![]() |
|
Melayu perlu berubah - demikian bunyinya topik yang di kemukakan oleh RTM1 bersama Datuk Johan Jafar bersama panel - panel yang dijemput, Datuk Norza Zakaria ( EXCO Pemuda UMNO Malaysia) dan Ismalina Ismail ( EXCO Puteri UMNO Malaysia). Saya ingin mengemukakan komen - komen saya mengenai apa yang telah disebutkan oleh golongan muda ini mengenai Melayu hari ini. Penekanan utama saya adalah kepada apa yang disaran oleh Datuk Norza Zakaria yang berbunyi " Melayu mesti ada ego". Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Norza tetapi malang kenyataan tersebut tidak disambut dengan alasan keperluan untuk Melayu membina ego mereka dan bentuk ego yang perlu ada pada Melayu. Melayu benar - benar perlu berubah, demikian dapat di simpulkan oleh beliau. Beliau menggesa diadakan gerakan massa dengan izin "mass movement to generate drastic changes in Malay" . Malangnya saranan - saranan ini bagi saya umpama mimpi yang tidak mungkin dapat dicapai kerana Datuk Norza meletakkan beberapa pra syarat yang sebenarnya tidak mampu diadakan dalam usaha membentuk peradapan Melayu. Kita lihat Datuk Norza mengulangi kondisi - kondisi yang ada - agama di politik-kan, Melayu menghilangkan hasrat dengki - sikap menuduh kerajaan salah dan kepimpinan korup. Sebenarnya kondisi - kondisi ini wujud dalam semua struktur masyarakat dan kondisi - kondisi ini adalah realiti ada. Mengharapkan kondisi - kondisi ini untuk lenyap supaya boleh mengerakkan arah tamaddun dan peradapan Melayu bagi saya adalah idealis Datuk Norza yang juga diharapkan oleh semua tetapi tidak mungkin akan ada. Kita harus membawa Melayu mengharusi masa dalam apa juga keadaan yang ada. Realitinya kita harus bersedia, kepimpinan harus cekap dan memahami apa yang diperlukan untuk menyediakan Melayu pada tahap yang sesuai untuk di lepaskan ke hutan dan dunia realiti kehidupan. Usaha gerakan massa - sebenarnya telah wujud lama - Revolusi Mental, Revolusi Pendidikan dan saranan - saranan budaya Melayu Baru yang lahir pada zaman awal kepimpinan Dr Mahathir. Hasilnya Melayu masih ketinggalan - hasilnya Melayu masih gagal mencapai pegangan ekuiti 30% seperti yang disasarkan. Datuk Norza kemudiannya melahirkan satu lagi konsep idealis baru - cubit peha kiri, peha kanan terasa. Beliau menyimpulkan kondisi ini perlu ada kepada usahawan - usahawan Melayu . Kondisi - kondisi idealis ini tidak mungkin dapat di capai dengan keadaan tekanan yang ada sekarang ini. Sebenarnya saranan Ismalina Ismail agar kita berhenti sejenak mengenai diri dan bangsa kita adalah lebih praktikal. Kita perlu turun ke asas, melihat kembali apa yang telah kita lakukan. Berbeza sedikit dari Ismalina - saranan ini saya tujukan terutama kepada kepimpinan kita. Penentuan dasar - dasar kita dan satu perkara utama - MENGAKUI KESILAPAN YANG SEMEMANGNYA ADA LAH LANGKAH PERTAMA KEJAYAAN Apa pun semangat yang di potretkan dalam forum tersebut oleh kedua - dua anak muda itu di hargai Miuhammad Farid Daniel
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|