![]() |
|
| Terbitan asal www.malaysia-today.net di terjemahkan oleh laman marhean |
|
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 1 Wartawan politik Yahaya Ismail
pernah menulis sebuah buku yang terbaru berjudul 'Khairy Jamaluddin
– Bakal PM?' Buku itu mengandungi pelbagai fakta dan ramalan akan
masa depan Khairy, tetapi judulnya ternyata satu kesilapan juga. Khairy
Jamaludin bukannya seorang bakal Perdana Menteri. Sebenarnya dia sudah
menjadi seorang Perdana Menteri bersifat de facto (sebenar). Secara
hakikatnya Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
kelima, apabila naik memegang mercu kepimpinan negara pada November
2003. Namun, sebelum memulakan tugas baru itu, Abdullah Badawi bukannya
bersendirian – kerana segala bentuk pemikiran, tindakan dan baik
budinya banyak dipengaruhi, kalau bukan pun diarah oleh anak menantunya
yang baru berusia 28 tahun yang bernama Khairy Jamaluddin, dan beberapa
orang kawan-kawannya. Ada sesetengah pihak yang menyebut akronim Tiga
‘K’ sebagai kuasa di sebalik Paklah – Khairy, Kalimullah (Ketua
Pengarang kumpulan The New Straits Times) dan Kak Endon (Datin Paduka
Seri Endon Mahmood Ambak, isteri Perdana Menteri). Memang tidak syak
lagi K yang pertama sekali itulah yang paling berpengaruh, kerana beliau
yang melantik K yang kedua di jawatannya itu dan mengahwini pula anak
perempuan ‘K’ yang ketiga. Perkahwinannya itu berlangsung ketika K
ketiga sedang bertarung menghadapi serangan barah payudara. Inilah
penyakit yang mengorbankan kakak kembar beliau. Ramai
yang berkata bahawa keadaan sedemikian bukannya perkara luar biasa. Satu
ketika dahulu Presiden Nixon memiliki pembantunya bernama Kissinger dan
Maharaja (Tsar) Russia memiliki Rasputin. Terdapat beberapa persamaan
antara tokoh-tokoh ini dengan Khairy. Yang pertama, nampak sangat
semuanya berlagak laksana dalang mainan patung, main tarik-tali akan
benang-benang yang mengikat watak-watak kayu patung mereka yang
merupakan pemimpin negara. Mereka semuanya muncul daripada latar
belakang yang tidak menentu dan menjelma secara mendadak dan naik
mencanak. Malahan mereka semuanya mempunyai kelemahan tidak sedar diri
kerana taksub dengan kebanggaan yang mereka terlalu perkasa, tahu akan
segala-galanya dan seolah-olah bersifat halimunan, kononnya. Akhirnya
mereka semua menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa. Apakah perkara
semacam ini akan berlaku kepada Khairy juga? Memang
semakin jelas wujudnya rasa tidak puas hati. Orang yang mungkin paling
tidak seronok dengan Khairy ialah mantan Perdana Menteri Tun Kepala
Taik Mahathir Mohamad. Walaupun pada mulanya Mahathir memang ghairah
menerima kehadiran Khairy dan kawan-kawannya, sehingga sanggup melantik
kawan baik Khairy daripada Oxford, Dr. Vincent Lim Kian Teck sebagai
Setiausaha Politik Cina yang kedua, lambat laun Mahathir mendapati
bahawa kewujudan Khairy sudah semakin membayangi Abdullah Ahmad Badawi.
Nasi sudah menjadi bubur ketika Mahathir sedar akan fenomena itu.
Mahathir sudah pun mengumumkan persaraannya dan Abdullah sudah dianggap
pewaris yang menggantikan tempatnya. Apa juga bahana yang telah
dilakukan oleh Mahathir, dia sedar bahawa dia tidak lagi mampu merobah
pemikirannya terhadap si pewaris yang menggantikan tempatnya itu selepas
kehampaan beliau dalam menyingkirkan Anwar Ibrahim.
Khairy
terus dikekalkan di jabatan Timbalan Perdana Menteri, walaupun Mahathir
sudah tidak berapa selesa dengan kehadirannya. Pernah berlaku satu
peristiwa dalam majlis anjuran Pemuda UMNO bila mana Mahathir menjadi
merah-muka semasa Khairy Jamaluddin bertanya apakah beliau serius mahu
meletakkan jawatannya. Mahathir menganggap tindakan dan cadangan Khairy
sebagai tidak kena pada tempatnya semasa beliau meminta Mahathir
menghantar Abdullah keluar negara untuk berjumpa Presiden Amerika
Syarikat. Mahathir menganggap idea itu sebagai kurang matang dan tidak
perlu. Mahathir juga naik angin apabila Mathias Chang (Setiausaha
Politik bahagian Cina - penterjemah) melaporkan perihal kata-kata Khairy
di depan pelajar Malaysia yang berkumpul secara tidak formal di London.
Mathias mengadu betapa Khairy ada menyebut bahawa Mahathir dan Daim
sepatutnya disumbat dalam penjara sebaik sahaja Abdullah mengambil alih
kuasa.
Akan
tetapi, TKT Mahathir adalah serupa dengan semua musuh Khairy. Beliau
telah tersilap tafsir ‘budak mentah' itu. TKT Mahathir beranggapan
bahawa sebagai pemimpin unggulan negara selama 22 tahun, dan merupakan
orang yang paling perkasa di negara itu, dia mudah menolak ke tepi
Khairy bila-bila masa dia suka walaupun ketika dia tidak berkuasa lagi.
Mahathir sudah menjadi terlalu yakin bahawa kuasa kuku besi yang
mencengkam UMNO selama ini dapat digunakan sekali lagi dari sebalik
tabir untuk melentukkan Khairy mengikut kehendak nafsu-nafsinya. Tetapi,
tidak semudah itu, rupanya. Anak lelaki beliau sendiri, Mukhriz telah
menanggung malu apabila beliau cuba mencabar Khairy bagi jawatan
Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Di sebalik sokongan wang Mahathir yang
banyak, serta beberapa majlis kumpulan yang melibatkan ANSARA (persatuan
bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang diketuai dan dibiayai oleh
Mukhriz). Mukhriz dapati betapa anak menantu Perdana Menteri yang baru
ternyata lebih berpengaruh berbanding anak seorang bekas Perdana Menteri.
Mukhriz telah diaibkan di kawasan Parlimen bapanya sendiri apabila tewas
jawatan Ketua Pemuda UMNO dan dapat hanya segelintir sokongan dalam
usaha merangkul jawatan di peringkat pusat. Pada
November 2003, ketika Mahathir turun takhta barulah beliau sedar betapa
jawatan orang yang paling berpengaruh dan perkasa di negara ini yang
dimilikinya selama itu dapat diwarisi dan diambil-alih oleh seorang anak
muda yang baru berusia 28 tahun sahaja. Kini dan untuk masa yang
terdekat, Khairy ternyata merupakan orang yang paling perkasa di negara
ini. Malahan lebih berpengaruh daripada Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun
Razak ataupun sesiapa sahaja yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO
yang merupakan anak-anak katak (berudu) dalam kolam besar milik Khairy. Beginilah
caranya beliau mempengaruhi keadaan yang turut menghenyak kita semua.
Pertama,
Khairy adalah laksana tukang jaga pintu di pejabat Abdullah Badawi.
Setiap surat, faks, dokumen, rayuan, komunikasi, surat-menyurat ataupun
apa juga bentuk hidangan yang sampai ke meja Abdullah, mestilah ditapis
terlebih dahulu oleh pembantunya Datuk Wan Farid dan Zaki Zahid. Wan
Farid dan Zaki Zahid adalah mata dan telinga Khairy. Setiap cadangan
yang mereka terima perlu dibuat penduanya untuk Khairy Jamaluddin. Semua
salinan ini dianggap perlu kerana Khairy tidak lagi secara rasminya
bertugas di pejabat Paklah. Namun demikian beliau masih menjadi tukang
jaga pintu dan perlu sentiasa diberitahu apa juga yang keluar masuk
pejabat itu. Wan
Farid dan Zaki Zahid sentiasa bersekongkol dengan Khairy untuk
menentukan siapa yang boleh bertemu dengan Paklah. Walaupun wujud
jawatan Ketua Setiausaha Peribadi yang dipegang oleh Dato Thajuddeen Abd
Wahab (sahabat lama Paklah dan pegawai kerajaan), segala pemilihan yang
dibuat oleh pejabat Dato Thajuddeen perlu disalinkan kepada Khairy untuk
mendapat persetujuannya. Kita tidak perlu syak dalam hal ini. Walaupun
Dato Thajudeen terasa ralat dengan aturcara kerja yang sungguh pelik
begini, disebabkan persahabatan beliau yang begitu lama dan akrab dengan
Paklah, Thajudeen sudah tidak punya kuasa dan ambil kisah sangat untuk
menafikan karenah anak menantu ketuanya. Bukannya
mudah dan murah untuk mendapat peluang bertemu dengan Paklah. Tukang
jaga pintu juga berlagak sebagai tukang kutip tol. Inilah yang
membuatkan UMNO begitu kelam-kabut mencongak harga tol yang dikenakan.
Ada pihak menyebut harganya sehingga mencecah RM50,000 yang diminta oleh
orang-orang Paklah hanya untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Cukai
pintu semacam ini memang sudah lama wujud sepanjang pemerintahan lima
orang Perdana Menteri di Malaysia, tetapi harga dan kaedahnya tidaklah
begitu tinggi seperti sekarang ini. Soalnya sekarang, bayaran RM50,000
bukan lagi mencukupi untuk mendapatkan peluang memenuhi temu janji.
Masih ada syarat lain yang melibatkan syarikat milik Khairy seandainya
projek yang mahu dibincangkan dengan Perdana Menteri menemui kejayaan.
Tentu
ramai yang tertanya-tanya kenapa fenomena begini muncul di sebalik imej
Paklah sebagai Mr. Clean? Tetapi imej itu hanya satu persepsi
semata-mata. Kalau dibanding dengan Menteri-menteri yang lain, Abdullah
bolehlah dianggap sebagai bersih, tetapi ini bukanlah kerana memang itu
sifatnya. Abdullah telah diberi tugas mengendalikan kementerian yang
tidak banyak ‘habuan’ untuk mengutip ‘ufti’ seperti Kementerian
Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Negara. Lagi pun beliau tidak
menduduki kerusi kerajaan untuk satu tempoh yang lama. Kedudukan politik
beliau sebagai penyokong Tengku Razaleigh-Musa Hitam memang sentiasa
mengancam dan Abdullah Badawi sememangnya terlalu pengecut untuk menogok
minuman yang dicampuri racun berbisa rasuah itu.
Keadaan
sudah berubah sekarang ini. Abdullah Badawi memang ternyata lemah selaku
seorang Perdana Menteri yang perkasa dan terpaksa menyandarkan harapan
ke atas Khairy untuk memperkasakan kedudukannya. Khairy Jamaluddin pula
sedar betapa masanya akan sampai apabila Paklah akan dicabar oleh Najib
ataupun sesiapa sahaja yang disokong oleh TKT Mahathir. Kerana itu dia
mesti membalun harta karun selagi ada masa keemasannya. Kaedah
kedua bagaimana Abdullah dikuasai oleh Khairy ialah melalui pelantikan
jawatan penting daripada calon-calon pilihan Khairy, baik di pejabat
Perdana Menteri mahupun di beberapa kementerian utama yang lain-lain.
Tidak kurang daripada sepuluh sahabat Khairy yang sama menuntut dengan
beliau dahulu dan berusia dalam lingkungan dua puluhan ataupun awal tiga
puluhan, kini memegang jawatan penting seperti Ketua Eksekutif di
beberapa kementerian (kita akan ceritakan perkara ini dalam laporan
lain). Abdullah Badawi tidak boleh bergerak kalau tokoh-tokoh ini tidak
berfungsi. Dengan lain perkataan beliau ternyata terlalu bergantung
kepada mereka semua untuk bertindak. Sebagai
contohnya, eloklah kita ambil kisah pemergian Abdullah ke Venezuela
untuk satu misi perdagangan. Orang yang menyediakan jadual lawatan
(itinerary) ialah orang pilihan Khairy (sama-sama belajar dengannya di
UK dahulu). Beliau menyerahkan cadangannya kepada Pengarah Pelaburan
Khazanah (orang pilihan Khairy juga) untuk dibincangkan. Jadual itu
dibincangkan dengan orang-orang Ethos Consulting (syarikat milik Khairy).
Barulah kertas itu diluluskan oleh satu mesyuarat yang melibatkan
pegawai Kementerian Luar Negara. Selalunya mesyuarat itu dihadiri juga
oleh Khairy walaupun dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Sebaik sahaja Abdullah pulang daripada Venezuela, butiran perbincangan
beliau dengan Presiden Hugo Chaves dibincangkan dengan pejabat peribadi
Perdana Menteri (yang diketuai dan dianggotai oleh orang pilihan Khairy).
Segala keputusan akan dibuat oleh Abdullah selepas berbincang secara
intim dengan anak menantunya di rumah kediaman mereka. Apakah yang
hendak dihairankan kalau Khairy memang dapat menguasai pergerakan
Abdullah – dan inilah caranya yang sebenar bagaimana lawatan Abdullah
Badawi ke Venezuela dijalin dan mencetuskan kesannya.
