BALIK KE MUKA UTAMA

RUMPUN MELAYU 
oleh Harryzal Mustapha 

LAYARI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG  DAN BERDAFTAR DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM 


Pertemuan tidak lama dahulu saya telah bertemu dengan seorang teman Melayu di Singapura. 

Dalam pertemuan itu dia sempat menceritakan serba sedikit tentang kehidupan Melayu di Singapura pasca ?merdeka? setelah berpisah dari Malaysia.

Katanya, kini orang Melayu telah kehilangan jatidiri bangsa. Melayu di Republik itu tidak lagi mempunyai identity bangsanya.

Mereka telah secara sistematik dipecah-pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil suku-suku kaum seperti Boyan, Jawa, Minang, Bugis, Banjar, dan  sebagainya. (Ini tidak pula dilakukan di kalangan majority penduduk Chinanya ? mereka seharusnya dipecah-pecahkan kepada suku-suku kaum Kantonis, Hokkian, Hainan, Teochu, dan sebagainya).

Identiti agama juga telah dipisahkan dengan bangsa. Agama dianggap sebagai hak individu. Ia tiada kaitan dan bukan merupakan satu identiti bangsa. Itulah hujah dan pandangan Pemerintah. 

Hasilnya, pecahan dan pemisahan yang dilakukan secara halus ini telah berjaya melemahkan bangsa minoriti ini kepada suku kaum yang lebih kecil. 

Bagaimanapun, mungkin ini merupakan satu pandangan peribadi teman saya itu; disamping ia mungkin juga boleh dan akan diputarbelitkan oleh segelintir piha sebagai buka satu fakta. 

Nanmun demikian, apa yang berlaku kepada nasib saudara kita itu, kalau benarlah apa yang dikatakan, mungkin boleh dijadikan sebagai satu ?eye-opener?, atau satu gejala yang seharusnya boleh mencelekkan mata kita sebagai orang Melayu apa yang mungkin boleh dan akan berlaku sekiranya negara kita Malaysia yang tercinta ini diandaikan menjadi sebuah negara yang diperintah oleh orang lain. Ini tidak mustahil, sekiranya kita alpa dan tetap memikir dan mementingkan diri sendiri daripada negara, bangsa dan agamanya. 

Peri pentingnya bangsa Melayu sering diperingatkan akan kemungkinan-kemungkinan ini berlaku hendaklah sentiasa dipertekankan. Bahawa ancaman-ancaman ini ialah sesuatu yang real dan benar.

Apa yang berlaku kepada saudara kita di Singapura itu hendaklah dijadikan satu contoh dan pedoman, supaya orang-orang Melayu jangan leka dengan apa yang ada pada mereka sekarang.

Kita telah banyak dilekakan dengan beranika hiburan, penyalahgunaan dadah, keruntuhan akhlak dan pegangan agama dan berbagai lagi ancaman untuk melemahkan semagat dan kekentalan hidup sebagai suatu bangsa yang bermaruah, berperibadi murni dan mulia.

Semuanya ini, yang berdasarkan pecah dan memerintah, dilakukan kepada kita tanpa sedikitpun majority daripada kita menyedarinya.

Kalau apa yang berlaku di Singapura, malah di Indonesia pun, melalui cengkaman ekonomi mereka?, sedikit demi sedikit budaya dan cara hidup saudara-saudara serumpun kita telah terhakis.

Mereka, ini mempunyai berbagai cara untuk melemahkan kita yang terasnya bertunjangkan kepada penguasan ekonomi, disamping mencari jalan memecahbelah dan mengadu-dumba kita sesame kita - Pecah-pecah dan Perintah,

Inilah senjata yang digunakan oleh musuh-musuh kita di dalam dan di luarnegeri.

Lihat apa yang berlaku di Palestin, Afghanistan, dan Iraq. Sepeninggalan mereka ini nanti timbulah peperangan saudara. Mereka, lepas tangan, kita yang menderita. Mereka akan terus memerintah secara proxy ? memilih pemerintah yang akan ikut telunjuk mereka.

Kekuatan politik saja belum dapat menjamin keutuhan dan keperkasaan sesebuah bangsa. Maka itu ketuanan Melayu sebagai tuanpunya hak negara ini hendaklah dipertahankan habis-habisan, kecuali kekuatan ekonomi juga di tangan kita, tanpa seseorangpun daripada kita diperalatkan sebagai proxy atau Ali Baba dalam penguasaan eknomi negara.

