|
Khairy Jamaluddin - Ganas atau Dengki
Beliau rakus mencaturkan politik tanah air, menyusun rakan - rakan beliau dalam setiap kementerian dan syarikat milik kerajaan, sombong dalam pertuturan kerana berpendapat kerangka politik hanya di tentukan dengan ijazah dan keintelektualan sahaja. Bertindak ganas dalam menentukan hasrat politik. Semua ini tersiar dalam www.malaysia-today.net yang sehingga kini melibatkan 4 siri artikel hanya untuk menentang Khairy Jamaluddin. Membaca kesemua 4 siri penulisan tersebut amat menggerunkan kita. Khairy dikatakan orang yang mempengaruhi Pak Lah sehingga ada yang mengatakan bahawa Khairy adalah Perdana Menteri Malaysia ketika ini. Kenapa begitu teruk sekali kritikan terhadap beliau sehingga kita yang membaca agak risau sekiranya Khairy Jamaluddin menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak. Apakah beliau rakus dan benar - benar bertindak memanipulasi, memijak dan mengambil tindakan menghapuskan mereka yang di anggap saingan kepada dirinya. Kini Khaiy di katakan sedang mencaturkan agar Datuk Najib Tun Abdul Razak disingkirkan kerana Datuk Najib mampu menjadi penghalang kepada cita-cita politik beliau.
Namun apa yang jelas digambarkan adalah kelahiran Khairy dalam mengatur semua ini adalah kerana 2
faktor:
· Kelemahan Pak Lah yang terpengaruh dan bergantung harap dengan Khairy
· Kelemahan beberapa kepimpinan UMNO yang takut menongkah arus sekiranya menentang Khairy Jamaluddin ianya bererti seperti menolak Khairy bererti menolak Perdana Menteri dan ini amat menyukarkan perkembangan politik mereka
Itulah yang sebenarnya di gambarkan oleh artikel tersebut - selain dari keganasan Khairy adalah kesempitan ruangan dalam UMNO untuk bersuara mencari dan meneliti kebenaran - takut - takut kehilangan tempat dalam UMNO. Khairy di gambarkan tidak berani di tentang - khususnya oleh tokoh - tokoh seperti Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang satu ketika dahulu amat popular dalam Pemuda. Beliau dikatakan membuat langkah bijak untuk terus menjilat Khairy Jamaluddin tidak seperti Zahidi Zainol Abidin (Perlis) yang kini tersangkut gara - gara cuba melawan Khairy.
Semua ini di selongkar oleh laman web politik Parti Keadilan Nasional yang di kendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin - penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kabar Angin dalam politik Malaysia
Sesuatu yang pasti adalah kabar angin dalam politik Malaysia tidak boleh di pandang sebelah mata oleh kita. Banyak kabar angin menjadi realiti dalam politik tanah air ini. Bukan itu sahaja, kabar angin kenaikan minyak juga menjadi realiti sedang sebok kepimpinan mengatakan bahawa belum di rancangkan kenaikan minyak tersebut.
Hari ini berita - berita mengenai Khairy Jamaluddin tersebar luas. Sebuah lagi laman web UMNO - www.agendaily.com menyusul untuk menemu bual Khairy Jamaluddin dalam usaha memberi ruangan kepada Khairy Jamaluddin menafikan berita tersebut. Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa itu semua adalah fitnah politik tetapi tidak mahu mengambil tindakan ke atas mereka. Bagi Khairy semua itu adalah kecil dan mungkin laman web www.malaysia-today.net terlampau kecil untuk mengubah senario politik di kalangan ahli - ahli UMNO.
Namun kehadiran hampir 20 muka tulisan menghentam Khairy Jamaluddin bagi www.umno-reform.com bukan sesuatu yang perlu dipandang sebelah mata. Apakah sebenarnya penyebab Khairy tidak mahu mengambil tindakan. Apakah ada asas kebenaran www.malaysia-today.net mengkritik Khairy.
www.umno-reform.com akan meneliti kedua - dua laporan mengenai Khairy Jamaluddin - satu dari laporan www.malaysia-today.net dan temubual www.agendadaily.com mengenai kemelut keganasan politik Khairy.
Bersama www.umno-reform.com dalam siri Ganas atau Dengki - Khairy Jamaluddin
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|