BALIK KE MUKA UTAMA


Shaikh Noordin <shaikhnoordin@yahoo.com>

To: editor1@umno-reform.com

Subject: Sampaikan hasrat rakyat yang sebenar!

Date: Wed 05/03/06 04:51 PM

Saudara Pengarang,

Sebagai seorang rakyat dan sepanjang menjadi penyokong UMNO, saya tidak nampak seoarang pun pemimpin UMNO yang tidak ikhlas bekerja untuk membangun kan negara termasuklah Pak Lah sendiri. Saya percaya semua pemimpin kita berazam untuk memberi khidmat demi untuk bangsa, agama dan negara.

Adalah juga tidak adil bagi kita untuk membandingkan seorang individu dengan individu yang lain. Akan tetapi pendekatan yang diambil oleh sesaoarang pemimpin itu dengan sendirinya akan menampilkan corak kepimpinan yang mereka pelopri. Siapakah pemimpin yang boleh kita katogorikan sebagai pemimpin negarawan dan siapakah pula pemimpin yang sekadar mempunyai ciri-ciri hanya bersesuaian sebagai seorang pentandbir.

Pemimpin yang tergolong sebagai seoarng pentadbir lazimnya pemimpin yang hanya menyelesaikan sesuatu pekara untuk jangka pendek dengan mengambil-kira keadaan-keadaan semasa. Manakala pemimpin yang dikatagorikan sebagai negarawan pula adalah pemimpin yang membuat sesuatu keputusan untuk jangka-panjang dengan mengambil-kira apa yang akan terjadi kepada negara dimasa hadapan dengan keputusan yang dibuat pada hari ini. Inilah bezanya antara kepimpinan cara Pak Lah dengan Tun Dr Mahathir.

Kalau rakyat diibaratkan sebagai anak dan Pak Lah sebagai bapa, sudah tentu kita akan diberhentikan sekolah jika keluarga kita miskin dan terdesak pada hari ini. Tetapi jika Tun Dr Mahathir yang menjadi bapa, sudah tentu kita tetap akan disekolahkan hingga sampai ke universiti walaupun beliau terapaksa berkorban untuk menyekolahkan anaknya itu demi untuk masa depan mereka.

Pedekatan Tun Dr Mahathir inilah yang menjadi pilihan rakyat kita sekarang, setidak-tidaknya Tun telah berjaya menukar minda orang Melayu supaya semangat lebih tabah dan mempunyai keyakinan pada diri dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran. Inilah dikatakan pemimpin sejati yang dihendaki rakyat. Pemimpin yang memikirkan masa depan anak bangsanya. Tetapi alangkah sedihnya saya bila terpaksa menerima hakikat bahawa Tun tidak memerintah lagi. Apakah kita sanggup membiarkan cita-cita beliau terkubur dengan begitu saja melihat agenda negara yang tercinta ini tidak kesampaian kerana hanya memikirkan kesusahan kita pada hari ini daripada memikirkan nasib anak bangsa kita dimasa hadapan.

Kita sebagai rakyat sepatutnya memberitahu pekara yang difikirkan benar. Kalau kita ingin membantu sesaorang pemimpin itu, kita mesti membisikkan sesuatu yang sebenarnya berlaku dibawah sana. Pemimpin sememangnya jarang berpeluang untuk mendapat maklum-balas yang betul dari apa yang sedang difikirkan rakyat, kerana pada kebiasaannya mereka dikelilingi oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan politik atau perniagaan yang mana lebih suka menggambarkan pekara yang indah-idah belaka. Orang-orang seperti ini sebenarnya hanya taat pada siapa saja yang mempunyai kuasa kerana yang dijaga itu bukan kedudukan pemimpin itu tetapi kedudukan merekalah yang lebih diutamakan.

Sebenarnya keaadan sekarang ini telah mendorong ramai yang terpanggil untuk menyatakan sesuatu kepada Pak Lah, tetapi tidak ada saluran yang terbuka untuk rakyat menyatakan apa yang difikirkan mereka. Media perdana sudahpun disekat dari mengkhabarkan padangan rakyat yang tidak selaras dengan pucuk pimpinan. Tidak hairanlah ruangan seperti laman web ini mendapat tempat untuk rakyat memberitahu pemimpin mereka apa yang terpendam didalam hati sanubari mereka. Kalau ada yang berhasrat, itupun tidak semuanya berkesempatan untuk berbuat demikian.

Wahai pemimpinku, bangunlah dikau dari tidur dan mimpi yang indah-indah itu, dengarlah rintihan rakyat yang ingin berkatakan sesuatu kepadamu!! Negara yang tercinta ini bukan milik mu seorang, tetapi ia akan terus dimiliki oleh anak bangsa mu dari rumpun Melayu, Jauhilah diri dari membuat salah perhitungan. Padahnya akan diterima oleh generasi mu yang akan datang.

Untuk menjadi saorang pemimpin, seorang itu seharuslah bijak membaca padangan dan mendengar suara rakyat. Ini tidak bererti sesaorang pemimpin itu harus tuduk kepada setiap bantahan yang diterima beliau. Namun perasaan rakyat harus diambil-kira jika sesaorang pemimpin itu masih mahu dianggap sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.

Sebagai contoh, sesaorang pemimpin itu perlu mengkaji apakah sesuatu bantahan yang disuarakan itu mempunyai asas, apakah penerangan kerajaan didalam sesuatu pekara itu sudah memadai atau tidak kesampaian atau sememangnya sesuatu keputusan yang diambil itu sememangnya tidak memenuhi hasrat rakyat yang sebenarnya.

Tidak guna kita gunakan station radio dan tv untuk menyiarkan ucapan-ucapan sesaorang pemimpin itu setiap hari sedangkan semangat dan mertabatnya sudah hilang didalam fikiran rakyat, Sudah tentu cara ini tidak lagi akan berkesan dan relvant dengan zaman teknoloji maklumat dimana rakyat lebih percaya pada unsur-unsur yang tidak bersifat propaganda.

Sebenarnya laman web sebegini lah tempat yang paling sesuai bagi seorang pemimpin itu datang menjengok untuk melihat pandangan-pandangan rakyat amnya dan ahli-ahli UMNO khususnya. Ambillah kesempatan disini untuk munasabah diri. Jangan harap orang datang untuk berterus-terang menyatakan sesuatu yang tidal elok kepada kita. Apatah lagi sudah menjadi budaya orang Melayu untuk mengelakkan dari menyatakan sesuatu yang kurang enak didengar secara berhadapan kepada sesaorang pemimpin.

Janganlah kita harap pihak pembangkang akan mengertik atau menyokong kita dengan harapan untuk membantu. Sebenarnya mereka ini lebih suka melihat pemimpin-pemimpin parti lawan mereka melakukan lebih banyak kesilapan supaya bila sampai masanya nanti kesilapan-kesilapan tadi sudah tidak dapat diperbetulkan lagi dan itulah masanya peluang terbaik untuk mereka menyerang kita habis-habisan.Akhirnya parti UMNO juga yang akan kecudang
.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762