidak sedar bahawa, dalam laman ini banyak gesaan untuk Azmi Khalid supaya meletakan jawatan. Beliau dikatakan gagal dalam Kementerian lama beliau. Namun hari ini beliau se olah bangkit dalam menerajui Kementerian baru beliau. Banyak pendedahan dan saranan di baut oleh beliau - menyelar SYABAS khususnya dan mempertingkatkan usaha penjagaan alam sekitar di lakukan oileh beliau. Ini satu perubahan yang pro aktif. Saya tidak mungkin hadir sebagai suara UMNO secara keseluruhan tetapi saya hadir sebagai Ahli UMNO yang percaya UMNO adalah satu wadah yang akan menjadi peneraju bangsa kita Melayu. Sekian
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|