Yang
ketiga, Khairy Jamaludin mempengaruhi Abdullah Badawi dengan cara
menekankan peranannya secara tidak rasmi sebagai penasihat Perdana
Menteri yang paling akrab. Pernah berlaku satu peristiwa yang
menjelaskan fenomena ini. Ia terjadi apabila Menteri Luar, Syed Hamid
Albar meminta diadakan satu mesyuarat tertutup yang dianggap khusus
untuk orang atasan sebagai majlis memberi penerangan kepada Perdana
Menteri. Yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan
Timbalan-timbalannya – dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu tidak
memegang sebarang jawatan dalam Jabatan Perdana Menteri ataupun apa juga
bentuk jawatan kerajaan. Syed Hamid mahu pertemuan itu tidak dihadiri
oleh Khairy. Abdullah menjadi gelabah kerana memikirkan kalau Khairy
tidak hadir beliau mungkin ketandusan nasihat. Jadi, Khairy pun tumpang
sekaki. Keadaan begini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Khairy, Di
sinilah letaknya bahaya si Khairy Jamaluddin. Dia bukannya seorang
pegawai kerajaan yang dilantik. Namun, pengaruhnya lebih mengatasi
pengaruh keseluruhan kabinet, termasuk juga pengaruh Timbalan Perdana
Menteri Najib Tun Razak. Selagi Abdullah mencengkam kuasa dan Khairy
masih beristerikan anak perempuannya (Nori), Khairy Jamaluddin akan
terus menjadi pemerintah nombor satu negara ini. Sama ada disedari
ataupun tidak, di Malaysia ini, demokrasi sudah mengecut beberapa takuk
sejak munculnya Khairy Jamaluddin sehinggakan tidak lagi wujud sistem
periksa dan imbang di kalangan kerajaan. Sudah
tentu rakyat Malaysia semakin sedar akan kewujudan pengaruh Khairy
Jamaluddin kerana cara hidup mereka banyak bergantung kepada insan ini.
‘Malaysia Today’ akan menerbitkan kemunculan Khairy dan bagaimana
dia mempengaruhi UMNO dan kerajaan, sambil menyebut nama sekutu dan
musuhnya dan bagaimana beliau berinteraksi dengan mereka. Yang lebih
penting, Malaysia Today akan cuba mendedahkan misteri yang menyelimuti
Khairy dan bagaimana dia gunakan pengaruhnya untuk menjangkau kuasa yang
luas. -
MalaysiaToday
Bersambung
ke Bahagian 2: Keluar
Dari Dalam Tong Taik Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 2 Kali ini adalah lebih sesuai kalau
kita pergi dahulu kepada yang asas. Siapa dia Buat
masa kini, Khairy Jamaluddin sudah menjadi orang yang paling perkasa di
negara ini. Beliau amat berbeza dengan ramai ahli politik lain yang
sudah dikesan akan asal usulnya kerana perjalanan hidup mereka memang
sudah sedia ada dalam pengetahuan umum. Tetapi Khairy adalah laksana
‘dewa kayangan’ yang tiba-tiba muncul dalam arus perdana politik
Malaysia. Ramai yang mula terpinga-pinga apakah dia ini sengaja dihantar
khas oleh kuasa tertentu, seperti CIA ataupun mungkin juga perkhidmatan
risikan Singapura. Bukan mudah seseorang itu mendapat kuasa besar
semacam dia kecuali mereka menerima bantuan khusus daripada sumber
tertentu?
Inilah
yang pernah dibayangkan oleh Yahaya Ismail dalam bukunya dahulu. TKT
Mahathir sudah naik risau mengenainya sehingga pada saat akhir beliau
menjadi Perdana Menteri dia telah mengarahkan Cawangan Khas Polis
menyediakan satu laporan mengenai Khairy. Inilah laporan yang dibuat
pendua dan salinan dan dihantar kepada Najib Tun Razak. Satu salinan
lagi telah dikirimkan kepada sahabat akrab Khairy di NST (Ketua Editor
Kalimullah Masheerul Hassan - ini satu cerita lain untuk satu waktu yang
lain ya!) Di sebalik janji-janji untuk berkhidmat secara “Mesra, Cepat
dan Betul” pegawai polis yang berkuasa mengenai laporan itu tidak
berani menyentuh perasaan bapa mertua Khairy yakni bakal Perdana Menteri
(semasa itu) Abdullah Ahmad Badawi. Lagi pun, ketika itu Abdullah hanya
menunggu masa kira-kira beberapa bulan sahaja lagi untuk mengungguli
kuasa. Justeru, satu laporan yang mengatakan segala-galanya adalah dalam
keadaan baik telah dikeluarkan Namun
demikian, kita mesti sedar bukanlah perkara aneh kalau ada satu-dua
pegawai yang menganggotai pucuk pentadbiran digunakan oleh kuasa asing
sebagai perisik upahan (tentu kita masih ingat kisah bekas Setiausaha
Mahathir sendiri yang bernama Siddiq Ghouse, yang dikatakan seorang
perisik upahan KGB). Segala kisah benar mengenai Khairy dan hubungan
beliau dengan perkhidmatan risikan asing tidak akan tersiar secara
merata kerana dia sudah terlalu rapat dengan puncak kuasa. Berbeza
dengan Siddiq Ghouse, Khairy kini sudah menjadi anggota keluarga Badawi
dan sudah tentu kita tidak akan menuduh seorang anggota keluarga yang
rapat sebagai seorang perisik? Namun, ini tidak mengetepikan tanggapan
ramai apakah Khairy berjaya meloncat ke tahap itu tanpa bantuan daripada
luar?
Sebenarnya,
Khairy memang dapat bantuan daripada luar, tetapi mungkin bukan daripada
orang asing. Masanya memang amat sesuai untuk munculnya seorang anak
muda yang bijak bestari seperti Khairy kerana selama dua puluh dua tahun
TKT Mahathir mencengkam kuasa, UMNO sudah menjadi satu parti yang
dianggotai oleh tukang angguk sahaja. Tidak ada orang lain lagi, yang
berani tidak sebulu dengan Mahathir dan sistem pentadbiran beliau. Dalam
parti yang dianggotai oleh tukang angguk dan pengamal rasuah, tentunya
sesiapa yang nampak pintar dan mampu berceloteh boleh dianggap sebagai
raja juga. Maka
kerana itu Khairy muncul sebagai ulat taik yang paling besar dalam tong
taik yang bernama UMNO. Eloklah
kita mulakan dari tahap awal lagi. Khairy Jamaluddin dilahirkan 29 tahun
dahulu. Bapa beliau ialah bekas seorang diplomat, Datuk Jamaluddin Abu
Bakar yang sudah menjadi arwah sekarang. Ayah beliau berasal daripada
sebuah kampung kecil di Rembau dan mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan beberapa orang politik Negri Sembilan. Salah seorang anak saudara
Datuk Jamaluddin ialah Datuk Shahziman Abu Mansor, yang kini merupakan
seorang Timbalan Menteri di dalam pentadbiran Abdullah Badawi dan beliau
juga merupakan MP (Ahli Parlimen) Tampin. Arwah
Datuk Jamaluddin pernah berkhidmat di beberapa kedutaan kita di luar
negara dan meninggal semasa berkhidmat di sana. Cara hidup
berpindah-randah begini yang memberi laluan kepada Khairy menerima
pendidikan luar negara termasuk di Singapura dan United Kingdom. Khairy
tidak pernah belajar di sekolah tempatan dan dalam negeri dan untuk satu
tempoh yang panjang dalam hidupnya beliau amat kekok dengan bahasa
ibunda sendiri, serta merasa tidak begitu selesa bersembang dengan ahli
keluarganya. Di
sebalik khidmat luar negara yang panjang itu, Datuk Jamaluddin pernah
juga pulang untuk berkhidmat seketika di negara sendiri. Beliau pernah
bertugas di Kementerian Belia dan Sukan semasa kementerian diterajui
oleh Tan Sri Samad Idris. Secara kebetulan Pengarah Belia ketika itu dan
naik menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian ialah seorang insan
bernama Abdullah Badawi. Sebagai orang gomen, mereka berdua mengongsi
kegemaran yang sama termasuk menganggotai kumpulan yang dikira “Malay
ultra”. Apabila Abdullah melepaskan perkhidmatan awam pada 1974 untuk
bertanding sebagai MP di Kepala Batas (yang pernah diisi oleh bapanya,
bekas Ketua Pemuda PAS Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim), mereka
terus menjalin talian persahabatan itu. Apabila
Jamaluddin meninggal dunia, Abdullah dan isterinya Endon Mahmood Ambak,
terus menjalin persahabatan dengan janda Jamaluddin, yang berasal
daripada Kedah. Sesungguhnya kerjaya Datuk Jamaluddin bukanlah hebat
sangat. Beliau dianggap sebagai seorang yang angkuh, bergaya dan sombong.
Beliau kerap cemuh oleh para pembantunya kerana sikap beliau yang lebih
mementingkan perkara yang remeh-temeh. Seorang pembantu beliau pernah
berkata bagaimana Datuk Jamaluddin pernah berkata bagaimana beliau lebih
menghormati seseorang “yang pandai menyimpul tali-leher yang cantik
daripada kualiti laporan yang disediakannya”
Khairy
memang cepat pandai semasa belajar dahulu walaupun memang ada
unsur-unsur besar kepala dalam dirinya. Beliau begitu kritikal akan
dasar pemerintahan negara. Walaupun beliau pernah menunjukkan
kekagumannya terhadap pentadbiran Mahathir, sebenarnya dia tidaklah
sampai menjadi pengkagum Mahathir. Malahan, dia pernah menentang banyak
tindak-tanduk Mahathir. Itupun secara diam-diam dan menyorok-nyorok. Semasa
menuntut di Oxford beliau pernah menyatakan keraguannya terhadap
Mahathir kepada rakan-rakannya rakyat Malaysia di seberang laut. Sewaktu
itulah dia menarik perhatian seorang insan bernama Omar Ong. Omar
Ong adalah insan berketurunan Cina. Beliau adalah anak Mustapha Ong,
bekas Setiausaha Sulit Menteri Penerangan Mohamad Rahmat, dan pernah
satu ketika berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik di New York dan
Brazil. Kini Mustapha Ong menetap di New Zealand. Si Mustapha Ong
menjadi terkenal dalam 'skandal' Anwar Ibrahim. Sepanjang perbicaraan
itu telah terdedah kisah bagaimana dia cuba menyogok rasuah kepada
seorang pemandu teksi keturunan Arab di New York, yang bernama Jamal
Amro. Tujuan sogokan itu ialah agar Jamal sanggup mengaku yang dia
menyediakan budak lelaki dan wanita untuk menghibur Anwar. Jamal Amro
enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan polis menuduh
Mustapha Ong cuba menyogok beliau. Mustapha Ong mendapat perlindungan
daripada Mahathir walaupun keghairahan beliau itu menyebabkan kerajaan
menjadi teraib, dan keaiban itu khusus terasa oleh masyarakat diplomatik
di seberang laut.
Apapun,
Omar Ong ternyata memang mempunyai cita-cita tinggi. Dia cuba naik
dengan memaut kepada orang politik yang sedang meningkat bintangnya
sebagai satu laluan mudah untuk merangkul kuasa. Omar pernah mengetuk
pintu pejabat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui ihsan dan
bantuan segelintir Setiausaha Politik beliau. Usaha
itu ternyata berjaya apabila Anwar diminta menerima ketibaan Omar Ong
dan kumpulan beliau secara peribadi. Beberapa pertemuan susulan diadakan
dan Omar Ong menjadi begitu berharap bahawa Anwar akan memudahkan
pencapaian idamannya. Akan tetapi, ada pula beberapa halangan disebabkan
tentangan daripada beberapa orang Anwaristas seperti Suhaimi Ibrahim,
Fuad Hassan, dan Zahid Hamidi yang begitu rakus tidak mengongsi Anwar
dengan pihak lain. Entah
macam mana Omar berjaya bertemu dengan Daim Zainuddin secara tidak
disangkanya. Sejurus itu Omar sedar akan sesuatu yang besar sedang
menggelegak di tahap atasan di mana Anwar Ibrahim dikatakan
berkemungkinan akan dilanyak dan dilenyek. Dengan pantas Omar bertindak
untuk mengubah haluan dan melupakan “Projek Anwar” dan cuba
mendekati Najib Tun Razak pula. Tindakan ini dibuatnya kira-kira tiga
bulan sebelum Anwar Ibrahim ditendang oleh Mahathir.
Akan
tetapi, Najib bukan calang-calang manusia untuk ditembusi oleh Omar Ong.
Beliau sedar betapa Najib sudah dikepungi oleh para loyalis yang
ternyata setiakawan sejak beliau mula berkhidmat dengan kerajaan dahulu
dan sudah tentu sesiapa yang baru muncul akan ditapis secara rapi.
Kerana itu Omar berpendirian adalah lebih baik dia cuba nasibnya dengan
Hishamuddin Hussein.
Ketika
itu Hishamuddin Hussein merupakan muka baru dalam politik UMNO. Cuma dia
mempunyai nama besar di sebalik namanya sendiri. Memang tidak syak lagi,
selepas kematian Hussein Onn, TKT Mahathir berpendirian yang dia masih
terhutang budi kepada Perdana Menteri Ketiga itu dan keluarganya.
Mahathir melonjakkan Hishamuddin ke laluan ekspres dalam dunia politik
sehingga mengetepikan orang lama dalam Pergerakan Pemuda UMNO seperti
Nazri dan Zahid Hamidi. Hishamuddin naik pangkat beberapa kali dalam
masa setahun. Kenaikan
pangkat yang bertubi-tubi itu telah menghenyak kepintaran Hisham. Dia
bukanlah seorang yang pintar sangat masa zaman persekolahannya. Hisham
pun bukan petah sangat bercakap. Muka Hisham pun bukan laku sangat
disebabkan senyuman sinisnya yang mudah mengimbau ingatan kepada
senyuman seorang Pope (Papa Katholik) yang terbaring kaku selepas mati.
Omar Ong mula membantu menaikkan semangat Hishamuddin dan sahabatnya di
Oxford yang bernama Khairy kerap datang membantunya. Tidak lama kemudian,
Hishamuddin mula lebih bergantung harap kepada Khairy berbanding kepada
Omar Ong. Sebagai
membalas jasa, Hishamuddin telah memperkenalkan Omar Ong dan kumpulan
beliau kepada orang yang rapat dengan Dr. Mahathir seperti Setiausaha
Politik, Datuk Johari Baharom dan Ketua Pengarah ISIS, Dr. Nordin Sopiee.
