![]() |
|
Saya membaca artikel Anuar Mohd Nor yang membicarakan mengenai Melayu Perdana dan Melayu Berjiwa Hamba. Saya meneliti kedua - dua artikel dan melihat kesamaan dari beberapa sudut : 1. Pengisian merdeka yang tidak sempurna oleh orang - orang Melayu diperkatakan oleh kedua - dua penulis dan 2. Hubungan konsep Melayu Perdana yang di terbitkan oleh editor laman ini. Yang menarik perhatian saya adalah kedua - dua artikel ini membawa pengertian yang serupa - kerajaan yang sebenarnya mampu membawa erti kemerdekaan tetapi gagal dalam tanggungjawab mereka membentuk satu bangsa yang merdeka dalam ertikata jiwa yang merdeka. Dalam pada ini saya mengkhususkan tumpuan saya kepada parti yang mendokong hasrat ramai orang - orang Melayu - Umno. Adakah Umno sebenarnya gagal dalam mengisi erti kemerdekaan buat orang - orang Melayu? Saya rasa jawapan yang tepat ada terkandung dalam artikel Anuar Mohd Nor dengan secara tersorok membidas Melayu Perdana yang ditujukan khusus kepada kepimpinan Melayu. Secara ringkas apa yang saya dapati editor umno-reform.com seolah - olah mengatakan bahawa orang - orang Melayu di gula - gulakan, untuk mempercayai bahawa Umno adalah harapan tempat orang - orang Melayu bergantung. Sememangnya benar, umno adalah harapan untuk orang - orang Melayu terus relevan tetapi kepimpinan Umno nampaknya sudah mahu menggunakan amanat ini untuk perjuangan agenda tersendiri. Umno seolah - olah meletakan umpan dan terus memutup mata orang - orang Melayu dari megetahui onar yang diperlakukan oleh mereka. Kepimpinan Umno seolah sepakat untuk terus berkongsi sesama sendiri dan rakyat Melayu Marhean dijadikan hamba untuk memenuhi hasrat diri sendiri. Kedua - dua penulis nampak sedar perkara - perkara ini tetapi masing - masing berselindung tanpa mahu bagi satu pengkhususan terbuka. Memang bila disebut mereka kepimpinan maka tidak lain ia di tujukan kepada kerajaan memerintah tetapi yang lebih spesifik lagi ialah Umno. Mampukah kita secara terbuka mengatakan bahawa kepimpinan Umno adalah penjajah yang mengecilkan Melayu dan membesarkan bangsa - bangsa lain. Salahkah kalau kita katakan bahawa Umno gagal dan kegagalan ini tidak pernah mereka akui dan ini menjadi sebab kita Melayu terus gagal dan gagal. Kalau mengkongkong minda orang - orang Melayu dengan dakwaan palsu kita berjaya, Melayu sudah membangun dan pencapaian ekonominya setanding dengan bangsa - bangsa lain , maka penipuan itu berjaya dan penipuan itu lebih berjaya kerana Melayu sekarang hanya jadi hamba sahaja. Saya amat tertarik kepada tag line editor1 umno-reform " Melayu akan hanya jadi penonton kepada pembangunan negara ini"
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|