![]() |
|
Apakah kita masih pesimis dengan landasan arah tuju Pak Lah. Kita melihat Pak Lah bukan sahaja mementingkan sektor korporat malah telah membawa Rancangan Malaysia ke 9 kearah berlainan - penentuan moral dan harga diri. Pembentukan ini terjana dalam hasrat dan cara perlaksanaan yang telah digariskan oleh RMK 9. Apakah salah kalau kita memberi peluang kepada Pak Lah dalam menguruskan satu bentuk pembangunan yang bukan sahaja menitik beratkan persoalan industi, sektor korporat tetapi melangkaui pembangunan kepada pembangunan moral dan tatasulisa. Penekanan budaya tidak ketinggalan apabila diresapkan konsep Islam Universalisme dalam RMK 9. Peresapan ini mengambil kira nilai - nilai positif Islam yang akan di terapkan kedalam pembangunan Isaniah. Apakah ini tidak melepasi kongkongan budaya barat atau kolonialisma dalam bentuk penjajahan Inggeris? Persoalan budaya, bangsa dan bahasa tidak di tinggalkan dalam pembentukan arah Malaysia. Ini terangkum dalam pembentukan model rakyat Malaysia dan pengkhususan peruntukan dalam pendidikan. Penyataan Islam dalam RMK 9 sudah cukup kuat untuk menunjukkan bahawa konsep - konsep peneraju utama RMK 9 adalah berdasarkan apa yang kita sebut acuan kita. Kita harus peka dalam soal ini sungguhpun kita percaya ramai rakyat memikirkan bahawa Pak Lah perlu "spell out" setiap ayat yang dibentangkan. Kita harus sedar dalam masyarakat berbilang bangsa kita tidak seharusnya memberi penekanan secara langsung kepada aspek Melayu dan budaya Melayu. Sungguhpun ini PERCAYALAH sesuatu yang serius di pejuangkan oleh UMNO dibawah kepimpinan Pak Lah tetapi hanya penonjolannya sahaj yang dikurangkan. Kita tidak perlu runsing konon - kononnya kepimpinan kita akan melenyapkan bahasa , budaya dan adat Melayu kita kerana ini tidak mungkin berlaku. Tetapi kita sendiri melenyapkan istilah Melayu pada diri kita sendiri mungkin berlaku. Oleh itu pejuangan mereka yang perihatin terhadap isu - isu Melayu, bahasa , bangsa dan adat ini harus menjurumus kepada perlaksanaan kita , usaha kita dan penerangan kita dalam teus memartabatkan bangsa. Apakah ini mustahil dilakukan? Apakah kita tidak nampak initiatif cara mana kita harus memperkayakan bahasa dan budaya bangsa? Apakah kita hanya mengharap satu barisan ayat dalam RMK 9 untuk menunjukkan bahawa kerajaan melakukan segala usaha untuk menjayakan produk bangsa itu sendiri. Satu lagi yang pendapat yang bagi saya hanya menunjukkan bahawa, apabila hasrat kita adalah untuk mengkritik dan nampak bjak maka semuanya di tegur termasuk terma Misi Nasional dan Misi Rakyat. Sebenarnya RMK 9 sudah sememangnya untuk rakyat negara ini, kritikan terma hanya dilakukan oleh orang yang nampak bijak tetapi sunggul dalam memberikan input untuk perlaksanaan. Mereka ini bijak dalam areana yang mementingkan diri sahaja. Kita harus memulakan initiatif kita kerana RMK 9 sudah memperuntukkan landasan - landasan yang amat kondusif bagi kita dalam memperkasakan bangsa. Kita tidak seharusnya pesimis malah kita seharusnya pro -aktif. Kita mahu melakukan dalam bidang dan ruang lingkup kita satu usaha bagi memperkasakan bahasa kita. Hanya kita boleh menentukan. Apa pun perlaksanaan RMK 9 harus dilaksanakan dengan lebih telus dan terbuka. Pengawasan perlu dan setiap kesongsangan harus diselongkar agar kita maju setapak lagi dan bukan mengulangi intipati RMK 9 dalam RMK 10.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|