Di dalam hal ini beberapa ?ancaman? perlu diambil perhatian serius oleh Melayu-Bumiputra kita, ancaman-ancaman yang boleh memecahbelahkan kita, dan perlu kita tangani: 

Ancaman pertama adalah pemecahan Rumpun Melayu kepada puak-puak atau suku-suku kaum 

Orang Melayu, termasuk mereka yang ketegorikan sebagai si muaalaf yang telah disunatkan anunya? (memetik kata-kata Allahyarham Pujangga Usman Awang) yang kini berpeluang menikmati dan dilindungi dengan hak-hak keistimewaan oleh Artikel 153 Perlembagaan, tidak dan janganlah seharusnya menolak tanggapan atau anggapan sesetengah kalangan bahawa mereka bukanlah Melayu. 

Sejarah telah membuktikan bahawa kelompok-kelompok minoriti selalu menggunakan konsep ini untuk mencabar ketuanan sesebuah bangsa. 

Juga, di dalam negara yang mempunyai satu bangsa pun boleh dan telah berjaya dipecah-belahkan ke dalam kumpulan-kumpulan sedperti bourgeois? dan proletariat?.

Ancaman kedua ialah dengan menggunakan undang-undang dan perlembagaan untuk dijadikan alasan dan menjustifikasikan segala bentuk ?rampasan? secara halal 

Saya telah diberitahu oleh rakan dan saudara serumpun saya di Singapura itu bahawa baginya perlembagaan adalah merupakan satu-satunya dokumen yang penting untuk melindungi hak-hak mereke sebagai rakyat Singapura. Tanpanya, hak mereka sebagai kaum minoriti sepertinya akan terhapus; 

Kemungkinan-kemungkinan hak asasi mereka dicabul dan kaum majoriti mengambil tindakan sesuatu bagi melakukannya dengan sesuaka hati atau sewenang-wenangnya bukanlah merupakan sesuatu yang mustahil. 

Sebaliknya, bagi negeri yang berdaulat seperti Malaysia, jika tidak dikekang, perlembagaan akan digunakan untuk merampas ketuanan Melayu di atas nama keadilan dan demokrasi.

Satu perkara yang perlu difahami, bahawa perlembagaan diwujudkan disamping untuk melindungi dan mempastikan kelancaran jentera pemerintahan sesuabuah negara, ia juga bertujuan untuk melindungi hak kaum minority.

Perlembagaan juga disalahgunakan untuk tujuan-tujuan negative seperti menindakkan, menghalang atau merampas hak keistimewaan kaum majoriti. 

Ancaman ketiga adalah melalui kebebasan meluahkan pendapat yang keterlampauan, di luar perlembagaan, melanggar Akta-akta Keselamatan Dalam Negeri, Akata Hasutan, Akta Rahsia, dan sebagainya, yang boleh menimbulkan masalah ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri 

Misalnya, keistimewaan Melayu, perkara-perkara yang menyentuh Akta Hasutan kini sering dipersoalkan. Sedangkan, pengurniaan kerakyatan yang diberikan oleh bangsa Melayu dan negara ini kepada para pendatang asing, sepertiman yang termaktub dalam perjanjian sosial (social contract) sebelum merdeka tidak pernah disebut. 

Kalaulah perkara ini sering diungkit-ungkit, ia akan memungkinkan timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk asal negara ini. Kemungkinan ianya akan mengakibatkan kerasahan, kegelisahan dan p;ersengkatan mereka tidak dapat dielakkan. Ini akan pula menular kepada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sanggupakah kita melihat berulangnya sejarah May 13, 1969 berlakunya persengketaan kaum di negara ini? (Nauzubillah minzalik!)

Ancaman keempat adalah melalui penguasaan ekonomi

Bangsa Melayu dan Bumiputra di negara ini hendaklah sedar bahawa bumi yang dipanggil rumah ini akan tergadai jika ekonomi masih dikuasai oleh orang lain. 

Segala bentuk polisi atau dasar yang digubal akan dipermainkan selagi mana ekonomi bangsa Melayu tidak berkembang dengan lebih jauh. Inilah juga diantara beberapa kebimbangan atau ?fear? yang disebutkan oleh mantan PM kita YAB Tun Dr Mahathir Muhammad, dalam coretannya di suatu seminar Social Engineering baru-baru ini.
Penguasaan ekonomi oleh orang Melayu dan kaum Bumiputra adalah merupakan sesuatu yang penting bagi memastikan negara ini kekal hidup dalam harmoni dan kesejahteraan. Kalau ini tidak ditangani, sampai bila kita tidak akan bersatupadu in the strictest sense of the word.

Do we want to live in a pseudo unity? 

Beberapa rancangan kerajaan untuk mempertabatkan kedudukan orang Melayu gagal atau digagalkan, kerana kepentingan diri atau kaum lebih dipentingkan daripada kepentingan negara.

Tidak cukup dengan ancaman-ancaman dalaman, Malaysia juga sering menghadapi ancaman-ancaman dari luar untuk melemah dan menjatuhkan tembuk perpaduan yang sedang dibina, gara-gara kerakusan mereka hendak menakluk dunia dan menguasai seluruh kegiatan eknonominya.

