|
formmail.to: umnoreform
From_Email: harry@komnas.com
From_Name: Harry
Subjek: Other
Segera: Yes
Pesanan:
Jambatan Singapura, bangunlah bangsaku.
Umum tahu bahawa kerajaan hari ini telah memutuskan untuk
membatalkan projek jambatan Singapura atas sebab desakan
rakyat. Alasan dangkal yang tidak dapat di terima dek akal
penulis. Alasan yang penuh dengan curiga di hati penulis.
Hari ini penulis ingin menulis tentang hasutan, cemuhan
dan tuduhan yang ingin penulis lemparkan kepada kerajaan
Malaysia hari ini. Kerajaan yang dilihat lemah dan tunduk
dengan dengan desakan kerajaan kiasu.
Jambatan ini tidak memberi faedah kepada Singapura.
Rakyat Malaysia hari ini pernah diberitahu bahawa pembuatan
jambatan Singapura tidak menguntungkan negara Singapura.
Oleh sebab itu, keputusan untuk tidak meneruskan projek
ini telah membuktikan bahawa kerajaan kita akur dengan
permintaan Singapura. Kita telah menguntungkan negara
Singapura dengan secara halus. Sejarah telah membuktikan bahawa
projek yang melibatkan hubungan dua hala negara bersebelahan
selalunya melalui jalan buntu tetapi boleh diselesaikan.
Pembuatan terusan - terusan di negara luar boleh dijadikan
contoh perundingan. Keputusan ini bukanlah kehendak rakyat
namun lebih menjurus kepada permainan media untuk
menghalalkan yang haram. Rakyat sedar dan faham dipertahankan
adalah kedaulatan negara. Bukan kepentingan ekonomi negara.
Singapura telah menghina pemimpin dan bangsa melayu.
Semenjak mula kita ingin berbincang dengan mereka, kita telah
terhina apabila dia menghantar orang nombor dua untuk
berbincang dengan orang nombor satu kita. Namun kita masih
mampu tersenyum. Kita masih mampu bermain golf. Menteri-
menteri kita yang suatu masa dahulu melenting dengan
penulisan Menteri Tua (Minister mentor) mereka. Melenting kerana
bapanya telah dituduh mengamalkan rasuah. Hari ini mereka tunduk
dengan desakan kabinet nepotisme dan kronisme negara
jiranitu. Mereka tunduk dan tersenyum. Bagi penulis, orang
melayu harus turut rasa tersinggung kerana menghina
pemimpin melayu adalah sama seperti menghina bangsa melayu.
Syarikat- syarikat milik kerajaan harus lebih waspada .
Hari ini bangsa melayu harus lebih waspada dengan ancaman
Temasek Holdings. Temasek Holdings tidak harus dibiarkan
menguasai syarikat syarikat milik kerajaan atas dasar
kepentingan negara. Bangsa melayu harus bersedia menolak
tawaran wang dari syarikat negara parasit ini yang bakal
menggugat ketuanan bangsa melayu at dasar meritokrasi.
Pernahkah kita menyoal kenapa Temasek tidak mempunyai bangsa
melayu didalamnya. Adakah benar banyak syarikat- syarikat
kita telah dimiliki oleh Temasek Holdings? Marilah kita
sama- sama periksa dan lihat. Mungkin apa yang kita
perlukan sekarang adalah penasihat- penasihat ekonomi
melayu yang faham tentang positive affirmation dan bukan
liberalization at all means.
Jawatan penting dalam negara tidak harus diberi kepada orang
luar.
Hari ini terlampau banyak desas- desus yang mengatakan bahawa
kita telah memberikan jawatan penting kepada individu yang
rapat dan akrab dengan kerajaan Singapura. Ada yang
mengatakan kita beri jawatan editor dan juga penasihat
ekonomi. Mungkin ini tidak salah dan boleh diputarbelitkan
oleh media sebagai kerajaan kita lebih mementingkan
kecekapan dan kebolehan individu. Namun begitu, kalau boleh saya
harap bangsa melayu dapat di ingatkan semula dengan
kenyataan oleh pemimpin negara jiran tidak berapa lama
dahulu. Orang melayu tidak boleh memegang jawatan tinggi
didalam tentera republik kerana kepentingan negara. Di
atas merit yang sama penulis ingin mencadangkan supaya bangsa
melayu membersihkan kerajaan kita dari anasir- anasir
negara jiran.
Harapan penulis.
Adalah menjadi harapan penulis supaya bangsa melayu sedar
tentang ancaman negara jiran kita yang tidak mempunyai
semangat kejiranan. Negara yang mana kita akan terus
membekalkan air atas dasar peri kemanusiaan tetapi bukan
untuk mereka niagakan ke kapal. Negara yang sentiasa
menghina serta mencemuh pemimpin dan bangsa kita secara
langsung atau tidak langsung. Bahawasanya bangsa melayu hari ini
tidak akan tunduk dengan desakan adik kita yang terlampau
kurang ajar. Kami akan pastikan setiap pergerakan jentera
kerajaan tidak akan terlepas dari pemerhatian kami. Kami
tidak dahagakan dollar milikmu seperti nenek moyang kami
menjual tanah pusaka. Kami akan membuka balik lipatan
sejarah dan akan memastikan ketuanan melayu kembali ke Pulau
Temasik. Janganlah kau mendabik dada kerana episod
pemisahan dikau dari kami adalah titik noktah bangsa
melayu akan tunduk kepadamu.
|