BALIK KE MUKA UTAMA

Setelah kami mengeluarkan temuduga bersama Datuk Pirdaus - EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA, mengenai pandangan beliau terhadap Sister In Islam www.umno-reform.com telah di hujani dengan pelbagai persoalan dan kritikan. Ramai pelayar telah mengkritik sikap tidak entah Datuk Pirdaus yang juga bekas IMAM MASJID NEGARA dan melabel beliau sebagai tunduk terhadap tekanan politik lantas menolak ancaman terhadap ISLAM. Alasan tidak mengenali Sister In Islam juga di katakan dangkal oleh pelayar dalam himpunan komen pertama yang di kami pamerkan. Emel lain yang kami terima dan ada yang kami pamerkan menggesa Pemuda UMNO bertindak berani menolak kehadiran Sister In Islam seperti menurut Badaruddin Amiruddin - UMNO Jerai;  Apa sebenarnya sikap Umno dalam hal ini? Sesama pemimpin Umno pun nampak tidak bersatu pendapat sedangkan isu ini sangat kritikal terhadap nasib dan masa depan umat Islam dalam negara ini! Jangan dipolitikkan isu ini untuk kepentingan mana-mana pihak. Kalau memorandum dan tuntutan ini melampau walaupun anak PM yang menjuarainya yang salah tetap salah. Jangan dibela dan diberi muka dalam hal yang membabitkan maruah agama! Menurut pendapat lain, Pemuda yang tidak bersidang membicarakan isu ini - isu kritikal mengenai Agama menunjukkan betapa tidak peka Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Datuk Hishammuddin. Apakah ini isu remeh, tuntutan Sister In Islam dalam mendefinasikan Islam menurut idealogi mereka sendiri. Apakah isu bertudung, menolak hadis, menolak hukuman yang di tetapkan oleh ALLAH SWT dalam konteks duniawi tidak harus di pertahankan atau sepatutnya di turutkan kepada prioriti kedua dengan prioriti pertama adalah perjuangan hak asasi?  

Inikah ulamak besar negara kita ini yang pernah mengimamkan ribuan umat Islam Malaysia, tetapi terikat bukan dengan ketetapan ALLAH tetapi ketetapan UMNO kata salah seorang yang mengirim SMS kepada kami. Teruskan memberi pendapat - UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762