Selagi Melayu di negara ini tidak sedar dan tidak mahu mengubah nasibnya, selagi itulah kita akan dijajah secara langsung atau tidak langsung; dan selagi itulah kita akan menjadi hamba di negara sendiri.

Seperti kata-kata hikmat Allahyarham Aminuddin Baki, kita, orang Melay/Bumiputra, janganlah hendaknya menajadi seperti ?ayam ddalam kepuk mati kelaparan, itik di sungai mati kehausan.?

Kesimpulannya kita hendaklah memperkasakan bangsa Melayu dengan menyatupadukannya di dalam satu rumpun yang berbagai suku kaum dengan mempunyai satu jatidiri atau identity, iaitu Bangsa Melayu. 

Bangsa Melayu yang berkualiti, yang terdiri daripada mereka yang bersawo matang yang tidak mudah diganggu-gugat, diperkotak-katik dan dipecahbelahkan; sama dada sebagai konservatif atau liberal.

Kita hendaklah menjadi satu bangsa yang bermaruah, berhemah tinggi, berdaulat dan merdeka. Kita adalah kita ? bangsa Melayu Islam agamanya; Bumiputra berbagai anutannya, tetapi gah dan perkasa dalam mempertahan dan melindungi tanahair negara asal mereka.

Janganlah dibiarkan Melayu?Bumiputra ini sebagai rakyat kelas kedua di dalam negara mereka sendiri, sepertimana yang berlaku di negara-negara lain. 

Kita tidak harus membiarkan perlembagaan, undang- undang dan hak kebebasan bersuara dijadikan tiket untuk mencabar hak kita, sebagai tuan rumah kepada negara ini.

Akhir sekali, bangsa Melayu harus sedar bahawa mereka hanyalah majoriti di tanah sendiri tetapi minoriti di arena dunia. 

Kalau kita tidak bersatu dan mengembangkan jaringan Melayu di seluruh dunia, selagi itulah kita akan terhakis oleh arus dan ombak tsunami penjajahan Barat dan proxy-proxy mereka.

Kalau ini berlaku, kemerdekaan yang dituntut oleh datuk nenek kita untuk memvbina kesejahteraan kita, sia-sialah jadinya.

Ada kawan yang pernah bertanya apakah istimewanya Melayu sehingga patut diberi hak yang lebih?

Hak istimewa itu termaktub di dalam Perlembagaan yang digubal oleh para penggubal yang mengandungi ahli-ahli dan pakar undang-undang antarabangsa yang dipimpin oleh Lord Cobol.

Merekalah yang merasakan perlu hak keistimewaan itu diberikan kepada penduduk asli negara ini; berteraskan kepada ?social contract? yang telah dipertsetujui oleh datuk nenek kita.

Asas kepada pemberian hak istimewa itu ialah kerana rakyat Malaysia ketika itu adalah terbahagi kepada tiga kumpulan besar yang tidak seimbang, khususnya dari segi ekonomi.

Dari segi pekerjaan mereka telah terbahagi kepada: Kaum Bumiputra sebagai para petani dan nelayan; Kaum China sebagai ahli perniagaan dan compradors; dan kaum India sebagai paa pekerja lading dan perkeranian. (Ini adalah merupakan dasar penjajah ketika itu yang mengamalkan dasar pecahbelah dan perintahnya).

Untuk mengimbangi keadaan inilah maka hak keistimewaan itu perlu diberikan kepada kaum Melay supaya mereka dapat hidup bersama dengan kaum-kaum lain tanpa merasa curiga diantra satu sama lain.

Bagi mengimbangi kedudukan penduduk bukan Melay dan Bumiputra pula, penduduk asal dan tuanpunya negara ini telah sanggup memberikan kerayakyatan kepada mereka.

Inilah asas kepada perjanjian sosial yang telah dimetrai diantara kaum sebelum merdeka bagi memastikan dan menjamin kesejahteraan rakyat negara ini.

Sebenarnya, orang Melayu tidak suka terus berpegang kepada tongkat keistimewaan ini, sekiranya pembahagian ekonomi dapat diseimbangkan.

Tetapi sehingga ke hari ini, despite keistimewaan yang diberikan, rakyat asal negeri ini masih hidup berkais di negara sendiri sepertimana yang dilaporkan di dalam Laporan Pertengah Tahun Ramcangan Malaysia Ke-8.

Selagi ini belum dapat direlaikan atau ditangani, selagi itu akan timbul kerasahan, kebimbangan, dan ketidakpastian, di kalangan kaum, khususnya Melayu.

Ini memerlukan pengorbanan daripada semua pihak.

Apa yang pasti kekuasan politik saja tidak akan menjamin dan belum tentu dapat melahirkan kesejahteraan negara.

HARRYZAL MUSTAPHA

ProWaris Malaysia

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762