BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: Fazlullah

From_Name: fazlullah15@yahoo.com

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum,

Saya tidak pernah menulis dalam ruangan dan laman ini,tetapi saya terpanggil untuk menulis kerana sikap sombong dan bongkaknya pemimpin2 Umno bila berkata2. Dato'Nazri Aziz dengan sombongnya mengatakan kerajaan tidak akan melayan walau 100kali demontrasi. Mereka ada kuasa dan mereka menggunakan apa2 saja yg boleh mereka gunakan, Polis dan segala jentera kerajaan kecuali askar saja yang mereka tidak gunakan.

Rakyat Malaysia tidak sama dgn rakyat negara lain,tapi saya yakin rakyat Malaysia lebih dahsyat bila mereka tidak mampu lagi menahan kemarahan dan kesabaran. Mereka boleh merusuh jika mahu.Lihat saja bila ada perlawanan bolasepak antara Perak dgn MPPJ,dgn beraninya FRU masuk kekawasan penonton yg pada anggapan penonton akan takut,tapi sebaliknya FRU terbabit teruk dibelasah dan penonton tidak berganjak walau sedikit pun malah mereka mencabar FRU agar datang ke tempat mereka.

Buktinya rakyat Malaysia boleh bertindak melampaui batas2 kemanusiaan. Saya berharap agar Nazri Aziz cermin2 diri,jangan bercakap ikut sedap mulut serta ampu boss. Ingat jika mereka lancarkan mogok walaupun satu hari nescaya lumpuhlah Malaysia. Nazri kena ingat benda ini. Ingatlah hidup ini umpama roda.Ada masanya kita diatas dan ada ketika kita dibawah. Ingatlah Allah maha berkuasa.

Anytime Allah boleh tarik nikmat kita.Ingatlah Nazri Aziz.Jangan ingat dunia sahaja...Ingatlah akhirat sekali. Sekian,wassalam.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762