Secara
kebetulan ketika itu, anak perempuan Abdullah Badawi bernama Nori telah
masuk berkhidmat dengan ISIS sebagai seorang pembantu penyelidik. Nordin
telah memperkenalkan Nori kepada Khairy. Abdullah Badawi sudah menjadi
Naib Presiden UMNO ketika itu dan berkemungkinan menggantikan Anwar
Ibrahim seandainya sesuatu musibah seperti helikopter terhempas menimpa
beliau.
Memang
berlaku kejadian helikopter Anwar jatuh terhempas. Dia tidak ada dalam
helikopter itu semasa kejadian. Tetapi pada September 1998 Anwar telah
tersingkir. Seperti kebanyakan rakyat Malaysia Khairy tidak mempercayai
segala tohmahan yang dilemparkan oleh Mahathir terhadap Anwar. Akan
tetapi, masa itu adalah satu keemasan baginya. Itulah masa yang perlu
dirangkul oleh Khairy dan Omar Ong. Ada
satu metos yang berlegar selepas kejatuhan Anwar. Metos itu mengatakan
bahawa Khairy sentiasa menaruh simpati terhadap perjuangan
‘Reformasi” Anwar. Ada berita angin mengatakan satu kisah betapa
seorang pelajar pernah secara terbuka meminta Mahathir melepaskan
jawatannya dalam satu pertemuan Mahathir dengan pelajar-pelajar di
London. Desas-desus itu mengatakan bahawa pelajar tersebut adalah Khairy,
sebenarnya. Ada pula satu cerita mengatakan bahawa ketika itu Khairy
merupakan sahabat lelaki kepada Nurul Izzah, anak sulung Anwar. Tetapi,
persahabatan mereka tidak menjadi apabila Dr. Wan Azizah isteri Anwar
enggan memilih Khairy sebagai Setiausaha Politik beliau. Sebaliknya
Azizah telah melantik Nik Affendi Jaafar (kini bertugas sebagai Pengurus
Kanan Hubungan Seranta KWSP). Nampaknya
semua desas-desus ini sengaja direkacipta oleh para penyokong Anwar yang
mahukan Khairy menyebelahi mereka, walaupun secara senyap-senyap. Yang
sebetulnya Khairy sendiri sudah nampak akan kelompongan yang disebabkan
kejatuhan Anwar secara mendadak dahulu dan Khairy telah mengambil
kesempatan itu untuk melonjakkan dirinya ke puncak mercu kuasa politik
negara.
Inilah
ketikanya Khairy cuba rapat dengan orang yang bermasalah semasa itu Dr.
Mahathir. Khairy telah menggunakan khidmat Nordin Sopiee untuk cuba
mendapatkan pekerjaan di pejabat Perdana Menteri. Permohonan beliau
telah disokong oleh Hishamuddin Hussein. Apabila Mahathir menolak,
setelah melihat akan tindak-tanduk dan gerak-geri Khairy, si Khairy
telah cuba mendapatkan peluang dengan orang yang berpangkat rendah sikit
daripada Mahathir. Dia tidak pergi kepada Abdullah, tetapi kepada Najib. Ketika
itu Najib dilihat sebagai orang yang paling cocok menggantikan Anwar
sebagai Timbalan Perdana Menteri. Malahan, Asiaweek telah bersuara
lantang mengatakan Najib adalah tokoh yang perlu diperhati untuk jawatan
itu. Akan tetapi Najib amat teliti untuk mengambil orang baru kerana
tidak mahu menyentuh perasaan orang lama yang setia kepadanya. Malahan
tidak ada sebab dia mesti mengambil Khairy kerana dia sudah yakin yang
Mahathir akan memilih beliau sebagai pengganti. Inilah keputusan yang
amat disesali Najib kemudiannya.
Impian
Najib tidak kesampaian pun. Mahathir berpendirian adalah lebih mudah
mengawal negara ini melalui Abdullah sebagai Timbalannya. Mahathir tidak
memandang tinggi terhadap Abdullah kerana dia pernah menyokong kumpulan
Tim B dalam UMNO satu ketika dahulu (yang setia kepada Musa Hitam).
Orang semacam ini mudah dijadikan boneka yang baik. Sejurus
nama Abdullah diumumkan, Najib dan Rosmah, isterinya telah menitiskan
air mata di luar bilik penantian, kerana terkejut beruk dan tidak
percaya akan nasib mereka. Ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Abdullah
mula melantik orang baru mengisi jawatan yang banyak kosong. Sebagai
contoh, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Abdullah diberikan dua
Setiausaha politik dan bukan lagi seorang, dan lapan pegawai khas dan
bukan lagi dua orang. Salah satu jawatan Pegawai Khas ini telah
diberikan kepada Khairy. Bagaimanakah
Khairy berjaya merangkul jawatan itu? Inilah keadaan sama-sama saling
bantu membantu. Abdullah telah meminta Nordin Sopee memberikan beberapa
cadangan akan nama orang yang patut mengisi jawatan yang kosong. Dua
nama telah dikemukakannya. Khairy dan seorang lagi nama penyelidik ISIS
(yang kini bertugas dalam kerajaan juga) akan tetapi penyelidik ISIS itu
telah gagal pemeriksaan keselamatan (ibu beliau adalah seorang penyokong
Reformasi) lagi pun anak perempuan Abdullah sedang dilamun cinta dan
begitu ghairah menyokong nama calon yang nombor satu.
Beginilah
nasib baik Khairy. Dia mula meniti tangga kejayaan kerjayanya. Dengan
pantas dia membalas jasa orang-orang yang membantu mendorong dia kepada
laluan ekspres tadi. Omar Ong telah ditempatkannya dalam pejabat Najib
sebagai Pegawai Khas untuk menentukan segala-galanya ditanggung beres.
Inilah ketentuan dan perjalanan dan aktiviti politik dalam tong taik
yang bernama UMNO.
Bersambung
ke Bahagian 3: Musuh
Dalam Selimut
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 3 Kebanyakan musuh Khairy di dalam
UMNO adalah terdiri daripada pemimpin pelapis yang percaya dia adalah
seorang anak muda hingusan yang angkuh. Mereka enggan mengakui keupayaan
beliau memahami perjalanan kerajaan walaupun baru sahaja berkhidmat di
jabatan Abdullah Ahmad Badawi sejak empat tahun yang lalu. Mereka
beranggapan bahawa beliau ditempatkan di situ semata-mata kerana beliau
anak menantu seorang Perdana Menteri. Pada waktu yang sama mereka naik
mual dengan cara Khairy merancang agar para kroni beliau mendapat tempat
menerajui beberapa jabatan kerajaan, daripada Pejabat Komunikasi Jabatan
Perdana Menteri hinggalah kepada Khazanah Nasional. Semua
ini bukan semata-mata kerana cemburu dan iri hati sahaja. Mereka
menganggap Khairy adalah ancaman sebenar dan memang amat berbahaya
apabila mengambil kira cara dia naik begitu mendadak di persada kuasa.
Mereka sendiri pun menyimpan hasrat yang terpendam untuk menjadi Perdana
Menteri juga. Malahan, ada segelintir antara mereka itu merupakan kerusi
jawatan Perdana Menteri sebagai suatu hak untuk mereka warisi. Kerana
itu mereka telah mencuba sedaya upaya menangkis setiap gerak-geri Khairy
dan menepisnya dengan apa juga cara. Cara amalan biasa UMNO seperti
surat layang, menikam dari belakang dengan menggunakan SMS (sistem
pesanan ringkas), dan persekongkolan rahsia yang direncana di bilik yang
gelap dan berasap merupakan langkah biasa untuk mengetepikan pengaruh
Khairy. Akan tetapi, Khairy bukannya calang-calang musuh politik dalam
UMNO, setakat ini.
Ramai
di kalangan musuh ketat Khairy yang sanggup menunggu masa akan
kemunculan hari yang dinanti-nantikan bila mana Abdullah Badawi akan
terhenyak keluar dari kerusi Presiden UMNO. Mereka yakin apabila tiba
waktunya nanti, Khairy akan kehilangan kuasa pelindung yang memayunginya,
dan menjadikan beliau lemah dan mudah dimamah oleh musuh-musuh politik
daripada peringkat akar umbi. Musuh-musuh Khairy amat berharap cara
persidangan UMNO naik marah secara terbuka ketika persidangan UMNO tahun
lalu akan semakin mendidih dan meledak sebaik sahaja Abdullah jatuh
tersingkir. Ketika itu barulah Khairy akan dijulang di pelantar
sembelihan untuk dikorbankan.
Namun,
semua ini amat dimengerti oleh Khairy dan beliau memang bersedia untuk
merancang awalan. Sejak dua tahun yang berlalu selepas Abdullah Badawi
naik menjadi Presiden parti, itulah sahaja kerja Khairy.
Ada
dua kaedah yang digunakan oleh Khairy: Menumpulkan serangan para musuh
yang mampu dipulasnya, dan meredakan bahaya yang muncul daripada
golongan yang dianggapnya mudah disogok dengan habuan dan umpan. Memang
ramai yang tergolong dalam kategori pertama ini seperti Azimi Daim,
Norza Zakaria dan Aziz Sheikh Fadzir. Mereka bertiga ini memang dilihat
sebagai pencabar berpotensi yang mampu menggugat kedudukan Khairy,
khususnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
Walau
bagaimana pun, mereka memang mudah disogok kerana tujuan mereka berada
dalam politik sebenarnya untuk meraih kedudukan dan membalun harta karun.
Mereka takut meneruskan perjuangan semacam itu dan bertindak sesuatu
yang mungkin membahayakan kedudukan hidup mewah yang sedang mereka
nikmati. Kerana itu Azimi diberikan jawatan Ketua Perhubungan UMNO dan
pangkat sebagai anggota Exco. Aziz telah disogok dengan satu kerusi pada
pilihan raya umum yang lalu. Norza telah diberikan satu jawatan dalam
Majlis Tertinggi UMNO, tetapi lesen untuk mengecap duit selaku
kedudukannya sebagai ‘pengutip tol’ yang perkasa dalam Kementerian
Kewangan Kedua. Sesungguhnya orang politik dalam UMNO seperti ini
bukanlah membahayakan sangat kedudukan Khairy kerana apa juga cara
mereka membebek dan melalak, hidung mereka memang mudah ditindik dengan
menyogok perut mereka sahaja, sampai kenyang bontang. Ancaman
yang lebih berbahaya sebenarnya muncul daripada kategori yang kedua.
Mereka ini merupakan zuriat pucuk kepimpinan UMNO yang sudah lama
menanti giliran sebelum Khairy muncul dalam arena politik. Salah seorang
tokoh demikian ialah ketua ataupun bos Khairy sekarang, Hishamuddin
Hussein. Pada 1999, Hishamuddin telah bertanggungjawab mengemukakan nama
Khairy kepada perhatian Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad.
Hishamuddin yakin bahawa adalah menjadi haknya untuk mewarisi gelaran
Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti. Seperti sepupunya Najib Tun
Razak (ibunya adalah kakak kepada ibu Najib, Tun Rahah) bapa beliau
pernah memegang jawatan unggulan itu sebelum digulingkan secara licik
oleh TKT Mahathir. Di
tahap awalan, Hishamuddin beranggapan bahawa Khairy akan mengikuti jejak
langkahnya, bersabar menunggu masa. Hishamuddin memulakan kerjayanya
sebagai seorang penyokong kuat Mahathir dan juga anak emas dan calon
penggantinya - Anwar Ibrahim. Kerana galak menjilat Anwar, Hishamuddin
naik mencanak sehingga dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan
Menteri Belia dan Sukan, dan melangkah kepala ketuanya dalam pergerakan
Pemuda UMNO, Mohd Zahid Hamidi. Akan tetapi, Hishamuddin lakukan semua
ini ketika sudah berusia lewat tiga puluhan dan selepas berkhidmat lama
dalam bidang perundangan sehingga menampakkan kesabaran dan kesungguhan
membina kerjaya politiknya.
Khairy
pula tidak percaya dengan kaedah itu semua. Apa yang diingininya mesti
dicapainya dengan pantas. Kerana itu dia telah memegang jawatan Timbalan
Ketua Pemuda UMNO ketika masih muda usianya sejak Nazri Aziz memegang
jawatan itu. Walaupun pencapaian itu adalah berasaskan cadangan
Hishamuddin yang ternyata mahu menyelamatkan kedudukannya sendiri. Kini,
barulah Hishamuddin sedar betapa Khairy merupakan malapetaka yang lebih
berbahaya berbanding Aziz Sheikh Fadzir ataupun sesiapa sahaja yang
pernah dianggapnya demikian.
Lagi
pun Hishamuddin sudah naik tidak senang hati melihatkan Khairy
mewujudkan satu rangkaian jaringan sendiri dalam jentera Pemuda UMNO.
Sebagai contoh, Khairy telah mencadangkan Norza menganggotai Majlis
Tertinggi UMNO dengan mengetepikan calon pilihan Hishamuddin sendiri.
Khairy juga telah menubuhkan secara tidak formal, satu jaringan di
kalangan Timbalan Ketua Pemuda UMNO di setiap bahagian di negara ini,
kerana perkara semacam ini tidak pernah diwujudkan semasa Hishamuddin
memegang jawatan timbalan pemuda. Kini, Hishamuddin sedar betapa jawatan
yang dipegangnya sekarang adalah dengan jasa dan ihsan Khairy juga.
Apabila Khairy sudah bersedia memegang tampuk kepimpinan Pergerakan
Pemuda UMNO, maka tibalah masanya Hishamuddin mengangkat punggung dan
berundur pula.
