|
formmail.to: umnoreform
From_Email: harat@malaysia.com
From_Name: Harat
Subjek: Comment
Segera: Yes
Pesanan: Saya tidak peduli sama ada TV3 ada agenda politik atau
tidak.
Akan tetapi, apa yang didedahkan oleh TV3 selama ini saya rasa
ada juga kesan dan kebaikannya. Kalau TV3 tidak mendedahkan
hal-hal tersebut, siapa lagi yang akan melakukannya?
Sekurang-kurangnya TV3 selama ini telah memberi peluang kepada
rakyat kecil yang "tidak bernama" dan tidak dikenali untuk
menyampaikan masalah dan hasrat mereka.
Memang benar, TV3 tidak membangkitkan isu besar atau isu
nasional, seperti kenaikan harga minyak dan sebagainya. Akan
tetapi, sebagai mediayang "dikawal" oleh pemerintah, TV3 tentu
tahu setakat mana ia boleh memainkan peranan mereka.
Kalau berkonfrantasi dengan pemerintah, dan dikenakan tindakan
oleh pemerintah, siapa yang sanggup kehilangan periok nasi?
|