|
Parti Keadilan Rakyat bergolak lagi - Ezam Mohd Nor boikot konvokesyen
Konvensyen Parti Keadilan Rakyat yang di adakan pada hari Ahad lalu bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, kehilangan ikon perjuangan reformasi mereka Ezam Mohd Nor. Ezam Mohd Nor
yang di beritakan oleh beberapa kenalan kami memulaukan program tersebut.
Pihak kami di maklumkan bahawa PKR sedang menghadapi krisis paling besar sejak pembebasan Anwar Ibrahim. Krisis itu bukan sekadar krisis perebutan jawatan tetapi melangkah jauh melibatkan pertubuhan informal mereka - golongan reformasi yang terlibat secara langsung memperjuangkan agenda reformasi.
Di beritakan Parti Keadilan Rakyat kini mengenepikan pejuang - pejuang reformasi yang suatu ketika dahulu dikatakan hebat menjadi pemangkin perjuangan rakyat.
Kami di maklumkan oleh salah seorang pejuang reformasi ( tanpa edit ) :
Perjuangan Parti Keadilan Rakyat sekarang adalah untuk mereka yang mampu membeli tempat di sisi Anwar Ibrahim. Apa tidaknya jamuan sekarang bernilai beribu - ribu ringgit yang hanya mampu di beli oleh orang berada tapi bila ianya untuk golongan reformasi - sesi minum bersama Anwar Ibrahim di batalkan sedangkan program
Black 14 di Kelab Century KONONNYA adalah untuk meraikan mereka yang pernah di tahan atau OKT.
Apa yang dikatakan oleh pejuang reformasi tersebut ada kebenarannya. Memang benar jamuan ringan meraikan Anwar Ibrahim dengan golongan reformasi di batalkan kononnya kerana tidak mampu di biaya oleh penganjur. Namun program besar - besar bersama Anwar Ibrahim, mereka mampu membeli meja dan tempat dengan kadar
sehingga RM 10,000 semata - mata untuk mendapat perhatian Anwar Ibrahim.
Golongan reformasi hanya di perlukan untuk menyalak, menjerit perkataan reformasi atau memenuhi masjid dan jalanan apabila Anwar Ibrahim lalu atau membuat program. Itu sahaja kegunaan mereka. Mungkin Anwar Ibrahim tidak sedar atau tidak mahu sedar tetapi suara - suara golongan ini sudah kedengaran dengan kekesalan
terhadap perbuatan beberapa kepimpinan Anwar Ibrahim yang kini lupa daratan
kini menyerlah.
Merujuk kepada ketidakhadiran Ezam Mohd Nor, www.umno-reform.com
telah menghubungi Ketua Penerangan Keadilan Rakyat untuk bertanyakan isu ini. En Tien Chua memaklumkan kepada kami bahawa Ezam Mohd Nor tidak memulaukan konvensyen tersebut tetapi mempunyai program keluarga berasingan. Apa pun, hakikat sebenarnya : Ezam Mohd Nor tidak hadir dan alasan yang di berikan amat rapuh sekali.
www.umno-reform.com
percaya sebaik sahaja artikel ini di siarkan maka banyak lagi rungutan mengenai isu - isu yang membabitkan pejuang reformasi akan terbit. Sekiranya ada maklum balas hubungi editor1@umno-reform.com atau hubungi atau SMS talian kami di 012-6544762
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|