BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )

Surat Terbuka keada UMNO
Wahai Bangsa Melayu, baca dan fahamilah

Hujah yang tidak membantu Tahun 2005

Apabila Pemuda UMNO menimbulkan semula Dasar Ekonomi Baru di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, apa yang mereka lakukan adalah mengundurkan negara ke belakang.

Di sebalik menyediakan negara menghadapi saingan daripada Thailand, Vietnam dan ekonomi membangun yang lain, kita masih berfikir mengenai persaingan antara orang MElayu dengan bukan Melayu.

Tidak wujud keraguan lagi bahawa sesuatu harus dilakukan bagi membantu orang Melayu yang berpendapatan rendah keluar daripada kancah kemiskinan.

Tetapi bantuan hendaklah diasaskan kepada keperluan individu dan bukan masyarakat.

Oleh sebab orang Melayu berupa kumpulan terbesar yang memerlukan tongkat , mereka akan mendapat faedah terbesar daripada satu dasar yang bertujuan membantu semua orang yang berpendapatan rendah.

“Mengembalikan label NEP tidak membantu. Ia akan hanya membawa balik beban daripada era yang sudah berlalu yang sekali gus melandaskan debat ekonomi di negara ini atas dasar “mereka dan kita”.

Hujah ini, yang terkandung dalam rencana bertajuk “ Notes from a divisive year” ( Nota daripada tahun yang penuh perpecahan) di tulis oleh seorang rakyat Malaysia berketurunan India bernama Brendan Pereira dan disiarkan oleh akhbar milik UMNO bernama New Straits times pada 25hb disember 2005.

Krimas yang menghina

Pereira memilih Hari Krimas , salah satu daripada banyak hari muhibah di negara Malaysia yang tercinta ini untuk mengherdik UMNO dan berleter keapda orang Melayu. Selain daripada hakikat dia orang India Malaysia , siapakah dia si Pereira ini. Banyak orang Melayu mungkin tidak tahu kerana tidak membaca NST. Hari ini di kalangan orang Melayu yang membaca akhbar Inggeris mereka membaca The Star. UMNO pula tidak tahu sebab orang UMNO jarang ambil tahu.

Pereira ini adalah anak emas dan kuncu nombor satu Kalimullah Masheerul Hassan. Kali adalah orang kesayangan dan orang kepercayaan Pak Lah dalam media masa. Dialah “spin Master” atau ketua putar pelit Abdullah dalam media massa. Kalimullah inilah ketua pemutar belit media massa seperti Kamarulzaman di TV3, Annuar Zaini di Bernama dan Wong Chun di The Star. Kalimullah melantik Pereira sebagai Pengarang Kumpulan Akhbar – akhbar bahasa Inggeris NST pada tahun 2005. Sebelum di bawa masuk ke dalam NST oleh Kalimullah, Pereira bekerja sebagai wakil akhbar Starits Times Singapura di Malaysia. Itulah jawatan kewartawanan tertinggi yang Kalimullah pegang sebelum Abdullah melantiknya Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times.

Pereira dengan terang - terang menganggap DEB sebagai dasar kolot. Dasar yang sudah ketinggalan zaman. Dasar yang akan menolak Malaysia ke belakang. Dasar yang akan memundurkan Malaysia.

Pereira tidak mengakui wujudnya Bangsa Melayu. Dia hanya anggap Melayu sebagai masyarakat ( community) sahaja. Beliau menulis “ But the help should be based on the needs of an individual and not a community

Bagi Pereira, orang Melayu hanya boleh dibantu sebagai individu bukan sebagai anggota sebuah masyarakat ( community) apatah lagi sebagai satu bangsa.

Kuncu – kuncu Kalimullah mempersendakan Melayu

Demikianlah hinanya orang Melayu, bangsanya dan parti yang mewakili mereka iaitu UMNO di mata kuncu – kuncu nombor satu Kalimullah. Kalau orang Melayu dan pemimpin UMNO belum tahu siapa dia Kalimullah dan kuncu – kuncunya, memang layak orang Melayu dan UMNO di hina, dicaci dan dicela.

