|
From: fenDy ahmAd <neba2020@yahoo.com>
To: sabu_jr2@yahoo.com, editor1@umno-reform.com
Subject: Salam Hormat Date: Thu 01/26/06 08:04 AM
Asslalmmualaikum Buat Saudara Yang Dihormati,
Perasaan saya tersentuh sungguh tatkala membaca tulisan saudara yang
disiarkan oleh www.umno-reform.com
Saya tidaklah mempunyai pengalaman politik, tetapi dengan sedikit ilmu
yang saya miliki, saya cukup bersetuju dengan apa yang disuratkan oleh
Saudara.
Sebenarnya jiwa saya sekarang ini selalu saja 'Panas' dengan keadaan
pengurusan ekonomi dan kewangan yang dijalankan oleh Pak Lah ini.
TUN DR MAHATHIR adalah IDOLA saya sejak saya mula mengenal dunia ini.
Ideologi DR M amat saya kagumi, malangnya sejak dua menjak ini seperti
ada usaha untuk menenggelamkan segala idea idea beliau.
Ahli masyarakat yang arif dan bijak menafsir segala isu isu
ekonomi terkini pasti dapat memikirkan betapa haluan baru ini seumpama
sudah TERPESONG daripada JANJI AWAL
PERDANA MENTERI ketika membuat ucapan TERIMA KASIH kepada TUN DR M di
PARLIMEN yang bahawa beliau akan meneruskan agenda yang telah disusun
oleh TUN. Jangan nanti atas alasan 'cara berbeza tapi maksudnya sama'
dijadikan paksi untuk mengaburi mata masyarakat betapa kononnya model
dan rangka idea TUN masih diteruskan.
TUN DR MAHATHIR mungkin sudah mencecah 80 tahun tetapi ideologi beliau
masuh berganda lebeh mantap dan konkrit berbanding dengan apa yang kita
lihat mutakhir ini
Moga Malaysia kita akan dipacu kebali ke jalan yang sepatutnya kita
berada.
InsyaAllah
|