![]() |
|
|
|
Pemuda Umno bertukar menjadi satu gerakan konfirmiti. Pergerkan Pemuda Umno hilang "dignity" semenjak Datuk hishammuddin menerajui Pemuda. Datuk Hishammuddin bukan dari gerakan "arus bawah". Beliau hadir dengan menjual maruah pergerakan, menolak asas penubuhan pemuda Umno dan lebih kepada memperdagangkan pergerakan itu untuk kepentingan politik se mata - mata. Kehadiran barisan kepimpinan meletakan hasrat bukan untuk perjuangan tetapi lebih kepada cita - cita tersendiri dan aktiviti kemasyarakatan yang ada hanya menjurus keapda kepentingan lonjatan politik masing - masing. Datuk Hishammuddin membentuk pergerakan Pemuda lebih kepada melakukan tugas - tugas mempertahankan setiap dasar yang di bentuk sungguhpun mereka sedar dasar itu menyimpang. Budaya konfimiti ini membuatkan pergerakan itu terbantut dan yang akan rugi adalah bangsa kita sendiri. Hisham sewaktu memimpin Pemuda hanya menuruti apa yang di tetapkan oleh Majlis Tertinggi, tidak memikirkan dan melihat seseuatu dasar itu secara terperinci. Slogan utama Pemuda Umno adalah "jangan menongkah arus" , hakikatnya nanti kurus. Ini menyebabkan Pemuda itu gagal berfungsi sebagai satu pergerakan pendesak, mendesa kerajaan dari sudut kepentingan bangsa dan agama. Budaya menurut, mengikut dan berdiam diri adalah perlu dalam kepimpinan Hisham, sekiranya mereka mahu terus berada dalam buku Hisham. Sebarang tindakan drastik, kritikan dan cadangan yang lebih kepada kontra akan menghancurkan seseorang itu. Hisahm hadir sebagai menentukan agar beliau akan hadir untuk tahun - tahun berikutnya dalam politik tanah air dan yang pasti terus berkuasa. Hari ini Hisham bakal digantikan dengan Khairy - orang yang tidak pernah mengenal budaya kita melainkan membaca dan mendengar interpretasi orang lain. Khairy adalah Melayu yang tidak berbudaya. Oleh kerana itulah Khairy dan Hisham digelar dengan gelaran "tukang sorak" kerana poltik mereka hanya menunggu oportunistik untuk terus naik dan membuat harta. Saya berani cabar Hishmmuddin untuk menyanggah apa yang di peratakan. Secara kesimpulan , dari zaman pemerintahan Tun Mahadir sehingga lah ke zaman Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, pemuda hanya sebagai kelab penyokong kerajaan
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|