Kalau orang Melayu dalam kegelapan atau berasa nasib mereka terbela, mereka silap besar. Kalau orang Melayu berasa mereka anak peribumu negara Malaysia, mereka akan kecewa besar. Melayu sudah hanyut, sudah bangsat di bumi mereka sendiri, bumi yang konon – kononnya hadzori.

UMNO telah meletakan mereka kerana pemimpin – pemimpin UMNO sudah dilekakan oleh kuasa , harta dan pujian – pujian ibarat semut yang mati kerana kemanisan gula. PAS pula dengan dunia kecilnya dan Keadilan mabuk dengan cita – cita raksasa.

Apa yang Tun Razak susah payah beli dari Singapura pada tahun 1972 dan Tengku Razaleigh pinjam beratus juta untuk membayarnya, Abdullah serah balik kepada Singapura dengan tidak mendapat sesen pun sebagai bayaran.

Hari in, NST yang merupakan harta UMNO yang sudah jatuh ke tangan orang bukan Melayu. Ia sudah kembali menjadi alat propaganda Singapura. Semua ini Abdullah bertanggungjawab melakukan kerana dia “orang baik” yang mudah di eksplotasi dan dimanipulasikan oleh lintah darat seperti Kalimullah dan Khairy Jamaluddin dan gerembolan mereka.

Kalimullah yang merupakan antara 3K yang masih hidup dan berkuasa ke atas Abdullah adalah untuk maksud dan tujuan , seorang ajen badan perisik Singapura – Internal Security Department (ISD)

2K yang lain ialah Khairy, menantu Pak Lah yang sangat berkuasa dan Lamaluddin, anak Pak Lah yang sangat kaya - raya. Mereka buat anak - anak Mahathir nampak macam pengemis.

Dosa Abdullah kepada Melayu

Sebaik sahaja menajdi Perdana Menteri pada 1 November 2003 , Abdullah (Hadzori) memecat Abdullah (Kok Lanas) lantikan Mahathir untuk memberikan Kalimullah jawatan yang paling berkuasa dalam arena media massa Malaysia iaitu Ketua Pengarang Kumpulan NST walaupun Kalimullah merupakan wartawan gred tiga yang jawatan tertingginya ialah wakil akhbar Straits Times Singapura di Malaysia.

Di kalangan pengamal media massa Malaysia Kalimullah adalah antara oppurtunis yang tidak ada langsung semangat cintakan profesion atau kasihkan negara. Golongan ini di dorong semata - mata oleh kuasa dan wang. Mereka merasa merekalah yang terbaik. Sebelum menjadi kuncu Abdullah ( atau lebih tepat memperalatkan Abdullah, Kalimullah dari NST ke STAR dan seterusnya ke Straits Times Singapura. Di dalam Straits Times Singapura dia mengumpat dan mengata Malaysia. Apa yang tidak disiarkan oleh Straits Times diserahkan kepada ISD.

Semasa menjadi pemberita Straits Times, Kalimullah menjadi lidah kepada parti – parti pembangkang di Malaysia. Sebab itulah sekarang Lim Kit Siang (DAP), Pas dan Keadilan cukup benci kepada Kalimullah  kerana Kalimullah sudah berpaling tadah.