Seandainya
keadaan demikian berterusan, Hishamuddin akan mendapati laluan yang
sukar menuju puncak yang amat diidaminya, untuk menjadi Naib Presiden
UMNO. Akan tetapi, pentas persada ini sudah penuh dihuni ramai calon
yang mengidamkan pucuk kepimpinan yang sama. Tidak menghairankan kalau
Hishamuddin melonjak dalam pemilihan ketua pemuda UMNO yang akan datang
dan memenangi jawatan itu dengan mudah sedangkan dia sendiri akan kalah
dalam percaturan untuk menang jawatan Naib Presiden. Hisham
sudah kebingungan kerana jerat yang dipasang oleh Khairy. Beliau kerap
menonjol dengan pengumuman yang memaksa Hishamuddin menerima pakai
pendapatnya dalam percaturan politik negara. Hishamuddin tidak lagi
boleh menggunakan agenda Kemelayuan kerana Khairy telah menggunakan
modal itu dulu, terutama sekali dalam bidang pendidikan yang sebenarnya
tertakluk pada bidang kuasa kementerian Hishamuddin sendiri. Yang lebih
penting lagi, Khairy telah memancing dengan menyauk beberapa orang
penyokong lama Hishamuddin seperti Dr. Adham Baba, dan Razali Ibrahim
(MP Muar) agar mula menerima wujudnya dua nakhoda dalam pergerakan
Pemuda UMNO di mana Hishamuddin hanya merupakan pemegang jawatan sahaja
sedangkan Khairy merupakan insan yang sebenarnya memegang kuasa.
Inilah
caranya Khairy mengenakan Hishamuddin. Sudah ramai orang kepercayaan
beliau yang dipacakkannya di dalam kementerian bimbingan Hishamuddin.
Ada beberapa bekas pengikut setia Hishamuddin yang diberikan jawatan
penting dalam kementerian ataupun kerusi Parlimen untuk mereka tandingi
bukan sebagai usaha memperkasakan kedudukan Hishamuddin, tetapi untuk
memperkasakan dirinya dengan cara menyisihkan mereka daripada berperanan
menjadi penasihat kepada Hishamuddin. Kesannya terdapat banyak kerja
kosong dalam pejabat Hishamuddin yang diisi oleh orang-orang pilihan
Khairy, khususnya anggota YPCS (Young Profesional Consultative Society).
Golongan professional muda ini adalah pilihan Khairy yang secara
lahiriah bermuka-muka menunjukkan mereka setia kepada Hishamuddin
sedangkan hakikatnya mereka adalah boneka mainan Khairy semata-mata. Bukan
susah sangat menggulingkan Hishamuddin kerana beliau bukan memiliki
semangat juang – berbeza dengan orang lain, sebagai contohnya
katakanlah Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang bercita-cita
tinggi mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO. Khir datang daripada latar
belakang yang berbeza dengan Khairy, walaupun nama mereka itu ada
kesamaannya. Akar umbi Khairy berasal daripada keluarga diplomat yang
memang dihormati oleh perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Sementara itu
ayah Khir ialah seorang petani yang lebih dikenali sebagai “Wak
Joyo” dan dikenali sebagai seorang bekas anggota PAS. Khir mula
mendaki tangga politik melalui jalinan persahabatan dengan anak-anak
Mahathir, khususnya Mokhzani dan Mukhriz. Pada mulanya, Mokhzani yang
semasa itu memegang jawatan Bendahari Pemuda UMNO yang mencadangkan Khir
menggantikan Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor. Ketika itu
Khir Toyo hanya merupakan seorang anggota dewan undangan negeri dan
tidak pun menjadi pemimpin bahagian partinya. Hassan terpaksa diganti
gara-gara terdedahnya skandal inses seksual peribadi.
Sudah
tentu penggantian begitu tidak diseanngi oleh UMNO Selangor Lagipun Khir
mempunyai nafsu idaman yang begitu tinggi. Pada usia 37, Khir ternyata
merupakaan pemimpin pemuda UMNO yang lebih menonjol di negara ini
selepas Hishamuddin dan Khairy. Sudah tentu Khir Toyo tidak puas dengan
jawatan sebagai anggota Majlis tertinggi UMNO semata-mata. Sesungguhnya
kalaulah Hishamuddin beanr-beanr jujur melepaskan jawatannya sebagai
ketua pemuda UMNO sekali dulu, sudah tentu Khir Toyo merupakan calon
pengganti yang paling menonjol. Apatahlagi dengan banyaknya wang
gara-gara pemberian tanah kepada kumpulan Lebar Daun dan beberapa
pakatan perniagaan, Khir memang sesuai untuk menyambung kepimpinan
Pergerakan Pemuda UMNO. Cuma dia terpaksa melakukan banyak penyelesaian
dengan Khairy terlebih dahulu. Khairy
pernah cuba mengenakan Khir dengan mendedahkan beberapa kesilapan yang
dilakukannya sebagai Menteri Besar Selangor. Khairy bernasib baik kerana
kerakusan Khir juga untuk membalun harta karun daripada jawatannya
sebagai Menteri Besar. Khairy hanya perlu mendedahkan segala amalan
korupsi itu secara bertalu-talu. Salah satu kaedah yang digunakannya
ialah dengan mendedahkan taktik Khir dalam pemberian tanah untuk
dimajukan di hutan simpan Bukit Cahaya Seri Alam. Khir telah meluluskan
tanah kepada beberapa syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarganya dan
ahli keluarga isterinya.
Ketua
Bahagian Berita di TV3, Datuk Kamarul Zaman Zainal (merupakan seorang
bekas pegawai di jabatan Abdullah Badawi). Beliau telah berjumpa dengan
Khairy untuk menerima arahan agar berita penyelewengan tanah itu
didedahkan Datuk Kamrul Zaman tidak ada perasaan kasihan kepada Khir
kerana beliau adalah pengikut setia Abdullah Badawi yang totok. Dia
yakin perbuatannya itu adalah satu langkah memperkasakan kedudukan
Abdullah terhadap saki-baki penjilat zaman Mahathir dahulu. Akan
tetapi Khir melawan balik dan telah menerima bantuan daripada pihak yang
lebih berpengaruh dengan keluarga istana Selangor serta beberapa orang
tokoh politik dan perniagaan yang rapat dengan Abdullah. Apabila TV3
mendedahkan skandal itu, mereka menjadi panik dan telah cuba mendapatkan
bantuan Dato Tajuddeen Abdul Wahab, Ketua Setiausaha Sulit Perdana
Menteri. Datuk Thajudeen telah menelefon Datuk Kamarul Zaman dan meminta
beliau menghentikan serangan tersebut. Kes itu pun lenyap begitu
sahaja. Ini
membuatkan Khairy menggunakan satu helah lain pula. Dia cuba mendedahkan
helah bahawa Khir tidak cekap mentadbir. Pada Mei 2005, dalam satu
mesyuarat perhubungan UMNO negeri hasil bisikan Khairy, Abdullah telah
mempersoalkan kewajaran Selangor mengisytiharkan negeri itu sebagai
sebuah negeri yang maju. Rencana asal Khir itu telah lama direncananya
sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri. Tujuan beliau ialah membuat
pengumuman bahawa negeri itu bertaraf negeri maju pada 31 Ogos 2005.
Memanglah, Khir Toyo telah memutar belit perangkaan untuk menonjolkan
Selangor sebagai sebuah negeri yang unik dan patut diumumkan sebagai
negeri yang maju. Akan tetapi perkara semacam ini bukanlah baru.
Kelentungan semacam ini sudah menjadi perkara biasa, seperti mana
Malaysia diumumkan sebagai sebuah negara Islam oleh TKT Mahathir dahulu.
Dalam
perjumpaan secara tertutup itu, Abdullah telah menghenyak Khir kerana
membuat pengumuman seperti itu. Sebagai menyejukkan keadaan beliau telah
membuat penekanan bagaimana dia pernah mengkritik Menteri Besar Kedah -
Dato Syed Razak Syed Zain kerana membuat janji kosong mengisytiharkan
Kedah sebagai sebuah negeri maju menjelang 2010. Serangan Abdullah
sebenar ialah terhadap Khir Toyo. Abdullah sungguh-sungguh berpendapat
bahawa dia sebenarnya membuat kritikan yang memang benar-benar membina
berasaskan kekurangan asas dan alasan untuk menyokong pengisytiharan
begitu. Tetapi,
Khairy menganggap perkara ini sebagai satu hikmah yang amat berguna
kerana ia menunjukkan betapa Khir adalah seorang penipu besar yang tidak
cekap dan tidak berguna. Sebaliknya, tujuan mengisytiharkan Selangor
sebagai sebuah negeri maju telah dimulakan oleh Khir sejak 2001.
Pengumuman telah dibuat kepada segenap lapisan masyarakat. Ini
merupakan satu serangan awal terhadap Khir. Khir pula sudah pasti akan
membuat pengumuman itu pada Ogos nanti. Cuma kali ini ia terluka
disebabkan serangan bertubi kali di hadapan, terutama sekali oleh media
massa terhadap pentadbiran beliau. Perdana Menteri pula tidak memberikan
sokongan beliau terhadap skim ini. Cuma muncul sokongan suam-suam
daripada Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa diadakan satu
pertemuan dengan UMNO Selangor.
Apabila
tiba masa Khir membuat pengumuman yang dia bersedia menjadi ketua
pemimpin Pemuda UMNO, banyak lagi kesilapan beliau yang akan didedahkan
oleh Khairy untuk pengetahuan rakyat marhaen. Ini tidak bermakna yang
Khir tidak seberapa cekap berbanding Khairy. Yang sebenarnya ialah Khir
tidak mempunyai pengaruh besar terhadap pengendali media masa. Sedangkan
Khairy memang perkasa dalam bidang tersebut. Khairy akan menggunakan
orang-orang beliau seperti Kalimullah Masheerul Hasan (Ketua Editor
Kumpulan The New Straits Times) ataupun orang-orang upahan seperti
Brendan Pereira, ataupun si maharaja di The Star. Begitu juga dengan
Datuk Kamarul Zaman di TV3. Semua ini adalah kaedah yang akan Khairy
gunakan untuk memusnahkan Khir Toyo. Cuma, Khir Toyo tidak akan mampu
melawan balik kerana dosa besarnya dan kerana pegawai akhbar beliau
ialah seorang yang gagal di universiti dahulu yang tidak pun memiliki
markah kredit dalam ujian bahasa semasa peperiksaan SPM dahulu. Hishamuddin
dan Khir Toyo merupakan lebih kanan daripada Khairy dalam susunan
hierarki pergerakan pemuda UMNO. Akan tetapi Khairy sendiri pun akan
menghadapi cabaran daripada rakan-rakan beliau dalam UMNO yang sama
rapat dengan Abdullah seperti dia juga. Khairy tidak pun mengabaikan
ancaman ini semua dan seperti mainan hikayat lama zaman Pertengahan
dahulu, Khairy memang sudah ada rencana untuk mencekik abang-abangnya
semua. -
MalaysiaToday
Bersambung
ke Bahagian 4: Saling
Cekik Mencekik Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 4 Khairy Jamaluddin memang pintar
mencipta pelbagai halangan terhadap para pencabar yang berani bersuara
secara terbuka mengekang kemaraannya. Akan tetapi bagaimana caranya
beliau melumpuhkan golongan muda yang pernah diasuh oleh Abdullah Ahmad
Badawi sebelum beliau muncul lagi? Sememangnya ada beberapa pemimpin
pelapis yang telah menerima didikan dan asuhan daripada Paklah. Mereka
ini semuanya adalah laksana kuda hitam yang berkemungkinan besar
mencabar Khairy Jamaluddin dalam beberapa tahun yang akan datang. Salah
seorang yang sudah pun mengisytiharkan niat ini secara peribadi dalam
kumpulan UMNO ialah Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Perlis, Datok Zahidi
Zainol Abidin, 41. Satu
ketika dahulu terjadi peristiwa bagaimana Hishamuddin Hussein bertanding
bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Zahidi telah muncul sebagai
salah seorang pencabar Hishamuddin – walaupun dia tahu betapa
Hishamuddin adalah anak lelaki kepada seorang bekas Perdana Menteri
sedangkan beliau tidak diketahui sangat oleh umum. Bekas juruterbang
Tentera Udara DiRaja Malaysia yang memiliki ijazah daripada UiTM telah
mencabar Hishamuddin dengan kesedaran bahawa dia akan kalah, setelah
mengambil kira Hishamuddin memang popular dan disokong kuat oleh TKT
Mahathir. Dia tetap meneruskan cabarannya. Kenapa?
Zahidi
merupakan salah seorang insan UMNO yang aneh. Adalah sukar untuk
menganggap beliau sebagai seorang insan yang berprinsip walaupun ada
nilai yang baik dalam sifatnya. Beliau ini mempunyai satu keyakinan yang
tidak berbelah bagi terhadap keupayaan diri, dan terlalu gemar berbangga
mengatakan yang dia adalah calon ‘underdog” (yang serba kekurangan).
Zahidi berpendapat bahawa tidak semestinya UMNO dipimpin oleh zuriat
keluarga politik yang tersohor sahaja seperti Hishamuddin Hussein Onn.
