BALIK KE MUKA UTAMA

Hisham tidak layak jadi pemimpin

 

Saudara Editor,

Syabas kerana membuka langkah untuk kita secara terbuka memberi pendapat mengenai kepimpinan kita dan diharap kepimpinan kita menerima dengan terbuka.

Ini pendapat saya,

Datuk Hishammuddin bagi saya tidak layak memimpin sebarang jawatan dalam Umno. Saya berkata demikian kerana bagi saya Datuk Hisham telah melalui berbagai insiden yang menjadi bukti atas kegagalan beliau sebagai seorang pemimpin.

Apa yang sebenarnya menjadi monumen untuk dibanggakan oleh rakyat mahupun  Hishammuddin sendiri sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ketua Pemuda , sebagai Menteri Kementerian Belia dan Sukan dan hari ini Menteri Pelajaran/ Pendidikan?

Secara ikhlas saya tidak pernah terasa kehadiran Datuk Hishmmuddin dalam Pemuda dari saya bersama - sama pergerakan Pemuda sehingga lanjut dalam usia lantas terpaksa meninggalkan pemuda. Mungkin yang terasa mengenai kepimpinan Datuk Hisham adalah Exco - Exco beliau yang kebanyakkan antara mereka sudah hanyut mencari erti Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan mereka yang mahukan sesuatu tempat untuk lonjatan politik tersendiri.

Hisham bagi saya hanya layak menjadi pengikut dan bukan "trend setter". Beliau mengamalkan "safe politics" yang jelas kelihatan sewaktu kepimpinan tun Dr Mahathir Mohamad.

Hisham tidak pernah melahirkan idea baru dan akhir - akhir ini menjadikan Adi Putra ( budak pintar matematik) sebagai iklan politik beliau. Mungkin dengan bahan iklan itu Hisham harus berfikir -  apakah budak pintar Matematik itu juga pintar Bahasa Inggeris?

Saya tidak mahu berpolimik mengenai isu penggunaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tetapi yang mahu di utarakan ialah - idea itu datang dari Dr Mahathir dan Hisham bertanggung jawab hanya untuk mempertahankan idea tersebut melalui corong - corong radio tetapi tidak berani berdepan dengan mereka yang menolak perkara ini.

Hisham hanya gemar "one way communication" supaya tidak perlu berdepan dengan mereka yang akan hanya menunjukkan kekurangan dalam diri beliau.

Kalau tugas Ketua Pemuda dan Menteri hanya untuk menyokong mereka untuk kepentingan laluan politik tersendiri  maka orang seperti ini tidak layak dijadikan kepimpinan tertinggi Umno.

Sekian

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762