Setelah gagal disahkan sebagai Setiausaha Akhbar Ghafar Baba kerana tidak mendapat clearance Special Branch, Kalimullah  berkawan dengan Sanusi. Hatta Sanusi yang kononnya sangar cerdik itu pun termakan cakap-cakap manis Kalimullah. Maka Sanusi beri projek tambah laut di Kuala Muda kepada Kalimullah dan tauke - tauke Cina yang memperalatkan beliau. Bila Sanusi sedar siapa itu Kalimullah dan apa politiknya atas nasihat SB dan badan perisik Indonesia, Sanusi buang Kalimullah macam ketul batu. Kalimullah kutuk Sanusi habis-habisan. Kali cuba masuk kem Mahathir, tapi “no go”. Maka dia cari alternatif. Kalimullah tidak percaya Abdullah ada peluang jadi PM. Dia sekadar mempersendakan Abdullah bila Abdullah jadi Menteri Luar. Nasib Kalimullah cukup baik. Pucuk dicita ulam medatang, orang mengantuk disorongkan bantal apabila Abdullah menaikkan pangkat Noor Mohd Yackop (bekas orang Anwar yang disamak oleh Mahathir) menjadi Menteri Kewangan Kedua. Pintu syurga Kali terbuka. Noor Mohd Yackop adalah kawan yang tidur sebantal dengan Kalimullah. Kalimullah menggunakan Noor Mohd Yackop untuk membuktikan kepada Abdullah tentang betapa luasnya pengalaman dan pengetahuan beliau (Kali) mengenai political intrigue. Melalui Noor Mohd Yackop, Kalimullah melaksanakan komplot politik yang klasikal yang dengan sekelip mata meletakkan beliau sebagai sahaba akrab dan penasihat Abdullah.

Sebaik saja Kalimullah dilantik menjadi Ketua Pengarang Kumpulan NST, dasar NST dan Berita Harian terhadap Singapura tiba-tiba menjadi begitu lembut dan mesra. Berita Harian yang sebelumnya begitu keras terhadap Singapura menjadi kucing pondan – pussycat.

Langkah Kalimullah Kuasai NSTP

Sekali lagi Melayu hampakan Melayu daripada Pengerusi kepada ahli Lembaga Pengarah. Pengarah Urusan dan para pengarang dan wartawan, mereka membisu seribu bahasa. Pengarang dan wartawan BH Sdn Bhd yang motonya “cari makan”. Jangan serta-merta menjadi alat propaganda Singapura.

NST dan BH membri ruang yang lumayan kepada mana-mana juga menteri, khasnya menteri-menteri Melayu macam Abdullah dan Syed Hamid yang tak segan silu memuji Singapura dan menyifatkannya sebagai sahabat karib. Mereka mengisytiharkan bahawa di bawah Abdullah, hubungan Malaysia-Singapura sangat mesra kerana dia dan pemimpin Singapura “golf buddies”.

Mesra memang mesra. Di depan senyum ketawa, di belakang Singapura main buntut kita. Di depan main golf di belakang Singapura main kayu tiga! Hutang budi Kalimullah  kepada Straits Times dan ISD sudah terbayar. Bonus pelaburan ISD ke atas Kalimullah terbayar berganda-ganda dalam bentuk propaganda NST, peluang pelaburan dan menantu Perdana Menteri yang bernama Khairy itu.

Sekarang syarikat pelaburan kerajaan Singapura, Temasik melantik Kalimullah dan ECMLibra, di mana Kali adalah pengerusi dan Khairy pemegang 3 persen saham, sebagai penasihat di Malaysia. Apa juga syarikat Malaysia yang Temasik beli, termasuk Proton yang digambarkan oleh NST dan BH sebagai tak laku satu sen, ECM Libra dapat komisen.. Inilah sabotaj ekonomi yang dilakukan oleh orang-orang seperti Kalimullah, Khairy dan konco-konco korporat mereka dari dalam dan luar negara. Mereka buruk-burukkan korporat tempatan, termasuk GLC, agar harga saham koporat-koporat ini jatuh. Apabila harga jatuh, Temasik dan pelabur asing lain akan masuk dan beli dengan harga yang murah. ECMLibra, selaku Bank Persisiran Pantai yang berdaftar di Labuan, akan mendapa habuan dengan menjadi orang tengah dan commission agent.