Dia memang yakin terhadap menongkah arus pemikiran bangsawan. Itulah
sebabnya Zahidi sanggup mencabar Hishamuddin. Walaupun kalah teruk, dia
masih mampu mencari keselesaan ‘tilam’ lama kerana dia sudah lama
merupakan pengikut setia dan loyalis kepada Abdullah Badawi sejak zaman
Tim B lagi. Abdullah telah lama bergantung kepada sokongan Zahidi semasa
beliau merewang dahulu dan pernah menganggap Zahidi sebagai seorang anak
angkatnya. Ketika Khairy muncul dalam gelanggang dan skrin radar
Abdullah, Zahidi naik angin. Dia terasa betapa Abdullah sedang diheret
memasuki satu taman larangan oleh seorang lulusan Oxford yang petah
berkata-kata. Zahidi mahukan Abdullah lebih bersemangat ke arah
nasionalisme Melayu dan tidak mudah diperkotak-katik ke arah politik era
baru oleh Khairy. Zahidi
telah mencuba sebaik mungkin agar Abdullah meneruskan perjuangan lama
yang lurus walaupun sempit. Sudah tentu dia tidak menyaingi mainan
Khairy dan rakan-rakannya. Betapa dicuba, dia tidak mampu menguis budak
hingusan itu, begitu juga halnya dengan Khairy yang tidak berjaya
menguis Zahidi daripada perhatian Abdullah. Abdullah terpaksa
mengimbangi jalinan yang bukan mudah dengan mereka berdua. Khairy masih
merupakan penasihat yang terunggul kepada Abdullah tetapi Abdullah masih
juga bergantung harap kepada Zahidi untuk memberikannya pendapat
alternatif walaupun dalam banyak hal pendapat itu tidaklah penting
sangat kalau dibandingkan sumbangan seorang anak menantu. Untuk mengubat
hati Zahidi yang terguris, Abdullah bercadang melantik Zahidi menjadi
Menteri Besar Perlis semasa pilihan raya umum dahulu seandainya Shahidan
Kassim gagal menumpulkan kemaraan PAS. Zahidi telah merasa hampa apabila
Shahidan berjaya melenyapkan gelombang hijau PAS dengan bantuan keluarga
istana Perlis, lantas menjamin pengekalan beliau di puncak kuasa UMNO
Perlis. Namun, Zahidi dinaikkan pangkat menjadi Exco Kanan dalam Dewan
Undangan Negeri Perlis. Sejak
itu Khairy telah mengumumkan secara terbuka niat mahu mencabar Khairy,
tentunya dengan niat memberikan satu dua pengajaran kepada golongan
bangsawan. Itu sebabnya Khairy telah melantik seorang ‘ulat politik’
di kalangan kumpulan Zahidi. Ulat politik ini bernama Ben ataupun
Rozabil Abdul Rahman yang merupakan salah seorang penyokong terkuat
Khairy. Malahan, sejak 1999 dia sudah menjadi pemegang saham dalam
sebuah syarikat milik ibu Khairy yang berpangkalan di Pulau Pinang dan
Kedah yang membekalkan keperluan sekolah-sekolah di rantau itu. Ben
mempunyai satu cita-cita besar untuk berpencak di arena politik
kebangsaan tetapi Khairy telah meminta beliau buktikan kemampuan
menghenyak Zahidi dulu di Perlis. Ben
bukan berasal daripada Perlis. Bapa beliau, Abdul Rahman Kader adalah
bekas pemimpin kesatuan sekerja yang merupakan seorang Anwaris dan
pernah menjadi Pengerusi Parti Keadilan Rakyat di peringkat nasional dan
juga di Pulau Pinang. Daripada tahun 1999 hingga 2004, Pak Rahman
merupakan wakil PKR di Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Parlimen
Permatang Pauh. Pak Rahman berasal daripada Perak sedangkan Ben sudah
lama menetap di Kuala Lumpur. Akan tetapi banyak perkara boleh terjadi
dalam cara Khairy mencanai jaringan politik beliau. Secara tiba-tiba Ben
sudah menjadi anak Perlis dan mengembangkan sayapnya atas kemahuan
Khairy. Salah satu tugas beliau ialah menentukan agar Zahidi akan
terjerumus ke kancah keaiban yang akan mencemar kerjaya politiknya. Semasa
pilihan raya umum yang lalu, Ben telah merencana sesuatu bagi pihak
Khairy. Beliau telah merancang untuk bertemu Zahidi dengan alasan mahu
mendapatkan bantuan dan sokongan beliau untuk menang pemilihan Ketua
UMNO Bahagian Kangar. Ben telah menjanjikan wang kempen yang lumayan
kepada Zahidi untuk memudahkan rencana ini. Zahidi bersetuju dengan
mudah sambil menerima RM300,000 sebagai bayaran pendahuluan pertama. Memang
niat Ben tidak baik kerana tujuan sebenarnya ialah mahukan bukti bahawa
Zahidi bergelumang dengan politik wang dan dapat dirujukkan kepada
Jawatankuasa Disiplin UMNO. Inilah yang terjadi seterusnya. Zahidi telah
mendapati beliau menjadi sasaran siasatan oleh Jawatankuasa yang
diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddeen. Beberapa helai surat yang
menuduh beliau membayar wang sogokan telah dikemukakan kepada Tengku dan
beberapa rakaman perbualan telefon dalam pita rakaman di mana Zahidi
telah meminta Ben mempercepatkan bayaran wang itu ke dalam akaun bank
beliau telah pun diserahkan kepada ahli-ahli jawatankuasa.
Zahidi
telah didapati bersalah dan diberikan amaran. Umum telah diberitahu
betapa kesilapan beliau ialah menghalang orang tertentu daripada
terpilih menjadi ahli perwakilan dengan cara memfitnah mereka. Namun,
secara berahsia Tengku Rithauddeen telah memberi amaran kepada Zahidi
jangan buat kacau seandainya beliau tidak mahu diumumkan kesalahan yang
lain termasuk memberi sogokan sebanyak seribu Ringgit setiap satu kepada
ahli-ahli dalam Bahagian Kangar. Semasa siasatan itu Zahidi telah diberi
amaran agar tidak memberitahu pihak media apakah yang dikatakan oleh
jawatankuasa kepada beliau.
Zahidi
telah diberitahu betapa beliau bernasib baik disebabkan beliau adalah
anak emas Paklah. Akan tetapi kalau beliau masih terus berdegil
menyanggah kepimpinan bangsawan, Jawatankuasa Disiplin akan mencari
jalan lain untuk menyembelihnya.
Tidak
ada sesiapa yang terfikir bahawa Zahidi sanggup berdiam diri. Tidak syak
lagi betapa beliau sudah sedar betapa pertaruhan mencabar Khairy
bukannya satu pertaruhan yang bersih dan mudah seperti mana beliau
mencabar Hishamuddin Hussein satu ketika dahulu. Ada
seorang lagi loyalis Paklah seperti Zahidi juga yang bukan daripada
golongan bangsawan. Namanya ialah Reezal Marican Naina Merican
berketurunan India Muslim daripada Pulau Pinang. Selama tiga tahun
sebelum Khairy muncul di kediaman di Jalan Bellamy, beliau telah
berkhidmat dengan Paklah dan berjaya menonjolkan ketokohannya. Reezal
Merican (yang kerap dipanggil Ustaz Merican) adalah lulusan UIA yang
amat gemar dengan kemewahan berpolitik dan gadis serta pelakon wanita
yang cantik-cantik. Beliau tidak dapat menerima keadaan betapa
kesetiaannya selama berkhidmat dengan Paklah boleh dirungkai oleh
kemunculan Khairy. Semasa Abdullah naik mengungguli jawatan pertama,
Reezal fikir itulah masanya untuk beliau menikmati kejayaan itu. Dia
beranggapan peranannya yang menyinar di UIA sambil menyakat hati
kawan-kawan pelajar yang amat setia kepada Anwar Ibrahim, sudah pasti
akan dihargai. Abdullah memang sedar akan kesetiaan beliau dalam
mengukuhkan imejnya. Reezal telah mengharapkan bahawa Abdullah akan
menghadiahkan beliau dengan satu jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Akan
tetapi bila tiba masanya Reezal telah menerima satu surat lantikan untuk
bertugas di Kementerian pimpinan Shahrizat Abdul Jalil menjaga beberapa
isu perpaduan negara. Khairy telah menyekat kenaikan pangkat Reezal
dengan menyediakan satu memorandum mengandungi nama orang yang patut
dinaikkan pangkat sebagai penasihat kepada Paklah dan nama Rezal tidak
dimasukkan dalam senarai itu. Reezal
bersabar lagi. Dia cuba menonjolkan diri sebagai calon yang lebih
penting dalam kerajaan baru Paklah dengan menunjukkan betapa beliau
mempunyai hubungan baik dengan masyarakat pelajar universiti. Dia
berjaya dilantik sebagai ketua alumni UIA dan tentunya memiliki satu
pangkalan sokongan daripada golongan pelajar. Mungkin kerana inilah
Paklah mengalah dan pada November 2003 melantik Reezal menjadi
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Pertama. Jawatan itu tidaklah
sehebat jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, tetapi
apabila dua jawatan itu dipegang oleh orang yang sama, Reezal tidak
dapat mengeluh sangat. Khairy
tidak dapat menerima perubahan ini secara selamba. Dia telah
mengemukakan satu lagi memo rasmi kepada Paklah menyatakan bahawa
lulusan UIA itu tidak layak dengan jawatan itu kerana tidak ada nilai
tinggi dalam usaha Paklah mewujudkan satu pentadbiran yang dibarisi satu
pasukan professional yang muda dan pintar belaka. Khairy juga menuduh
Reezal terbabit dengan beberapa artis muda dan pembaca berita yang
muda-muda belaka. Surat yang diletak di meja Paklah telah diambil dulu
oleh Ketua Setiausaha Peribadi Paklah, Dato' Thajudeen Abdul Wahab yang
membuat satu salinan dan menyerahkannya kepada Reezal. Setelah
membacanya, Reezal bersumpah mahu bertindak balas dan menyingkirkan
Khairy daripada kumpulan yang rapat dengan Paklah. Sumpah
seranah itu dibuat semasa hati panas. Akhirnya Reezal sedar diri dan
berpendirian adalah lebih baik kalau beliau dilihat menyokong Khairy
setidak-tidaknya buat masa ini. Dia berundur setapak ke belakang dan
membiarkan Khairy bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan
beliau hanya bertanding sebagai ahli Exco biasa sahaja. Sedangkan beliau
mempunyai hubungan yang lebih lama dengan para perwakilan pergerakan itu.
Pada waktu yang sama Reezal cuba memperkasakan tenaga dan ketumbukannya.
Khairy banyak mendapat sokongan daripada lulusan luar negara dan orang
bukan-Melayu serta fraksi Melayu liberal dalam UMNO. Reezal Merican
lebih popular dengan golongan 30-an daripada universiti tempatan. Satu
pertembungan secara berdepan hampir tercetus kalaulah tidak disebabkan
kepintaran Khairy mengelaknya. Apakah
kemampuan Khairy untuk menumpulkan pengaruh Ustaz Reezal? Sebagai
lulusan Oxford, Khairy cuba menilai keadaan daripada sudut hierarki.
Kalaulah diandaikan Khairy yang berkelulusan Oxford itu laksana beruk
yang tertenggek di dahan yang paling tinggi, tentu sekali Reezal adalah
si beruk yang bergayut di dahan bawah. Untuk menghumban si beruk di
bawah itu Khairy memerlukan beruk yang lebih rendah darjatnya tetapi
lebih agresif, dan lebih rela menjadi pengikut dan tidak untuk memimpin.
Khairy berjaya mengesan beruk jenis ini yang bernama Datuk Abdul Azeez
Rahim. Abdul
Azees mempunyai banyak persamaan dengan perwatakan Reezal. Sebagai
seorang mamak dia juga mempunyai citarasa yang menyerupai citarasa
Reezal Merican dan mereka berdua pernah berkahwin sebanyak dua kali.
Yang lebih penting lagi, Abdul Azeez adalah seorang peniaga yang naik
atas daya usaha sendiri dan sudah tentu mampu menumpulkan sebarang usaha
Reezal untuk mempengaruhi ahli politik muda yang lulus di universiti
tempatan. Khairy telah mencadangkan agar dicipta satu sayap baru bernama
UMNO Putera dan melantik Abdul Azeez sebagai peneraju utama untuk
menjangkau pengaruh di universiti tempatan dan pusat pengajian tinggi.
Khairy sedar betapa beliau amat kekurangan sokongan masyarakat ini dan
amat memerlukannya. Abdul Azeez diberikan peranan mencari pengaruh ini
sambil melumpuhkan pengaruh Reezal. Sekali
gus Reezal menjadi kucing jantan yang sudah dikasi, dikelilingi Putera
UMO yang mudah disogok dan diberikan apa juga yang mereka mahu.
Seandainya satu hari nanti Reezal cuba menggoncang takhta Khairy dia
akan berdepan dengan satu kumpulan anggota Putera UMNO yang bersedia
melibas beliau ke tepi. Khairy tidak perlu gusar lagi dilihat sebagai
lulusan Oxford yang ketandusan sokongan daripada golongan kelas menengah
bawahan. Itu tugas Abdul Azeez menentukan segala-galanya beres belaka. Masa
akan terus berlalu tetapi Khairy tidak mampu membiarkan dirinya
menangani masalah ancaman yang mungkin muncul daripada Pemuda UMNO
semata-mata. Masih ada bahaya yang lebih besar dan mengancamnya untuk
menjadi seorang Perdana Menteri ketika berusia 40 tahun. Ada lagi ikan
yang lebih penting untuk digoreng dan ikan itu bernama Najib... -
MalaysiaToday
Bersambung
ke Bahagian 5: Antara
Bakal Pengganti dan Penyamar Bermimpi Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 5 Tersebut kisah seorang ahli
politik muda UMNO yang naik mencanak ke puncak kuasa. Sebenarnya dia ini
seorang anak muda yang masih hingusan. Tetapi disebabkan hubungannya
yang rapat dengan satu keluarga politik yang berkuasa menyebabkan dia
berjaya mendapat kedudukan yang baik dalam pergerakan Pemuda UMNO
sedangkan usianya masih muda.
Akhirnya
beliau naik memegang satu jawatan tinggi dalam pergerakan itu. Dia
menjadi seorang menteri dan kerap disebut-sebut sebagai bakal menduduki
jawatan Perdana Menteri. Walaupun tidak mempunyai pengalaman berpolitik
sebelum menganggotai UMNO dia telah berjaya menonjol dengan cara
melaga-lagakan satu kumpulan terhadap kumpulan yang lain, sambil
mengapi-apikan isu perkauman dan bersuara lantang menyokong konsep hak
ketuanan Melayu. Semua ini dilakukannya di sebalik kepercayaan beliau
yang amat bertentangan dengan semua itu dalam kehidupannya seharian.
