BALIK KE MUKA UTAMA

Tun Ghafar Baba
Semoga ALLAH mencurahi rahmat keatas roh beliau

Pelajar - pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris memakai terompah, singlet, tidak bercukur ke kuliah. Mereka menunjukkan protes elaun penuntut yang begitu kecil. Inggeris akhirnya bersetuju menaikkan elaun dan nama Ghafar Baba terserlah sebagai seorang pemimpin pelajar yang di hormati. (lihat Ghafar Baba, Abdul Latiff Abu Bakar muka 12)

SITC 1946 Ghafar duduk tengah

Dari seorang anak yatim yang begitu miskin, Ghafar Baba melonjak sehingga memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Jawatan lain yang di sandang adalah: 

Setiausaha Kesatuan guru - guru 1946 - 1948, 
Setiausaha UMNO Melaka 1951
Pengerusi UMNO Melaka 1955
Ketua Menteri Melaka 1959 - 1963

Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957
Ketua Penerangan UMNO 1958
Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
Timbalan Perdana Menteri 1986

Ghafar Baba telah juga menjawat beberapa jawatan penting dalam memastikan apa yang di mahukan beliau tercapai. Beliau mahu memperjuangkan nasib bangsa agar tidak tergadai dan tidak terpinggir di bumi sendiri.

Ghafar Baba adalah antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 4 Perdana Menteri. Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir.

bersama Dr Hatta Naib Presiden Indonesia

Kesetiaan beliau pada UMNO memang tidak dapat di nafikan walaupun dikatakan berasa hati kerana tidak di lantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sewaktu Tun Hussein Onn. Namun Ghafar masih dengan UMNO sehingga Dr Mahathir melantik beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Apa pun hari ini jasa Tun Ghaffar Baba terus dikenang.  Umur begitu deras berlalu namun kita tidak sepatutnya lupa akan jasa Tun Ghaffar Baba sewaktu mentadbir negara ini. Beliau adalah antara orang yang paling berpengalaman dan agak rugi andai kita tidak mengambil iktibar dari ilmu yang ada pada beliau.

UMNO wajar memperingati jasa - jasa beliau dan aset yang paling penting ialah pengalaman beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan dan memperjuangkan bangsa. Al Fatihah
 


 

Ghafar Baba semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka

Ketua Menteri Melaka

 

 

sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762