Kalimullah  adalah secret agent yang bertopengkan kewartawanan dan membuat kekayaan sebagai tokoh korporat – pengerusi ECMLibra, Ekowood dan kini timbalan pengerusi NSTP. Kami di NSTP tahu yang Kalimullah dengan kuncu-kuncunya sedang menekan turun harga saham NSTP daripada kira-kira RM5 pada tahun 20000 kepada M2.48 sekarang dengan tujuan menjadi pemegang saham kedua terbesar selepas UMNO.

Bila harga saham NSTP jatuh, mudahlah Kali dan konco-konconya membeli dengan harga yang murah. Sebab itulah sebelum dia berhenti daripada menjadi Ketua Pengarang pada 31 Disember 2005, dia sudah melantik dirinya, dengan izin Abdullah, sebagai Timbalan Pengerusi NSTP, satu jawatan yang tidah wujud lebih 10 tahun. Matlamat akhi Kali ialah menjadi Pnegerusi NSTP menggantikan Jeneral (Bersara) Ghazali Cik Mat yang memang tak buat apa-apa untuk menolong Melayu di NSTP.

Kalimullah tipu Abdullah dengan mengatakan dia menyelamatkan NSTP. Apa Kalimullah buat? Dia jual harta-harta NSTP yang dikumpulkan oleh pemilik dan pengurusan sebelum ini. Hakikatnya, dibawah Kalimullah jualan NST terus merosot. Lebih teruk daripada zaman Kok Lanas. Tapi Kali dan koncon-konconya pandai spin (putar belit) statistic. Abdullah percaya saja sebab dia lemah dalam hal ekonomi.

Kerana Khairy Abdullah Jadi Hamba Kali

Abdullah menjadi tali barut Kalimullah semata-mata kerana Kalimullah  telah bersumpah menggunakan segala pengaruhnya, termasuk sokongan daripada ISD Singapura, untuk memajukan kerjaya politik dan korporat Khairy ke tahap yang paling tinggi!
Lihatlah macam mana Kalimullah  melalaikan Abdullah. Di satu pihak Pereira menghina Pemuda Umno yang mana Khairy adalah Timbalan Ketua yang menang tak bertanding, di pihak yang lain, Kalimullah jual 3 peratus saham ECM Libra bernilah RM9.2 juta kepada Khairy. Macam mana menantu Perdana Menteri yang berumur tak sampai 30 tahun boleh dapat duit begini banyak untuk beli saham?

Apakah ini “saham pecuma” yang diberikan oleh Kalimullah dan konco-konco ECM Libranya. Lim Kain Onn dan David Chua Ming Huat, untuk memenuhi janji kepada Abdullah dan menguatkan masa depan mereka sendir? Kalau Khairy beli dari pasaran, tentulah dia kena bayar. Tapi bila beli dari Kali, Lim dan Chua, dia boleh tandatangani “I-O-U”. Apa pun, inilah kali pertama dalam sejarah negara, seorang muda yang berkahwin dengan anak Perdana Menteri memanjat tangga politik dan korporat dengan begitu pantas sekali tanpa seorang pun bertanya. Bagaimana semua ini boleh terjadi dan dari mana dia kebertanggungjawaban dan integriti?

Khairy buat Najib dan Hishammuddin nampak macam pemain bola estet. Dengan kuasa politik , kuasa wang dan kuasa bapa mertua yang ada kepadanya , tidak mustahil Khiary dalam masa terdekat akan berkomplot degnan Kalimullah dan gerombolan media massa korporat untuk menyepak keluar Najib dan Hishammuddin. Siapa yang Kalimullah lantik untuk mengambil tempat nya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NST? Seorang wartawan berbangsa Melayu yang walaupun sudah menajdi Ketua Pengarang Kumpulan tetapi hanya berani jaga BH dan Metro saja – bernam Hishammuddin Aun.