Sebagai seorang anak muda yang telah menghabiskan keseluruhan usia muda
mengikuti pendidikan di luar negara membuatkan beliau susah sangat
bercakap dengan petah dalam bahasa ibundanya sendiri. Mujur ada seorang
isteri daripada tokoh politik yang berpengaruh tetapi tidak punya banyak
ambisi politik sendiri yang sanggup memberikan sokongan agar beliau
terus naik meniti tangga kuasa. Sesiapa
pun boleh dimaafkan kalau berfikiran bahawa gambaran di atas mengena
Khairy Jamaluddin. Malahan sesungguhnya inilah yang diimpikan oleh
Khairy. Inilah impiannya yang dilakar di sebalik satu sampul surat
sebagai rencana beliau naik ke puncak kuasa politik tanah air. Cuma,
khayalan demikian sudah lama dilakar oleh seorang insan sebelum Khairy
dan nama beliau ialah Najib Tun Razak.
Memang
Khairy dan Najib mempunyai banyak persamaan dalam usaha mereka naik ke
mercu kuasa. Cuma mereka berdua tidak saling bersesuaian. Khairy sedar
betapa Najib akan “menindas” beliau sebaik sahaja Abdullah Ahmad
Badawi melepaskan persada politik. Begitu juga Najib, yang begitu tidak
selesa dengan pengaruh Khairy ke atas Abdullah sehinggakan beliau sedar
betapa peluang beliau menjadi Perdana Menteri akan menjadi lebih cerah
seandainya Khairy dapat dipinggirkan.
Persinggitan
antara Khairy dan Najib berpunca dari sikap Khairy yang tidak sabar dan
mempunyai ambisi secara lantang mahu menjadi Presiden UMNO sebelum dia
mencapai usia 40 tahun. Ini amat bertentangan dengan sikap Najib. Beliau
ternyata bersabar dan mudah dilihat sebagai lembab dan kurang bertenaga.
Akan tetapi Najib sesungguhnya mempertontonkan satu mainan politik yang
sungguh berhati-hati berbanding Khairy yang suka bersikap begitu
menonjol sekali.
Mereka
memang amat faham betapa UMNO merupakan satu parti yang kecil untuk
mereka berdua. Pada usia 52 tahun, Najib memang mudah menyekat kemaraan
Khairy untuk 25 tahun kalau tidak lebih dari itu. Dalam politik tempoh
masa satu minggu adalah dianggap satu tempoh yang panjang. Makanya dua
puluh lima tahun sudah tentu laksana satu penantian yang abadi. Yang
lebih menyenakkan lagi, Khairy beranggapan bahawa Najib akan bertindak
membasmi segala tindakan reformasi Abdullah (bererti megnyahkan
sumbangan Khairy) dan mengembalikan UMNO kepada cara lama semasa ia
diterajui oleh Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad.
Najib
merupakan anak emas bekas Perdana Menteri TKT Mahathir, yang paling
menonjol sekali, di kalangan generasinya. Pelantikan beliau sebagai
Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan satu bahagian pakej
tolak-ansur yang diatur oleh Dr. Mahathir sebagai syarat untuk beliau
turun takhta. Walaupun Mahathir sudah menerima pengakuan Abdullah bahawa
beliau sanggup melantik Najib sebagai Timbalannya, Mahathir cuba
memperkasakan soal warisan penggantian itu dengan memberi kiasan yang
amat ketara kepada pihak media betapa Najib adalah insan yang paling
sesuai untuk menjadi timbalan kepada Abdullah.
Mahathir
bertungkus lumus memberikan arahan kepada beberapa anggota kabinet untuk
mewar-warkan selalu betapa Najib adalah satu-satunya orang (calon
tunggal) yang akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam masa
yang terdekat. Khalil Yaakob yang ketika itu menjadi Menteri Penerangan
telah mendesak Abdullah selalu, sehingga Khairy naik angin. Apabila
pilihan raya umum 2004 tiba, Khalil secara tiba-tiba mendapati dirinya
dihantar untuk menjadi seorang Yang DiPertua Negeri di negeri kelahiran
isterinya, Melaka. Pada
satu ketika apabila Mahathir membuat kiasan dengan cadangannya agar
Timbalan Perdana Menteri dilantik pada waktu yang sama Abdullah
mengangkat sumpah jawatannya sebagai Perdana Menteri yang Kelima.
Abdullah hanya mengetap bibir tanpa bersuara apa-apa. Dia sedar betapa
risikonya terlalu tinggi untuk menggoncang perahu sewaktu itu. Namun
demikian, Abdullah pernah juga mencuba main tarik-tarik tali dengan
Mahathir. Dia mahu bahawa Timbalan Perdana Menteri merasa yang dia
berhutang budi kepadanya dan bukan kepada bekas ketuanya. Kerana itu dia
sengaja melengahkan masa membuatkan negara tertunggu-tunggu untuk
seketika sambil memberikan kiasan kepada orang ramai betapa terdapat
ramai tokoh seperti Muhiyuddin Yassin yang mungkin sesuai menjadi calon
Timbalannya. Setiausaha Politik Abdullah ketika itu, Ramzi Abdul Rahman
(kini Pengerusi KESEDAR) telah diminta memberitahu Dr. Shaharuddin Mohd
Salleh betapa “Najib hanya dianggap calon pengganti kerana mengikut
kemahuan Mahathir sahaja.” Berasaskan janji-janji inilah membuatkan
Shaharuddin pergi memberitahu Muhyiddin betapa mereka akan berpindah ke
pejabat baru di Putrajaya tidak lama lagi. Akan
tetapi, segala kiasan itu bukanlah serius sangat kerana Abdullah sedar
bahawa seandainya beliau tidak melantik Najib sebagai Timbalan Perdana
Menteri, Mahathir sudah pasti menentukan Abdullah menjadi seorang
Perdana Menteri Malaysia yang terlalu singkat perkhidmatannya. Apabila
menyedari bahawa ayah mertuanya tidak ada pilihan lain kecuali melantik
Najib, Khairy telah mencuba merancang agar Najib mempunyai pandangan
yang baik terhadap beliau. Pertama, dia telah cuba meyakinkan Najib
bahawa sebagai seorang penasihat yang paling perkasa kepada Abdullah
Ahmad Badawi, dia mempunyai kuasa untuk mempengaruhi segala keputusan
dalam melantik Timbalan Perdana Menteri yang baru. Khairy
telah memberi keyakinan Najib beberapa kali betapa Abdullah memang sudah
pasti memilih Najib dan bukannya Muhyiddin ataupun calon-calon lain.
Cuma, Abdullah memerlukan sedikit keyakinan - yakni satu pertanda yang
menunjukkan bahawa Najib memang akan taat dan setia kepada Abdullah.
Malahan. Khairy telah memberitahu Najib bahawa dia sendiri pun pernah
memujuk Abdullah agar tidak memikirkan Muhyiddin sebagai calon kerana
menganggap Muhyiddin sebagai terlalu rapat dengan Anwar. Sebaliknya,
Najib dianggap sebagai ‘seorang pemimpin setia’ yang mampu
berkhidmat sebaik mungkin kepada sesiapa yang menjadi Presiden UMNO.
Khairy telah memberitahu Najib betapa dia meyakinkan Abdullah akan
kesetiaan dan kecekapan Najib. Ada
satu ketika semasa Najib begitu tidak menentu akan masa depan politiknya,
Khairy telah mengambil kesempatan akan kelemahan Najib dengan melantik
beberapa orang pilihan beliau di pejabat Najib. Khairy sedar betapa
kebanyakan pegawai Najib memberikan kesetiaan sepenuhnya dalam khidmat
mereka kepada beliau. Antara beberapa pembantu itu ialah Datuk Alies
Anor. Alies amat rapat dengan ABIM (isteri beliau ialah seorang aktivis
ABIM), tentunya beliau rapat dengan Anwar Ibrahim. Malahan, ramai
pembantu-pembantu muda Najib datang daripada kem pro-Anwar kerana Najib
pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda pada 1990-an dahulu. Apabila
bintang Anwar menyinar, Najib cuba menyeronokkan beliau dengan melantik
beberapa penyokong kuat Anwar bertugas di pejabatnya.
Selain
Alies Anor, Najib juga memiliki beberapa orang penasihat yang mempunyai
pandangan kosmopolitan dan berbeza dengan Alies. Yang menonjol di antara
mereka itu ialah Abdul Razak Baginda dan seorang tokoh perniagaan yang
cergas di sebalik tabir, bernama Rohana. Wanita ini menjaga segala harta
benda Najib dan ahli keluarga beliau di seberang laut – seperti
apatmen mereka di London dan beberapa buah rumah di Australia seperti di
Melbourne dan Gold Coast. Khairy telah mendekati dua tokoh ini dan
meyakinkan mereka betapa orang yang paling layak untuk menjadi penasihat
kepada Najib ialah seorang insan bernama Omar Ong (sila baca bahagian 2
hikayat ini) Omar
Ong menjadi balaci Khairy di pejabat Najib. Dia mula bertugas di sebuah
pejabat yang terletak hanya beberapa pintu sahaja jauhnya daripada bilik
pejabat Najib dan telah diberikan perkhidmatan kereta yang dipandu supir
serta jawatan yang sama tarafnya dalam perkhidmatan awam sebagai satu
takuk di bawah jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian. Susun
atur demikian masih dianggap tidak mencukupi. Khairy amat risau
kalau-kalau Najib berkemungkinan menyimpang jauh daripada laluan sempit
yang dilakar untuknya oleh Omar Ong. Lebih-lebih lagi memandangkan Omar
Ong bukanlah individu yang paling berkarisma dan sebagai seorang muallaf
tentunya dia mudah dianggap sebagai orang luar oleh para penyokong Najib. Inilah
membuatkan Khairy menggunakan taktik lain dengan mengambil khidmat
seorang kawan rapatnya bernama Dr. Liew yang merupakan rakan perniagaan
dalam satu syarikat perniagaan bernama Ethos Sdn Bhd. Inilah sebuah
syarikat proksi Khairy yang mendapatkan kontrak kerajaan. Khairy telah
memperkenalkan Ethos kepada Najib dan dengan pantas telah mendapatkan
kakitangan baru yang dibayar gaji lumayan untuk memberikan khidmat
nasihat kepada Najib mengenai beberapa tugasan utama di Kementerian
Pertahanan. Melalui tugasan bersepadu itu, para penasihat Najib dan
pegawai kerajaan mendapati betapa peranan mereka semakin mengecut dan
sebaliknya serba-serbi diatur oleh Liew dan para pegawai beliau untuk
membuat keputusan terhadap perkara yang sensitif di Kementerian
Pertahanan. Kontrak yang tertutup mula diberikan kepada syarikat yang
ada kaitan rapat kepada Omar Ong dan Dr. Liew. Para
penasihat lama Najib, khususnya Alies Nor, sedar mulanya satu keadaan
yang begitu mengelirukan. Mereka mula sedar betapa mereka tidak lagi
menikmati pemerhatian Najib. Sebaliknya Najib mula memberikan tumpuan
kepada orang-orang Khairy yang sudah pasti memberikan liputan laporan
kepada beliau akan pergerakan harian Najib. Tambahan lagi, mereka telah
gunakan kedudukan masing-masing untuk menyekat beberapa orang yang rapat
dengan Najib daripada menemui menteri itu - sehingga tercetus satu
situasi di mana orang-orang ini mula merenggangkan diri daripada Najib. Mereka
telah mengganggu mesyuarat harian yang diatur oleh Alies Anor dan
pegawai-pegawai lama sehingga mencetuskan banyak masalah di pejabat
Najib. Akan tetapi Najib sedar betapa inilah harga yang perlu dibayar.
Najib sedar betapa Alies Anor memang taat dan setia kepadanya walaupun
diketepikan daripada jawatannya. Najib mahukan jawatan Timbalan Perdana
Menteri dan kerana itu sanggup membayar apa juga harganya, walaupun
sedar bahawa dia perlu tunduk kepada orang-orang Khairy seandainya perlu. Akhirnya,
Abdullah tidak boleh berlengah lagi dengan keputusan beliau dan Najib
pun menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dirancang oleh TKT
Mahathir. Khairy cuba bermegah dengan Najib bahawa dialah
bertanggungjawab dan telah mengaturkan satu liputan media yang
menyeluruh dengan bantuan Kalimullah Hassan Masheerul Hassan (Ketua
Editor Kumpulan NST yang merupakan khadam Khairy jua). Apabila Najib
mula merasa selesa dengan jawatan barunya, Najib mula menunjukkan
belangnya. Dia mula merasakan tidak perlu lagi memberikan tumpuan kepada
Khairy dan orang-orangnya seperti dahulu. Dengan kata mudah, Najib mula
melawan balik dan melonggarkan rantai yang dibelenggu oleh Khairy dan
Omar Ong terhadap dirinya. Najib
mula mewujudkan satu ketumbukan bakat-bakat muda di pejabat beliau
sebagai satu saingan kepada orang-orang Khairy. Najib telah memilih
Khairil Annas Yusuf seorang lulusan UIA dan graduan perundangan daripada
Oxford yang mempunyai latar belakang ABIM. Sudah tentu orang ini
mempunyai pendapat yang berbeza dengan Khairy. Dia dilantik sebagai
seorang Pegawai Khas tambahan. Najib juga telah mengecutkan tugas Omar
Ong sebagai penulis ucapannya dan lebih mengharapkan kepada Khairil
Annas. Di waktu yang sama Khairil Annas mula memberikan tunjuk ajar
kepada Najib akan cara membetulkan bakat berucap dalam bahasa Melayu,
termasuk penekanan kepada retorik dan gerak-gerinya. Ini memang tidak
pernah menjadi amalan politik Najib sebelum itu.
Omar
Ong adalah anak menantu kepada Ismail Ibrahim Pengerusi Majlis Fatwa
negara. Tetapi ini tidak bermakna Omar Ong adalah pakar dalam ilmu
keagamaan. Khairil Annas telah memberikan lapisan khidmat dalam bidang
ini dan dengan pantas sudah diterima Najib sebagai anak emasnya.
