BALIK KE MUKA UTAMA


Kenyataan Media
(19 Mei 2006)

TAJUK :

FORUM SENSITIF TANPA PERMIT :
POLIS DI MINTA BERTINDAK TEGAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan  Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow seperti mana yang disiarkan di dalam Bernama.Com pada 19 Mei  2006 yang bertajuk Penganjur Forum Tidak Mohon Permit yang mana beliau telah menjelaskan  bahawa adalah lebih baik pihak yang ingin menganjurkan forum yang menyentuh isu-isu  sensitif memohon permit polis untuk keselamatan awam walaupun permit polis tidak diwajibkan  bagi mana-mana pihak ingin menganjurkan forum atau seminar tertutup.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada penganjuran forum umum bertajuk "Perlembagaan  Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua" yang menimbulkan kekecohan akibat demonstrasi orang  ramai. Beliau membetulkan fakta bahawa sebenarnya program tersebut tidak mempunyai permit  polis untuk dianjurkan.

Bermakna, penganjur program iaitu Aliran dan Article 11, yang dianggotai 14 pertubuhan  bukan kerajaan (NGOs) termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),  Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) telah melakukan perhimpunan HARAM yang  sebelum ini didakwa telah mendapat kebenaran polis untuk diadakan forum tersebut.

DPPNJ mengharapkan agar pemantauan terhadap aktiviti yang seumpama ini akan dapat dipantau  dengan lebih serius agar kejadian seperti ini khususnya yang menyentuh sensitiviti umat  Islam dapat dielakkan.

Lebih-lebih lagi, forum ini didakwa membincangkan tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan  Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil  mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

DPPNJ juga melahirkan rasa terkilan kerana forum yang dilabelkan sebagai sensitif ini telah  didakan sebelum ini iaitu di Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas dan di Melaka pada 21 April  lepas. Bermakna, sekiranya tiada demonstrasi diadakan maka forum sensitif ini akan tetap  berjalan.

Kesunguhan kira-kira 500 orang yang mendakwa mewakili Badan Anti Suruhanjaya Antara  Kepercayaan Agama (BADAi) mengadakan demonstrasi secara aman di depan Hotel Cititel di  Jalan Penang pada hari Ahad lalu, bagi membantah penganjuran satu forum yang didakwa  menghina Islam walaupun dilihat sebagai satu kesalahan dan dilabelkan sebagai tindakan  BODOH oleh Datuk Nazri Aziz telah berjaya membuka mata semua pihak terhadap isu sensitif  ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762