Kuncu Kalimullah dan bekas wartawan Straits Times di Malaysia, Brendan Pereira adalah orang yang berkuasa ke atas NST selaku Pengarang kumpulan NST Sdn Bhd. Dia disokong oleh bekas wartawan asing seperti Rajan Moses (Reuters) Rehman Rashid dan nadarajah ( Far Estern Economic Review yang bangkrup) Semua Melayu kanan dalam NST sudah disingkir , ditekan supaya meletak jawatan atau dibagi kerja glamour tanpa kuasa.

Perjuangan Tun Razqak mendaulatkan Melayu sebagai teras kewartawanan NST sudah dikhianati. Malang seribu kali malang, putera beliau sendiri sunyi dan sepi, menjadi kembiri kerana takut tak dapat jadi Perdana Menteri. Dulu kuncu – kuncu Kalimullah dan Khairy pula yang ganti. Tapi kerana dasar main selamat – play safe – tidak banyak wartawan Melayu dalam NST yang simpati dengan Najib. Najib tak buat apa – apa pun untuk tolong kawan – kawannya dalam NST.

Pereira herdik Pemuda UMNO, Pereira caci DEB . Pereira hina Melayu. Dimana Hishammuddin dan dimana Khairy? Apa jenis wayang yang mereka mainkan untuk lalaikan Melayu. Hunus keris jerit slogan? Macam ayam jantan kokok bukan main nyaring tapi ekor penuh tahi. Inikah Pemuda pembela bangsa? Atau Pemuda pengisi tembolok sendiri.

Dimana roh dan semangat Hussein Onn yang suci dan bersih itu. Atau apakah putera Hussein Onn sebenarnya bukan putera tetapi pussycat yang takut pada tikus mondok bernama Khairy Jamaluddin kerana dia menantu Pak Lah. Bila Hussein Onn menangis kita menangis tetapi seandainya Hishammuddin menangis nampaknya orang akan tertawa dan berkata – padan muka.

Dimana Menteri Menteri Melayu? Dimana MP MElayu? Dimana cerdik pandai Melayu. Dimana bangsa Melayu pada waktu maruah bangsa sedang dicabar dan harta di jual kepada Singapura dan Amerika. Apakah UMNO sudah menjadi parti kembiri, parti pondan , parti darai dan parti Yes Sir, Atau UMNO sebenarnya tidak relevan lagi? Inilah yang digengam oleh Khairy menikam belakang Mahathir?

UMNO sudah mati di NSTP

Kalau UMNO masih relevan dan NST masih dalam kuasa UMNO, mengapa ada seorang pengarang keturunan India yang berani menyifatkan tuntutan UMNO agar semangat dan matlamat DEB dihidupkan semula sebagai langkah yang memecahbelahkan.

Apakah tuntutan hak orang Melayu yang merupakan bangsa induk dan bangsa majority negara ini punca pecah belah atau apakah Pereira orang kanan Kalimullah sengaja membuat kenyataan yang menghasut dengan tujuan memecahbelahkan negara?

Kami wartawan Melayu NSTP pernah hidup dalam berbagai keadaan dan zaman yang mencabar. Zaman percintaan hebat Mahathir – Musa,. Zaman pergaduhan besar Mahathir – Musa. Zaman asmara dana Mahathir – Anwar. Zaman gndah gulana Mahathir – Anwar. Kami dituduh , kami di cela. Teteapi tidak sekali pun kemelayuan kami dihina, di pesenda dan dipermainkan seperti pada zaman Hadzori ini!

Ketua – Ketua Melayu kami dalam NSTP sudah jadi kambing kasi yang membebek sekadar meminta makan dan lari berteduh dari hujan. Mereka sudah lupa perjuangan. Mereka sudah lupa amanah. Mereka tidak lagi anggap UMNO sebagai penyelamat , UMNO sudah abaikan kami. Jadi apa untungnya kami menjiwai UMNO? Bagi kami, jiwa UMNO dalam NSTP sudah mati.

Kami Hantu – Hantu Jalan Liku


Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762