BALIK KE MUKA UTAMA

Laporan Polis terhadap www.umno-reform.com - Apa kata Ghazali Mat Dom


Saya telah mendapat salinan laporan polis yang telah di buat oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat ke atas www.umno-reform.com  dan beberapa individu yang di tuduh melakukan provokasi dalam memainkan isu perkauman.

Membaca laporan tersebut jelas menunjukkan kepada saya bahawa terdapat satu kekhuatiran yang begitu besar hadir di kalangan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat. Kekhuatiran yang saya maksudkan adalah hakikat UMNO secara terang dan nyata memperjuangkan bangsa Melayu dan merupakan hanya satu - satu organisasi politik di Malaysia yang menjadi wadah perjuangan kita orang - orang Melayu sedangkan mereka bukan. Mereka khuatir UMNO akan di sokong oleh orang - orang Melayu secara total tanpa berbelah bagi sedangkan mereka dari Parti Keadilan Rakyat masih mencari - cari identiti mereka sendiri. 

Saya menafikan bahawa laman kami adalah ajen propaganda UMNO untuk menimbulkan sentimen perkauman. Kami bergerak secara independen dan saya percaya pelayar - pelayar yang sentiasa melayari laman ini akan menjadi saksi hakikat sebenar kehadiran www.umno-reform.com 

Dalam meneliti isu sebenar yang tersiat dalam laporan polis tersebut saya dapati apa yang di pentingkan oleh Parti Keadilan Rakyat adalah sokongan politik, tidak kira bagaimana cara mahupun coraknya - asalkan PKR dapat menang sudah. Memetik kata - kata Dr Chandra Muzaffar sewaktu meninggalkan Parti Keadilan Nasional - "mereka kepimpinan Keadilan mengamalkan budaya matlamat menghalalkan cara" dan di sini asalkan matlamat mereka tercapai, perjuangan membela nasib orang - orang Melayu oleh UMNO, yang merupakan satu perjuangan yang penting mampu, di label sebagai subversif dan merbahaya hanya kerana politik.

MELAYU DALAM BAHAYA adalah satu terminologi yang di gunakan untuk menunjukkan Melayu semakin tercicir baik dari segi ekonomi, politik dan sosial. Keadaan tercicir inilah yang perlu di baiki dan perlu di perelokkan untuk membolehkan Melayu terus relevan bersaing dalam dan luar negara. Perlu di ingatkan terminologi tersebut adalah MELAYU DALAM KEADAAN BAHAYA DAN BUKAN MELAYU ITU MERBAHAYA. 

Saya beranggapan terminologi itu sesuai untuk menaikkan kening orang - orang Melayu, baik dari kalangan rakyat mahupun pemerintah dalam menyampaikan unjuran bahawa Melayu harus bangkit dari lena dan terus melangkah maju seangkatan dan seiringan dengan bangsa - bangsa lain mana kala pemimpin Melayu harus memainkan peranan dalam merangka formulasi tertentu bagi meningkatkan martabat bangsa. 

Tidak ada yang tersirat dan tersurat dan tidak ada penentangan dalam isu ini kerana kita berhak untuk mencabar bangsa kita agar bangsa kita terus menjadi bangsa yang berdaulat.


www.umno-reform.com  dalam merealisasikan matlamat itu mendesak bukan sahaja Melayu malah terutamanya kepimpinan Melayu supaya tidak membelakangi cita - cita dan matlamat orang - orang Melayu. Mengikuti nama laman ini sahaja sudah cukup menunjukkan bahawa perubahan penting dan serius perlu ada dalam UMNO untuk mengekalkan dan membangunkan politik orang - orang Melayu supaya ianya progresif dan pro aktif. Kesempitan dan pengamalan budaya rasuah dan kronis amat merugikan bangsa kita sendiri. Ini bukan perkara baru dalam perjuangan. Kita mahu nasib orang -orang Melayu terbela dan mereka dapat bangkit dalam usaha memakmurkan Melayu secara khusus. 

Membicarakan Melayu tidak seharusnya di lihat sebagai membelakangi bangsa - bangsa lain. Mereka turut berhak memakmurkan kaum mereka dan tidak ada setakat ini penindasan di lakukan oleh kerajaan terhadap bangsa - bangsa lain. Hakikat sosial kontrak yang sedia ada - keluhuran perlembagaan yang di jamin perlu di fahami dan dalam itu maka perjuangan membebaskan Melayu dari kemelut kemiskinan dan memartabatkan Melayu harus dilaksanakan. 

Saya tetap dengan perjuangan saya untuk Melayu. www.umno-reform.com akan terus berusaha untuk memperjuangkan isu tersebut dan akan terus menentang andai ada kalangan Melayu itu sendiri bangkit memperjuangkan politik diri tanpa menghiraukan kepentingan dan hak Melayu secara menyeluruh. Dalam pada itu tidak ada niat oleh kami untuk memainkan sentimen perkauman malah percaya bahawa tidak terkandung dalam hasrat UMNO untuk mendiskriminasi bangsa - bangsa lain.

Perjuangan Melayu menjadi teras dan bukan kulit 

Ghazali Mat Dom

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762