![]() |
|||||
| Eksklusif
Tidak benar ada kemelut dalam rumah tangga YAB Dato' Hj A. Ghani bin Othman. Berita mengenai kekecohan rumah tangga YAB Dato Hj Abdul Ghani Othman tersebar luas di kalangan ahli UMNO dan kami juga telah menerima beberapa SMS mengenai isu ini. Melunaskan tanggung jawab kami di www.umno-reform.com bertindak untuk menghantar SMS melalui kenalan kami bertanyakan hal ini terus kepada YAB Dato Hj Abdul Ghani Othman. SMS bertanyakan isu tersebut di hantar pada jam 1.30am pagi tadi dan di balas oleh YAB Dato, jam 5.30am pagi tadi. Berikut adalah isi kandung SMS yang MENAFIKAN terdapat sebarang pergolakan dalam rumah tangga YAB Dato yang memfitnah kekecohan adalah berpunca dari hubungan beliau dengan seorang wanita dan isteri beliau sudah berpindah ke Shah Alam meninggalkan beliau. " Bila kami di Kuala Lumpur memang kami tinggal di rumah kami di Shah Alam. Dah lama amalan itu. Saya sendiri pun bila ada di KL tinggal di situ. Anak kami yang bekerja di KL tinggal di situ. Ada masa beberapa hari kami di situ kerana urusan saya berulang ke KL atau urusan isteri saya dah bersara dari UTM, sekarang menjadi Adjunt Profesor di UM, bukan tugas sepenuh masa , menjalankan projek menerbitkan buku bersama UM" Beliau turut memaklumkan bahawa beliau bersama isteri beliau turut hadir pada program di JB malam tadi. www.umno-reform.com mengeluarkan berita SMS yang di terima dari YAB Dato Hj Abdul Ghani bagi menunjukkan beberapa perkara: 1. Menawarkan semua bentuk fitnah yang timbul mengenai YAB Dato Hj Ghani Othman. 2. Menunjukkan betapa terbuka YAB dalam menjawab soalan yang diajukan oleh laman web kami, yang kami kira suara kecil ahli UMNO dan suara rakyat bawahan Kami amat berbangga dengan YAB, yang sudi melayan SMS dari rakyat bawahan. Kami juga ingin menyarankan kepada kepimpinan yang lain, bahawa sekiranya diajukan sebarang persoalan, jawablah dan jangan membiarkan mereka atau khususnya kami membuat andaian melalui berita - berita yang telah di kirimkan kepada kami. |
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
| ||||
|
Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762
|