Orang-orang Khairy di Ethos pun mula sedar apabila Najib menjadi
Timbalan Perdana Menteri, beliau kurang sangat mendengar cakap mereka
lagi. Dr. Liew yang pada satu ketika dahulu diberikan tugas
menyelesaikan masalah FELDA telah mendapati dirinya diketepikan oleh
seorang lantikan baru dalam pengurusan hal ehwal Felda. Beliau ialah
Ahmad Maslan, seorang anak Johor yang merupakan penyokong setia Anwar
Ibrahim dan bekas Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Mustapha Mohamad. Khairy
telah memberikan arahan kepada Dr. Liew agar mencadangkan supaya Felda
menjual saham-sahamnya di beberapa syarikat yang tersenarai di Papan
Pertama Bursa, seperti Maybank, kepada pihak yang rapat dengan ECM
Libra. Syarikat ini adalah satu bank pelaburan ‘perhiasan’ yang
dimiliki oleh Kalimullah Masheerul Hassan. Pada waktu yang sama syarikat
ini menggaji Khairy sebagai pengarah Penasihat Korporat. Pada mulanya
Dr. Liew ingat dia boleh melakukan perkara ini dengan mudah kerana itu
adalah arahan yang datang daripada Khairy. Sebaliknya, Najib telah
menggunakan Ahmad Maslan untuk menghalang urusan itu sambil beliau
mengarahkan agar diadakan satu penilaian semula terhadap cadangan itu
berasaskan merit. Walaupun,
Alies Anor yang merupakan musuh paling ketat Khairy di kem Najib, tidak
lagi bersama Najib, tetapi beliau mula kelihatan kerap berada di
kalangan orang–orang yang rapat dengan Najib secara tidak rasmi. Alies
Anor tidak berjumpa dengan Najib di pejabatnya di Putrajaya, tetapi
mereka kerap bersama-sama di rumah kediaman peribadi Najib di Taman Duta
ataupun di pejabat Yayasan Tun Raha di Pekan setiap kali Najib
mengadakan lawatan mingguan di situ. Najib sudah mula merancang
keputusan di luar pejabat rasminya dan Khairy sudah mula merasa sukar
mendapatkan butiran mengenai pergerakan Najib.
Najib
juga sudah mula mewujudkan satu alternatif kepada jaringan pengikut
setia Khairy dalam Pemuda UMNO di Pahang. Beliau telah merestukan
penubuhan Persatuan Pemuda Pekan yang kini dilihat mampu bersaing dengan
Pemuda UMNO di sana. Dengan mengongkosi pertubuhan itu agar mereka yang
mengurusnya mendapat gaji tetap, persatuan itu mula sedar betapa mereka
adalah lebih berpengaruh mendapatkan perhatian Najib berbanding
mendapatkannya melalui pegawai Pergerakan Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda
UMNO di Pekan akhirnya sedar betapa mereka tidak lagi dipercayai oleh
Najib kerana dilihat sebagai kesinambungan aktiviti Khairy sahaja. Pergolakan
yang menyerlah ini memberi kesedaran kepada Khairy betapa rencana beliau
untuk mencucuk hidung Najib sudah mula tidak kesampaian. Dia terus
terkejut apabila Tengku Razaleigh Hamzah menerima pencalonan daripada
Bahagian UMNO Gua Musang untuk jawatan Presiden UMNO. Tetapi bahagian
yang sama juga telah mencalonkan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Dengan kata lain, Abdullah telah kekurangan satu pencalonan berbanding
timbalannya sendiri. Gua Musang telah memberikan isyarat bahawa mereka
sukakan Najib tetapi membenci Abdullah.
Dalam
beberapa pertemuan peribadi, Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan
bertanding jawatan Presiden untuk menjamin Najib akhirnya menggantikan
Abdullah Badawi sebagai Presiden UMNO dan menentukan Paklah ataupun
orang-orangnya tidak akan mempermainkan Najib seolah-olah dia seorang
yang bongok. Kerana itu Tengku Razaleigh telah membuat perjumpaan dengan
beberapa sekutu utama Mahathir seperti Daim Zainuddin dan Sanusi Junid
memberitahu mereka akan hasrat beliau mencabar Abdullah. Satu minggu
sebelum Tengku Razaleigh membuat pengumuman akan kesediaan beliau
mencabar Paklah, Daim dan Sanusi telah dilihat makan bersama dengan
beliau. Barulah
Khairy sedar betapa Najib bukan calang-calang seteru politik yang mudah
dikuisnya ke tepi. Memang biasalah seandainya Najib menganggap Khairy
sebagai budak hingusan yang tidak patut diberikan kedudukan seperti itu
dan memang mentah lagi dalam berpolitik. Walaupun Najib dan Khairy
sama-sama meniti tangga politik ketika berusia muda, Najib pernah
berkhidmat sebagai aprentis dalam UMNO dan kerajaan termasuk sebagai
seorang Timbalan Menteri di kerajaan pusat dan Menteri Besar Pahang.
Sebaliknya Khairy telah memilih satu laluan lain untuk naik berkuasa –
dan laluan ini dianggap sesuatu yang disangsikan oleh para penyokong
Najib. Kerana
itu Khairy sedang merancang satu rencana bagaimana mengaibkan Najib
dengan tujuan mahukan Najib jatuh, ataupun setidak-tidaknya meyakinkan
Najib bahawa kesinambungan hayat politik beliau secara jangka panjang
banyak bergantung kepada ihsan dan keserasiannya. Khairy beranggapan
terdapat tiga bentuk senjata yang boleh digunakannya. Satu ialah
menggunakan kuasa Abdullah untuk ‘memenggal kepala’ Najib. Tetapi
tindakan itu dianggap terlalu berisiko tinggi. Walaupun Najib bukanlah
semacam Anwar yang akan melawan balik, dia pasti akan mengusahakan satu
cabaran seandainya mengumumkan sokongan agar ‘dirombak pucuk
kepimpinan’. Kerana itu, usaha menjatuhkan Najib persis kaedah TKT
Mahathir adalah sesuatu yang tidak diingininya. Kaedah
yang kedua ialah menggunakan pengaruh yang kuat di kalangan media.
Inilah cara yang akan digunakannya. MalaysiaToday
Bersambung
ke Bahagian 6: Taman
Permainan Media Khairy Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 6 Taman Permainan Media Khairy
Sejarah
telah merakam pelbagai cara menghapuskan kerjaya seseorang ahli politik
UMNO. Malahan, panglima perang yang perkasa pun mudah dapat dinyah untuk
bersara, seandainya pelbagai kombinasi skandal dapat direkacipta serta
dapat pula digembleng saluran yang baik untuk menyebarkannya. Pembunuhan
(assasin) politik dapat dilaksanakan secara mudahnya dengan menggunakan
pihak media. Yang diperlukan ialah mengupah segelintir manusia termasuk
wartawan dan tukang komentar politik. Masakini, kita tidak lagi perlu
mengupah seorang wartawan yang tulen, kerana seorang wartawan internet
sudah mencukupi untuk tujuan itu.
Perdana
Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah
dimusnahkan dengan cara penyebaran surat layang yang sungguh berbisa
kandungannya. Surat itu telah menuduh Tunku memperlekeh Bangsa Melayu
kerana memanjakan orang Cina. Tunku juga difitnah sebagai seorang
pemimpin yang gila perempuan, kuat minum arah dan kaki judi. Perdana
Menteri Kedua, Tun Abdul Razak telah terselamat oleh kematian beliau
yang mengejutkan, jika tidak beliau juga mungkin diaibkan oleh taktik
kotor yang sama oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Harun Idris. Harun
pernah menuduh Tun Abdul Razak merelakan anasir-anasir komunis masuk
meresap jabatannya. Tentu semua orang masih ingat betapa Anwar Ibrahim
telah digulingkan. Satu campuran ‘pendedahan’ dan ‘pengakuan’
telah disiarkan melalui media rasmi termasuklah penerbitan buku “50
Dalil” yang ditulis oleh Khalid Jeffri yang baru sangat dikenakan
hukuman memfitnah dan mengaibkan Anwar sebagai seorang yang korup dan
kaki sodomi sambil berselindung di sebalik kewarakannya. Semua
itu adalah taktik lama dan Khairy Jamaluddin amat faham yang lebih baik
lagi untuk bergantung kepada teknik seperti itu. Masa sudah berubah
Pergerakan Reformasi telah berjaya membuktikan keberkesanan media siber
dan juga akhbar asing dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat Malaysia
yang tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap apa yang ditulis oleh media
arus perdana.
Justeru,
memang tidak menghairankan apabila serangan pertama yang dilakukan oleh
Khairy terhadap Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah
dilakukannya melalui internet dan juga dengan menggunakan media asing. Untuk
mengukuhkan kerja busuk ini, Najib telah digembar-gemburkan sebagai
seorang ahli politik “yang tidak pernah bersih”. Najib telah
dikaitkan kepada pelbagai bentuk skandal yang bermula daripada
pembahagian kawasan balak kepada saudara rapatnya semasa menjadi Ketua
Menteri Pahang pada awal 1980-an dahulu sehingga ditangkap basah di Port
Dickson kerana dikatakan berkhalwat dengan seorang artis terkenal di
sebuah motel. Namun, tidak satu pun skandal ini dapat menggulingkan
Najib kerana umum sudah lali dengan cerita kerakusan orang politik UMNO
yang memang difahami sentiasa rakus dan korup. Malahan semua pihak sudah
mengakuinya, betapa kelemahan besar Najib ialah kaum hawa dan beliau
bukan bersendirian dalam menghadapi kelemahan begini. Ini sudah
merupakan kelemahan para pemimpin UMNO juga. Lantas,
seperti kes Anwar Ibrahim dahulu, segala skandal Najib perlu
digembar-gemburkan ataupun direkacipta dari mula lagi. Sudah
wujud dua peristiwa di mana Khairy Jamaluddin pernah bersuara lantang
mengatakan bukannya sukar sangat mengada-adakan perkara semacam itu.
Yang pertama berlaku beberapa bulan dulu, dalam satu jamuan makan yang
dihadiri oleh rakan sekutu perniagaan seorang anggota Majlis Tertinggi
UMNO bernama Datuk Norza Zakaria. Ketika itu Khairy telah berbisik
kepada seorang peniaga yang berusia 35 tahun, betapa bukan sukar sangat
mengada-adakan satu skandal yang dapat menggulingkan Najib. Khairy kata,
“itu kacang sahaja”. Setelah mendengarnya, peniaga yang khusus itu
cuba menunjuk-nunjuk pula kepada kawan-kawan beliau yang dia mempunyai
maklumat dalaman betapa Najib akan ditendang daripada mercu jawatannya. Peristiwa
yang kedua berlaku pada bulan Jun 2004. Ketika itu Khairy dilihat
sebagai calon untuk jawatan Chief Operating Officer (COO) bagi Khazanah
Nasional. Beliau sudah terlalu yakin akan dilantik kepada jawatan itu
oleh Pengarah Besar, Azman Mokhtar. Khairy telah mengajak kawan-kawan
universiti dahulu dan menyerlahkan rencana beliau untuk menyusun semula
Khazanah. Ada seorang kawan beliau bertanya apa pula pendapat Najib akan
pelantikan beliau yang terbaru itu nanti. Khairy menjawab, seandainya
Najib tidak suka dia akan “nyahkan Najib dalam penjara.” Khairy
terus menyombong dan berkata bahawa Naib akan jatuh tersungkur dengan
mudah sahaja, kalau dia benar-benar mahu menggulingkan Timbalan Perdana
Menteri itu. Keangkuhan
dan kesombongan semacam itu memang ada asasnya. Semua itu boleh juga
dianggap sebagai keceluparan seorang anak muda yang rakuskan kuasa.
Tetapi, Najib memanglah merupakan seorang seteru politik yang lemah
kalau dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Pertama, Najib bukan pun
dilantik memegang jawatan itu melalui pemilihan undi yang terbuka,
tetapi beliau naik kerana tidak ada orang lain yang menandingi beliau
bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Lagi pun sepanjang kerjaya politik
beliau, Najib tidak pernah menghadapi sebarang tandingan yang serius,
dan kerana itu beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana pertandingan.
Sebagai seorang pemimpin yang mudah teragak-agak dengan keputusannya
Najib memang merupakan seorang yang pengecut dan tidak akan terdaya
bertentang sesiapa yang benar-benar tegas mahu menandinginya. Selama ini
Najib telah naik mencanak ke jawatan tinggi gara-gara putar belit orang
yang lebih berpangkat darinya. Kalau
wujud keadaan yang bersesuaian, adalah tidak sukar mengalahkan seseorang
seperti Najib. Inilah percaturan yang telah dicongak oleh Khairy
Jamaluddin dan kerana itu beliau mengalu-alukan pelantikan Najib sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Walaupun UMNO secara keseluruhannya memberi
sokongan kuat terhadap Najib, beliau bukanlah seorang pemimpin yang
benar-benar telah diuji. Khairy Jamaluddin menganggap Najib sebagai
tandingan yang setanding dengannya kalau tidak ‘sedikit bawah’
darinya. Namun demikian, segala skandal yang mewarnai Najib telah
menjadi pengetahuan umum selama 30 tahun sehinggakan umum sudah lali
dengan rupa dan wajahnya. Memanglah Najib sudah lama bergelumang dengan
skandal dan rasuah. Tetapi seandainya Khairy turut terlibat dengan
rasuah, umum secara keseluruhannya masih belum mengetahuinya lagi.
