|
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
www.jerit.org
PERJUANGAN PERUMAHAN TETAP MASYARAKAT KG. SG. UDANG: MASYARAKAT KG.
SG.UDANG
Khamis 2/6/2005:
Pada 27/06/2005, sehari selepas , Masyarakat Kg. Sg. Udang gagal membatalkan
notis DBKL di mahkamah tinggi Kuala Lumpur, DBKL telah mengeluarkan notis
bahawa rumah penduduk akan di roboh pada 2/6/2005.
Maka pada pagi ini, penduduk telah mula berkumpul sejak pukul 7:30 pagi di
perkarangan kampung untuk mempertahankan kampung mereka. Masyarakat Sg. Udang telah bertekad untuk tidak membenarkan seorang kakitangan DBKL untuk
masuk ke dalam kampung mereka. Banner telah didirikan dengan slogan tuntutan
mereka. Kanak-kanak di kampung juga telah bersiap sedia untuk menghalang
DBKL. Di samping itu, aktivis-aktivis dari JERIT, DEMA dan Parti Sosialis Malaysia
(PSM) juga turut hadir untuk bersama dengan masyarakat Sg. Udang untuk mempertahankan kampung mereka.
Lebih kurang pada pukul 10 pagi , pihak DBKL yang terdiri daripada 18 orang
pegawai dan lebih kurang 100 kakitangan biasa berserta 5 lori dan beberapa van
telah datang ke jambatan yang merupakan pintu masuk ke Kampung Sg. Udang.
Dengan serta-merta masyarakat telah berkumpul di jambatan dan menghalang
mereka daripada terus masuk ke dalam kampung. Ahli jawatankuasa kampung telah
menyuruh pihak DBKL untuk berundur dan tidak masuk ke dalam kampung.
Pegawai yang bernama En. Bakar dari bahagian penguatkuasa DBKL telah mengatakan mereka hanya datang untuk memberi borang permohonan baru kepada
penduduk untuk menyewa rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
( Sebelum ini tawaran rumah sewa telah diberikan pada awal tahun dimana
penduduk telah menolak tawaran tersebut) Penduduk telah mengatakan mereka
tidak perlu rumah sewa dan tidak mahu borang permohonan tersebut. En. Bakar
telah menyatakan beliau datang atas arahan pegawai atasannya dan meminta
supaya dibenarkan masuk. Permintaan beliau telah ditolak oleh penduduk. Kemudiannya , pegawai perumahan, En. Haji Mustapha telah datang dan
mengatakan perkara yang sama kepada para penduduk. Bagaimana ceritanya, masyarakat tidak berganjak dari jambatan dan menghalang pihak DBKL dari masuk
ke kampung mereka.
Maka pihak DBKL pun telah berundur. Ini adalah satu kejayaan yang sungguh
bermakna bagi masyarakat Sg. Udang yang berada dalam tahap genting dalam
perjuangan untuk perumahan tetap. Satu demi satu , lori dan van DBKL beredar dari
tempat itu. Sehingga pegawai terahir DBKL beredar dari kawasan jambatan
itu, para penduduk tidak berganjak dari jambatan masuk ke dalam kampung.
Setelah pihak DBKL telah berundur, satu mesyuarat telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut, para penduduk telah bertekad untuk meneruskan perjuangan
mereka untuk perumahan yang tetap. Penduduk juga telah membuat keputusan
untuk memastikan kampung Sg. Udang dan perkarangannya tetap berada di kawalan mereka dan pihak DBKL harus dihalang daripada mencerobohnya.
Pada akhirnya, sebelum penduduk bersurai, laungan Hidup Perjuangan, Hidup
Rakyat telah dilaungkan dengan penuh semangat oleh penduduk Kg. Sg. Udang.
Satu perkara sahaja yang masih menjadi pertanyaan, iaitu, kenapa pihak DBKL
datang dengan begitu ramai kakitangan, hanya untuk memberi surat permohanan
rumah sewa kepada penduduk Kg. Sg. Udang.
Disediakan oleh:
Kohila
Sekretariat JERIT
Nota: Permohonan Masyarakat Kg. Sg Udang untuk mendapatkan 'stay order' di
mahkamah rayuan sehingga kes mereka untuk membatalkan notis DBKL dibicarakan
di mahkamah rayuan telah di tolak pada hari ini. Hakim telah mengatakan
'setinggan' tiada hak ke atas kawasan yang mereka diduduki.
Persoalannya, macam mana masyarakat yang telah tinggal sebagai satu perkampungan untuk lebih 30 tahun, yang mempunyai kemudahan elektrik, air, pos,
surau, telefon dan lain-lain perkhidmatan asas dilabel sebagai setinggan. Bukankah
mereka peneroka bandar yang menyahut panggilan kerajaan untuk datang ke bandar dan bekerja di kilang semasa proses perindustrian giat dijalankan di
Malaysia. Apabila peneroka bandar diperlukan, mereka dipanggil, dan apabila tanah
yang dterokai diperlukan, penduduk ini dilabelkan setinggan dan dihalau.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|