BALIK KE MUKA UTAMA

 


Ibrahim Ali adalah Ibrahim Ali

Ibrahim Ali - rekod saya terbuka luas - perjuangan saya, idealisma perjuangan saya dan nekad pengorbanan saya pada agama, bangsa dan negara tetap konsisten dari dahulu, kini dan selamanya.

Ibrahim Ali - pertembungan ini adalah antara pemimpin kerdil Melayu bertembung dengan dua parti besar - PAS yang memimpin kerajaan Negeri Kelantan dan UMNO - peneraju kerajaan Malaysia.

"Saya hanya bersandarkan kepada prinsipal perjuangan saya, rekod perjuangan saya dan penerimaan rakyat yang banyak memberi sokongan untuk saya" kata Dato Ibrahim Ali semasa di temuduga oleh Anuar Mohd Nor dari www.umno-reform.com. Ibrahim Ali tetap akan bertanding dan akan hanya menarik diri sekiranya malaikat yang mengarahkan saya untuk melakukan sebaliknya, kata beliau dalam mengkiaskan pendirian beliau.

Ditanya kepada beliau mengapa beliau mengambil keputusan untuk bertanding, beliau menjawab " ini adalah sebagai satu mesej untuk semua rakyat Malaysia khususnya Melayu, bahawa kita harus berubah dari terkongkong dalam budaya yang mengecilkan pemikiran kita kepada satu langkah drastik yang berani melakukan  perubahan - berani bersuara dan berani bertindak atas landasan kebenaran khususnya dalam memperjuangkan maruah bangsa". "Perjuangan saya konsisten - tidak berubah tetapi persekitaran politik hipokrasi - berkepentingan diri sendiri - retorik perjuangan yang tidak pernah ada telah cuba memusnahkan pengorbanan perjuangan saya demi bagi bangsa, agama dan negara". "Persekitaran politik korup amalan beberapa kerat kepimpinan yang lupa mendefinasikan amanah yang dipikul serta tanggungjawab yang didokong menyebabkan orang macam saya diketepikan". " Mujur semangat perjuangan ini terapi oleh rakan - rakan yang tetap setia pada saya - biar semasa memegang tampok kepimpinan mahupun kini tidak berjawatan dan tidak memiliki kuasa". "Malah hari ini mereka memberi dorongan untuk saya meneruskan perjuangan walaupun saya tidak berparti".

Ibrahim Ali dalam pertemuan ringkas ditanya samada kehadiran beliau adalah kerana dendam yang terbentuk setelah terpinggir dan digugurkan oleh kepimpinan UMNO Kelantan menjawab "adalah satu pembohongan sekiranya saya menjawab bahawa saya tidak kecewa dengan keputusan tersebut tetapi "societal and innate drive" mengajukan saya untuk terus berada dalam perjuangan yang bagi saya amat sebati dengan alasan kehadiran saya hidup di muka bumi ini".

Bagi saya cabaran kesusahan yang saya alami dalam politik - arahan untuk Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat saya serta penahanan saya dalam ISA selama dua kali adalah cubaan prinsip, tanpanya manusia tidak dapat tahu sama ada seseorang itu jujur atau tidak.  Sehingga hari ini hasil dari dugaan tersebut saya masih berdiri - bebas dari tuduhan rasuah - tidak ada penyelewenggan dan kepercayaan saya dalam perjuangan ini masih menebal. Saya tidak berdendam malah saya akur mereka adalah kepimpinan negeri dan saya beri sering memberi  ruang dalam program - program yang saya anjurkan bagi menghormati kepimpinan Negeri dan kepimpinan UMNO Kelantan. Saya tidak ada dendam terhadap UMNO cuma kecewa dengan sikap beberapa kepimpinan UMNO yang dikaburi dengan hasrat dengki dan khianat dalam menilai pengorbanan sesaorang.

Saya membentang rekod saya - kepada umum untuk menilai. Saya komited kepada  perjuangan bangsa, agama dan negara. Saya tidak terikat kepada budaya "overcomfirmity" yang mana budaya ini harus kita tolak sekiranya kita mahu melihat bangsa kita maju. Bagi saya budaya "overcomfirmity" inilah yang menghalang kita dari berjiwa bebas - menyuarakan pendapat dan keberanian menegakkan prinsipal. Melayu harus berubah dan mesej inilah dirangkul untuk menjadi satu pengajaran kepada masyarakat kita khususnya Melayu dalam saya menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil akan datang. Saya tetap berdiri sungguhpun saya tahu saya berdepan dengan gergasi politik sedangkan saya tidak berparti dan berdiri atas nama dan sokongan rakyat Kelantan yang masih - insyallah menerima saya.

Ibrahim Ali turut menjelaskan bahawa kehadiran beliau bukan menjadi alatan untuk mengacau undi - memecahkan undi demi untuk kepentingan mana - mana parti politik. Kehadiran beliau adalah untuk menang dan kemenangan ini sekiranya di izinkan akan menjadi satu pengajaran bahawa rakyat sudah bijak dan agak lama kehadiran mereka yang berpolitik sempit - untuk tujuan peribadi menghina intelektualisma rakyat negara ini.

Saya hadir hari ini mempertaruhkan diri saya untuk sekali lagi bertindak bagi memberi mesej yang jelas dan nyata kepada semua rakyat khususnya Melayu - agar kita laksanakan apa yang di sebut sebagai  "enkulturasi positif"  - pembudayaan positif demi kepentingan bangsa - kekukuhan jati diri dalam memperjuangkan matlamat dan agenda bangsa. Kita seharusnya berani mengenepikan hasrat diri untuk memperteguhkan bangsa kita. Tidak keterlaluan saya menyebut - andai kepentingan diri yang saya mahukan maka saya harus duduk mengamalkan budaya " overcomfirmity" dan saya yakin saya tidak berada di tempat saya sekarang ini - mungkin sedang membuat persiapan untuk menerajui kepimpinan tertinggi parti dan empok duduk diatas kerusi Menteri.                                                            

Saya percaya kepada trek sejarah perjuangan saya - manusia tidak boleh menipu sejarah kerana ianya disaksikan oleh dunia. Manusia yang cuba menipu fakta sejarah adalah orang yang berdosa dengan dirinya sendiri dan penciptanya. Bagi saya nilaikan sejarah yang saya cipta dalam perjuangan yang saya lakukan - nilaikan dengan terbuka dan tidak di kaburi dengan nafsu dan hasrat lain - Insyallah kamu akan dapat melihat Ibrahim Ali sebagai Ibrahim Ali yang masih tetap dengan pegangan nilai perjuangan.

Akhir kata - Allah yang akan menentukan keputusan pilihanraya tersebut - saya mengharapkan kemenangan - tetapi saya lebih setia kepada perjuangan.

 

 

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762