BALIK KE MUKA UTAMA

Mohd Isa Isamail
menjawab :
Nasib orang Melayu umpama 'telur di hujung tanduk' - kata Datuk Paduka Ibrahim Ali

artikel tersebut boleh dibaca pada capaian berikut klik sini

Melayu itu lemah - kelemahan itu adalah berpunca dari sikap orang - orang Melayu itu sendiri. Tabiat dan perlakukan orang - orang Melayu itu menghancurkan bangsa Melayu itu sendiri. Apakah ini benar? Hari ini ramai pula yang mengatakan bahawa kemunduran Melayu adalah kerana kepimpinan lemah, budaya rasuah dan ketirisan. Pak Lah di bawah pentadbirannya mengakui isu ketirisan tersebut. Setidaknya usaha telah mula diambil sungguhpun ianya belum mencukupi namun sedikit sebanyak kita menuju ke arah tersebut. Pak Lah kini mempunyai tekad baru untuk menghidupkan dan meniup kembali semangat DEB dalam usaha membangkitkan orang  - orang Melayu. Dengan sokongan dan ketelusan kepimpinan - pemantauan rapi - meminimakan rasuah ianya mampu terhasil. Namun hari ini kelihatan suara - suara orang - orang yang terlibat memimpin Melayu ke arah kegagalan mengutuk kepimpinan Pak Lah dan meletakkan label Melayu sebagai di hujung tanduk.

Asasnya kedudukan Melayu seperti yang digambarkan oleh laman ini www.umno-reform.com tidak dapat disangkal. Tidak ada kepimpinan Melayu yang hadir hari ini patut menyangkal kelemahan dan ketinggalan orang - orang Melayu di bumi ini. Namun sesuatu yang paling menarik adalah Datuk Paduka Ibrahim Ali yang kini menyalahkan kerajan kerana gagal bertindak memperkasakan orang - orang Melayu. Ini Datuk Ibrahim Ali, yang keluar dari UMNO masuk kembali dalam UMNO dan di cicirkan oleh UMNO kini bangkit marah kepada UMNO. Ini mungkin sikap hipokrasi yang selama ini membunuh orang - orang Melayu. Orang - orang ini kini bangkit menjadi pejuang untuk orang - orang Melayu mengutuk UMNO dan kepimpinannya seolah - olah beliau adalah mangsa pemerintah yang zalim.

Sebenarnya Datuk PAduka Ibrahim Ali ini kemaruh mahu suaranya didengari. Kemaruk mahu menyertai politik dan mahu jadi jaguh sebagaimana Anwar Ibrahim apa tahun 1998. Malang sewaktu itu - Datuk Paduka Ibrahim Ali adalah orang yang paling kuat bersekongkol dengan kepimpinan zalim tahap tertinggi Malaysia, Tun Dr Mahathir. Sewaktu itu beliau antara yang hebat menyokong beliau memperlekehkan semua perjuangan untuk bangsa yang lain.

Beliau sewaktu di Jabatan Perdana Menteri adalah orang yang mempersendakan PAS dan kini mahu menjadi anak angkat PAS. Beliau sewaktu itu kuat menentang hak kebebasan bersuara, anti demo dan sebagainya, tetapi hari ini adalah antara orang yang mahu memperjuangkan hak asasi dan kebebasan suara. Berlandaskan kononnya beliau juga pernah merengkok dalam ISA tidak menghapuskan dosa - dosa beliau untuk berlaku khianat kepada bangsa Melayu sesudah bebas.

Beliau opurtunis dalam menyelit dan kini mendabit dada mengatakan beliau adalah pejuang. Saya percaya beliau akan terus berusaha untuk menyelitkan diri dalam politik tetapi tugas beliau berbeza. Beliau adalah antara pemain yang akan memporak perandakan barisan pembangkang dan saya yakin kehadiran Dato Ibrahim Ali adalah sama seperti zaman  - zaman lalu, hadir untuk mengambil kesempatan. Itu sahaja
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762