BALIK KE MUKA UTAMA

Pekerja

Dan carilah makna luruh keringat ini,
Menyuburkan tanah ini,
Mengharumkan bangsa kami,

Dan carilah erti pengorbanan kami,
Sama - sama berbakti
Sama - sama merasai

Tapi jangan sesekali,
Udara kami di hirup nafsu haloba diri,
Di isi pasir periuk makan kami 
Kerana mahu menang atas nama penindasan,
Kerana mahu berwang atas nama kezaliman,

Hadir kita sesama,
Mereka yang luruh keringatnya,
Mereka yang sama - sama berjuang untuk keluarga,
Lantas mahu melahirkan nusa bangsa berbangga,
Malaysia hadir atas keringat kita,
Dan kita - bernama pekerja

Ayuh pegang erat tangan sesama,
Menentukan nasib kita,
Agar jangan di injak hak kita,
Di noda hidup ini,
Oleh petualang yang hilang pertimbangan diri,
Mahu semua tanpa memberi,

Hari ini kita eratkan gabungan ini,
Menuntut agar keringat di adili,
Menuntut agar kita, sama - sama berdiri - atas janji berbakti dan tidak di zalimi.

Hari kita - Hari Pekerja


Selamat Hari Pekerja
Ghazali Mat Dom

Sebelum ini tidak terlintas hati saya untuk mendekati pertubuhan - pertubuhan yang banyak berjasa tetapi tidak terasa kehadiran nya. Saya mula bertanya dan melihat rakan saya berusaha mendengar dan membawa, kemuka pengadilan mereka yang terus di tindas bagai bidak di papan catur - adanya untuk di korbankan untuk kemenangan segelintir dua. 

Buruh dan pekerja nadi kepada kejayaan Malaysia.

Sebelum ini saya tidak pernah terpanggil untuk menghayati perjuangan pertubuhan - pertubuhan yang tidak berkiblatkan politik dan tidak ada batasan bangsa dalam perjuangan mereka. Gaji dan bonus di tuntut, cuti dan kemudahan di rayu, pencen dan kebajikan di minta dan mereka hadir atas nama membela pekerja. 

Kesatuan Sekerja merupakan gabungan yang hadir di celah - celah pekerja berusaha mencari keadilan buat ahli - ahli pekerja yang bergabung agar tidak mereka di tindas, di perah dan kemudiannya di buang dengan sesuka hati oleh pemodal yang gigih hanya mencari keuntungan untuk segelintir mereka lantas membuka lembaran baru mendefinisikan perhambaan dalam erti kata dunia moden ini. 

Saya juga akan berazam untuk membuka laman ini untuk mencari erti keringat yang di tumpahkan untuk kejayaan syarikat lantas memewahkan ekonomi negara ini. Saya berharap saudara - saudara pelayar juga akan mencari erti Hari Pekerja, agar kita sama -sama bersatu mencari erti dan nilai yang sempurna untuk apa yang telah kita curahkan dalam membantu ekonomi negara ini. 

Saya pohon bagi memulakan pengertian kita hadir pada program Hari Pekerja 2005 di Dataran Merdeka pada 30hb April 2005 bagi menyambut hari yang terpenting untuk kita - Hari Pekerja. 

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762