|
Ibrahim Ali - letak jawatan
Laporan www.malaysia-today.net mengenai perletakan jawatan Ibrahim Ali amat mengkagumkan kami di umno-reform.com. Dalam satu siri ceramah yang di sertai oleh wakil Parti Keadilan Rakyat - Saifuddin Nasution, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud. Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh yang bertindak sebagai pengerusi, Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan Dato Ibrahim Ali telah mengatakan bahawa beliau akan bersara sebagai orang yang sering lompat parti. Dato Ibrahim Ali memohon keyakinan dari rakyat untuk sekali lagi memberi beliau peluang menggegarkan parlimen.
Ibrahim Ali turut di laporkan mengkritik kepimpinan Pak Lah sebagai tidak bermaya dan perlaksanaan peningkatan Integriti Pak Lah sebagai hasrat yang tidak mungkin ke capaian. Ibrahim Ali turut mengkritik mengenai AP dan isu - isu rasuah lain dan yang peliknya semua itu adalah sewaktu beliau bersama UMNO.
www.umno-reform.com amat kagum dengan Datuk Ibrahim Ali yang hari ini bersama - sama perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan sering mengikuti semua ceramah Anwar Ibrahim. www.umno-reform.com sebenarnya kagum melihat politik beliau yang bukan sahaja bagi kami tidak berprinsip malah hadir tanpa segan silu.
Beliau adalah antara orang yang lantang mengkritik Anwar Ibrahim - bersengkongkol dengan Dr Mahathir, sungguhpun pernah mengkritik Dr Mahathir apabila beliau menuruti Tengku Razaleigh dahulu. Hari ini Datuk Ibrahim Ali sungguhpun sudah serik melompat tetapi beliau masih belum serik menjilat ludah - ludah nya. Namun hairan - beliau di terima juga oleh Parti Keadilan Rakyat Malaysia.
Dalam bab 10 buku beliau Delima neraca rentak yang di terbitkan sebelum Pemilihan Agung UMNO beliau mengakui bahawa beliau pernah menyokong pemecatan Anwar Ibrahim. www.umno-reform.com menurunkan petikan kata - kata
beliau:
|
Saya sendiri juga pada mulanya menyokong pemecatan Anwar. Saya turut sama terlibat menyokong kerana saya ingat selepas
pemecatan, kes anwar habis setakat itu sahaja. Tetapi rupanya
tidak. Timbulnya pula bermacam - macam masalah , termasuk di tumbuk di dalam penjara dan Anwar dilakukan sedemikian rupa termasuk tidak dapat keadilan
sewajarnya.
|
Saya sendiri juga pada mulanya menyokong pemecatan Anwar. Saya turut sama terlibat menyokong kerana saya ingat selepas pemecatan, kes anwar habis setakat itu sahaja. Tetapi rupanya tidak. Timbulnya pula bermacam - macam masalah , termasuk di tumbuk di dalam penjara dan Anwar dilakukan sedemikian rupa termasuk tidak dapat keadilan sewajarnya.
Apa yang beliau lakukan sewaktu itu. Jawapannya mudah - tidak ada tetapi sebaliknya terus menyokong Dr Mahathir tanpa ragu. Bagi www.umno-reform.com - sokongan beliau sekarang hanya untuk mencari rekahan ruang untuk kembali dalam politik. Andai sokongan beliau kepada Anwar menjejaskan UMNO, pasti UMNO akan menawarkan tempat untuk beliau kembali. Dan hampir pasti - beliau akan kembali. Sekiranya beliau tidak di pecat dari menjadi Ketua bahagian www.umno-reform.com hampir pasti beliau akan berada dalam UMNO untuk terus lupa kepada rakan beliau anwar Ibrahim yang terusan di puji sebagai kononnya beliau juga seorang pejuang seperti Anwar Ibrahim. Untuk terus mengaburi mata penyokong Anwar Ibrahim maka Ibrahim ali dalam bukunya menyuarakan betapa buruknya layangan UMNO terhadap Anwar dan betapa kejamnya perbuatan Mahathir.
Hari ini Ibrahim Ali muncul di celah - celah Parti Keadilan rakyat dan di terima pula oleh PAS. Hari ini Parti Keadilan Rakyat turut hadir untuk memberi sokongan untuk rayuan Ibrahim Ali untuk menggegarkan Parlimen. Hari ini beliau membuka sejarah perjuangan beliau yang kononnya tidak jauh beza dari Anwar Ibrahim. Hari ini beliau menulis bahawa beliau adalah Hang Nadim.
Kata - kata beliau dalam muka 132 Delima Neraca Retak -
|
Saya bukan si lebai malang di dalam politik tetapi sang kerdil seperti Hang
Nadim. Kerana saya memegang sifat Hang Nadim yang bercampur sifat derhaka Jebat - itulah maka saya jadi seperti hari
ini
|
Benar - benar terpegun saya melihat satu pembelaan untuk diri sendiri yang di buat oleh Dato Ibrahim Ali. Sekarang ini beliau perjuang - sekarang ini beliau pembela - sekarang ini beliau mengutuk tindakan Dr Mahathir dan sekarang ini beliau menasihati Pak Lah dan menjadi bayangan yang sentiasa menuruti jalan Parti Keadilan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim. Hari ini beliau menjadi rakan terapat dengan Anwar Ibrahim - menyediakan program - program pengampunan dan sebagainya.
Memang - lengkap perjuangan Ibrahim Ali - hari ini beliau juga sama seperti Anwar Ibrahim - orang yang di zalimi. Beliau hari ini di ibaratkan kembar Anwar Ibrahim - perjuang - yang di zalimi - yang tidak di berikan Keadilan - yang di musnahkan kerana kekotoran politik UMNO Kelantan.
Kehadiran Ibrahim Ali berjuang sealiran dengan Parti Keadilan Rakyat kini di terima oleh Anwar Ibrahim. Para - para pejuang Keadilan mungkin turut juga menerima beliau dengan sokongan kepada program - program beliau. Memang mungkin benar - dalam politik hari ini kawan esok mungkin lawan. Hari ini perjuangan Ibrahim Ali melangkaui perjuangan mereka dalam reformasi.
Nampak se olah - olah jasa Ibrahim Ali lebih hebat dari jasa pejuang
reformasi. Hari ini - Ibrahim Ali berteriak - percayalah.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|