Khairy
mempunyai sebab kenapa beliau begitu yakin dapat menumpaskan Najib. Ini
berpunca daripada satu ujian yang dilancarkannya sejurus selesainya
Pilih raya Umum Yang kesebelas dahulu, di mana Najib telah menjadi
mangsa kepada satu skandal yang direkayasa oleh Khairy. Dalam
episod ini, Khairy telah menggunakan satu portal berita yang bebas untuk
melancarkan rencana busuknya. bermula dengan satu kisah betapa Barisan
Nasional telah berhutang berjuta-juta Ringgit kepada beberapa pencetak
dan pembekal poster Melayu. Skandal itu telah disebarkan melalui portal
bebas itu. Mengikut ceritanya, para pembekal telah menerima pesanan
untuk mencetak ratusan ribu bahan kempen daripada Ibu pejabat Barisan
Nasional dengan arahan agar bahan-bahan itu diagihkan terus kepada calon
yang bertanding. Tanpa disedari oleh wartawan yang menyiarkan skandal
itu, kisah ini akhirnya menjurus kepada orang-orang Najib, termasuk
seorang peniaga yang bergelar Datuk dan merupakan seorang Cina Muallaf.
Datuk Muallaf ini memang rapat dengan Najib dan memang terkenal
menyumbang kepada apa juga bentuk kutipan derma yang dipelopori oleh ibu
Najib, Toh Puan Rahah dan isteri beliau, Rosnah Mansur.
Rencana
busuk itu amat mudah dipelopori. Khairy telah mengatur agar Setiausaha
Kerja BN, Yacob Muhammad, meminta Datuk Muallaf itu mengeluarkan
beberapa order (pesanan) menyediakan bahan kempen pilihan raya melalui
satu syarikat yang khusus diwujudkan untuk tujuan tersebut. Syarikat itu
telah mengagihkan kerja-kerja tersebut kepada beberapa pengusaha
percetakan Melayu. Akan tetapi bahan-bahan itu tidak dihantar kepada ibu
pejabat BN kerana telah diarahkan dihantar terus kepada calon BN yang
bertanding. Surat arahan itu menggunakan tandatangan ’Datuk Muallaf
tadi dan menggunakan ‘letterhead’ yayasan tertentu yang ada kaitan
dengan Najib. Apabila
para pencetak Melayu itu mengemukakan tuntutan bayaran mereka pada Ibu
pejabat UMNO, mereka telah dibisikkan bahawa pesanan itu semua telah
dikeluarkan oleh Najib melalui sahabat beliau Datuk Muallaf tadi. Nama
Najib telah dijaja untuk mencemarkannya, Untuk menyelamatkan keadaan,
Datuk Muallaf tadi telah cuba melangsaikan bayaran. Sudah tentu dia
tidak mampu membayar semuanya. Namun setakat ini skandal itu masih dapat
dikawal. Inilah
caranya Khairy mengugut. Beliau telah menggunakan skandal semacam ini
sebagai ujian pertamanya untuk menentang Najib. Khairy telah mempelajari
beberapa iktibar daripada episod ini. Pertama, Najib mempunyai kekuatan
untuk menangkis serangan semacam ini. Dengan menggunakan rakan
perniagaannya, Najib berjaya membayar pampasan kepada pihak yang
terhutang. Akan tetapi, ini hanya satu ujian kecil dalam usaha menggegar
Najib untuk menilai apakah implikasinya. Kisah itu sengaja disebarkan
melalui portal berita internet dan tidak melalui media arus perdana yang
berkemungkinan akan melantun balik dan menyebabkan keaiban kepada
Abdullah Badawi pula. Ujian
yang kedua ialah percubaan mengaibkan Najib melalui media asing. Peluang
terbuka semasa Malaysia dan Indonesia bertelagah mengenai kawasan minyak
yang berada di pesisiran pantai Sabah dan Sulawesi. Selaku seorang
Menteri Pertahanan, Najib telah diminta menjelaskan pendirian Malaysia.
Ada satu majalah berita Indonesia yang telah menyiarkan laporan betapa
Najib telah meminta maaf kerana tingkah laku kapal tentera laut DiRaja
yang mengawal kawasan terbabit.
Sudah
tentu Najib merasa malu, dan pantas menafikan yang dia pernah berbuat
begitu. Akhbar Indonesia itu telah mengalah dan meminta maaf terhadap
berita yang palsu. Sebabnya berpunca daripada sumber cerita itu. Beliau
ialah seorang ketua Pemuda Nahdatul Ulama yang rapat dengan Khairy.
Pemimpin itu telah memberitahu wartawan terbabit bahawa kemaafan itu
telah diminta oleh Khairy. Tidak pula jelas apakah pemimpin NU tersebut
merupakan orang suruhan Khairy dalam skandal begini. Soalnya kenapakah
dia mesti ragu dengan Khairy? Bukankah Khairy merupakan anak menantu
Perdana Menteri Malaysia yang pernah dihantar menemui pemimpin Indonesia
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono walaupun beliau tidak punya apa-apa
jawatan dalam kerajaan? Najib tidak boleh berbuat apa-apa terhadap niat
akhbar Indonesia itu apabila mengetahui sumber berita tersebut berpunca
daripada Khairy. Lagi pun Najib tidak boleh menyaman malu akhbar itu
kerana akan mendedahkan Khairy dan seterusnya menaikkan kemarahan
Abdullah.
Ujian
kecil Khairy itu hanya satu percubaan sahaja untuk tidak terus
menghambatnya. Beliau sedar segala usaha untuk menjatuhkan Najib mesti
dilakukan secara perlahan-lahan dan terus ligat mengikuti peredaran masa.
Justeru, kini telah dipasang beberapa perangkap di merata tempat melalui
hubungan baik Khairy dengan pihak media. Semasa
Abdullah Badawi diisytiharkan sebagai Perdana Menteri salah satu perkara
yang dimintanya daripada Mahathir ialah kuasa ke atas media. Abdullah
faham semasa Anwar berkuasa dahulu penguasaan terhadap media adalah
penting dan ini adalah satu jaminan terhadap sebarang usaha untuk
menggulingkannya. Dahulu pun Anwar telah meletakkan orang pilihannya
untuk mempromosi namanya sebagai calon PM. Dengan cara menggulingkan
orang pilihan Anwar inilah yang membolehkan Anwar ditumpaskan pada
September 1998. Abdullah
mahu keyakinan bahawa tragedi semacam ini tidak akan menimpanya dan
Mahathir pula sedar bahawa dengan menyerahkan kuasa media kepada
Abdullah dia dapat meyakinkan beliau betapa dia memang serius
menyerahkan kuasa kepada Abdullah. Kerana itu Mahathir mengalah dan akur
dengan permintaan Abdullah. Dengan pantas Abdullah meminta Khairy
memberikan nama calon yang sesuai.
Pelantikan
Khairy yang paling menonjol ialah Kalimullah Hassan Masheerul Hassan,
seorang bekas wartawan Singapura yang berkawan rapat dengan beberapa
peniaga Cina tertentu di mana orang Cina itu memikirkan perkara yang
menguntungkan perniagaan mereka sedangkan Kalimullah perlu menyediakan
cangkuk taliannya. “Kalli” begitulah nama timangan beliau, mempunyai
satu wawasan yang penuh gahnya. Walaupun dia tidak pandai menulis apa
lagi sebagai seorang editor, Kali sedar betapa dia boleh membeli orang
yang berbakat. Sudah menjadi rahsia ramai bahawa editorial (lidah
pengarang) NST yang menggunakan nama Kali sebenarnya ditulis oleh
penulis upahan yang cergas di internet. Orang semacam ini yang sebulu
dengan Khairy kerana beliau juga pandai memahami bahawa tidak sukar
menjadi seorang tokoh yang mampu memilih dan mengupah sesiapa sahaja
untuk membuat kerja sebenarnya. Akan
tetapi, nama Kalimullah memang ada tercemar sedikit. Beliau memang
dikenali sebagai terlalu rapat dengan kerajaan Singapura, khususnya
dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Wong Kan Seng. Menteri Wong
memang ditugaskan menguasai operasi risikan. Ada seorang rakan rapat
Kalimullah yang pernah membisikkan satu rahsia kepada bekas Setiausaha
politik TKT Mahathir yang bernama Mathias Chang. Mengikut Mathias Chang,
Kalimullah adalah seorang agen risikan ataupun tali barut kerajaan
Singapura. Beberapa bulan sebelum menyerahkan kuasa, TKT Mahathir telah
meminta Pengarah Risikan Tentera ketika itu menyediakan satu laporan
mengenai Kali. Laporan itu telah disalinkan kepada Najib dan merumuskan
betapa Kali tidak terbukti sebagai seorang tali barut. Akan tetapi,
laporan itu tidak pula membebaskan beliau terhadap sangkaan begitu.
Laporan itu merumuskan betapa memang ada keraguan yang mencukupi untuk
mempersoalkan pelantikan Kali sebagai Ketua Editor Kumpulan NST. Pelantikan
itu telah disahkan juga, akhirnya kerana calon yang lagi satu yang rapat
dengan Abdullah ialah Anuar Zain. Dia sudah pun dicalonkan mengisi
kekosongan di Bernama untuk menggantikan Kadir Jasin, orang kuat TKT
Mahathir. Sejurus Kalimullah mengambil tempatnya di NST, dia telah
melantik beberapa orang penulis yang ada kaitan dengan Singapura untuk
memulakan tugas mengikut arahan Abdullah dan Khairy. Salah
seorang penulis itu ialah Brendan Pereira. Beliau adalah bekas wartawan
Singapore Straits Time dan kawan lama Khairy. Pereira telah
diperkenalkan kepada Khairy oleh kawan lama beliau yang belajar di
United World College di Singapore. Brendan telah menulis beberapa
artikel yang memuji-muja Khairy dalam Singapore Straits Times,
sehinggakan orang mencemuh beliau sebagai Setiausaha Akhbar Khairy.
Setiap tulisan Brendan akan menyebut kata-kata ungkapan Khairy dan
kawannya, Norza Zakaria, sedangkan mereka hanya orang kecil dalam
pergerakan Exco Pemuda UMNO dan belum dikenali ramai. Malahan nama
Khairy telah mula meletup di Singapore sebelum ia muncul besar di akhbar
Malaysia.
Niat
sebenar Brendan ialah mahu menumpang tuah bintang Khairy yang
bergemerlapan. Beliau mengimpikan satu jawatan tinggi dalam New Straits
Times. Dengan kesetiaan Brendan Preira serta beberapa penulis upahan
yang pernah bertugas di Singapore Straits Times, Khairy sudah yakin akan
kesetiaan New Straits Times.
Akan
tetapi Khairy tidak akan menggunakan NST untuk menjatuhkan Najib. Khairy
bercadang menggunakan orang-orang yang berkait rapat dengan Kali dan
Brendan di seberang Tambak Johor untuk menyiarkan cerita mengenai
skandal Najib. Rencana itu belum matang lagi tetapi bila tiba masanya
nanti, anda akan dapat membacanya juga. Jangan
pula lupa hubungan Khairy dengan media internet, khususnya akhbar
internet bernama AgendaDaily. Akhbar itu kini disunting oleh Rosli
Ismail dan biaya akhbar itu ditentukan oleh Khairy dan Norza Zakaria.
Pada
asalnya, AgendaDaily telah dimulakan oleh seorang bernama Rozaid Abdul
Rahman. Beliau ialah abang kepada Rozabil Abdul Rahman (rakan niaga ibu
Khairy yang pernah disebut dalam Bahagian 4 Hikayat ini). Rozaid ialah
seorang penulis upahan yang menonjol pada September 1998 menulis
mengenai Anwar Ibrahim dan pergerakan Reformasi. Beliau mencetak
penulisan itu dan memujuk aktivis Reformasi membelinya secara pukal
untuk dijual semasa majlis ceramah dan kumpulan mereka. Apabila beliau
kekeringan sumber dana itu, Rozaid telah berpaling kepada bekas Naib
Presiden UMNO, Muhamad Muhammad Taib, untuk membiayai AgendaDaily,
sebagai akhbar internet alternatif kepada MalaysiaKini. Muhammad telah
membelanjakan RM200,000 tetapi wang itu menjadi kontang selepas beberapa
bulan sahaja kerana AgendaDaily gagal mendapatkan pembaca yang sanggup
membayarnya. Untuk
menutup kerugian, Rozaid mula menjual cerita kepada ahli politik UMNO
yang selesa dengan berita molok-molok mengenai diri mereka. Rozabil yang
sudah menjadi rakan niaga ibu Khairy, telah memperkenalkan Rozaid kepada
Khairy dan Norza Zakaria. Apabila Muhammad enggan mengeluarkan belanja
lagi, Norza pula masuk campur, Dalam satu minggu sahaja Norza telah
menghantar RM100,000 ke dalam akaun AgendaDaily. Sejurus kemudian muncul
satu artikel yang memuji-muja Khairy Jamaluddin. Hubungan
baik itu berterusan walaupun Rozaid telah melepaskan AgendaDaily secara
rasminya untuk menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pembangunan
Usahawan, Khaled Nordin. Editor yang baru, Rosli Ismail, terus
menyiarkan laporan yang baik-baik mengenai Khairy yang selalunya
menyelitkan beberapa penafian Khairy terhadap beberapa desas-desus yang
ada kaitan dengan dirinya.
Tidak
sesiapa yang dapat nafikan betapa Khairy Jamaluddin telah menggunakan
pendekatan yang betul dalam mempengaruhi minda generasi muda di kalangan
anak muda yang berpendidikan tinggi. Dengan cara menggunakan media asing
dan internet dia seolah-olah menggunakan semua itu laksana padang
permainan untuk menaikkan namanya. Khairy telah melangkah jauh
menggunakan taktik baru yang masih malu digunakan oleh Hishamuddin
Hussein (yang pernah takut muncul di MalaysiaKini) dan juga Najib. Akan
tetapi, penggunaan media hanyalah untuk membantu kepada satu tahap
tertentu sahaja. Serangan yang benar-benar jitu terhadap Najib
memerlukan senjata yang lebih perkasa dan rahsia. Khairy sudah mempunyai
senjata itu yang bernama “Anwar” -
MalaysiaToday
Bersambung
ke Bahagian 7: Berputiknya
Satu Persahabatan Yang Akrab
|
|
Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762
|