![]() |
|
Kehendak politik - agenda politik - musuh politik dan kegilaan merebut kuasa menyeluruh adalah agenda - agenda yang wujud dalam membahasi era kepimpinan Pak Lah sekarang ini. Tuduhan melampau yang hadir dalam laman - laman web seperti www.umno-reform.com dan www.kmu.net.my hanya menunjukkan bahawa UMNO semakin kritikal dalam perebutan kuasa. Siapa yang mahu merebut kuasa ini ? Jawapan pasti akan hadir dan kita pasti akan melihat perbalahan paling sengit dalam tahun - tahun akan datang. Malangnya tindakan menghentam Pak Lah hari ini tidak dapat pembelaan menyeluruh dari menteri - menteri kabinet khususnya Timbalan Perdana Menteri. Ini menjadi satu kehairanan apabila orang nombor 2 Malaysia hanya tercegat dan gagal merealisasikan amanat perlantikan beliau. Apakah Najib tidak bersetuju dengan Pak Lah? Apakah setakat ini Najib hanya melihat segala kesulitan yang berlaku dan terus mendiamkan atau lebih tepat lagi lagi seakan "meng-amin-kan" keadaan. Perkara ini tidak pernah berlaku. Kita sering lihat bagaimana orang nombor dua dalam kerajaan akan mempertahankan keputusan - keputusan kerajaan. Kita lihat bagaimana Tun Abdul Razak mempertahankan Tengku Abdul Rahman dan seperti mana Anwar Ibrahim mempertahankan Dr Mahathir sebelum ini. Hari ini kedudukan berbeza. Saya tidak nampak Najib bersungguh - sungguh mempertahankan Pak Lah sehingga kelihatan sekarang ini Najib hanya berusaha membersihkan diri untuk menunggu bila Pak Lah akan kecundang. Saya lebih nampak situasi Pak Lah termengah - megah mempetahankan keputusan kabinet sementara mereka hanya menyokong dan tidak tampil kehadapan dalam mempertahankan amanat Perdana Mewnteri. Keputusan pembatalan jambatan adalah keputusan bersama - tetapi senario yang dipertontonkan adalah seperti Pak Lah membuat keputusan bersendirian dan yang lain seperti Timbalan Perdana Menteri hanya duduk bersahaja dengan ayat - ayat keputusan kerajaan tepat dan betul. Mereka tidak hadir dengan semangat memperjuangkan keputusan mereka ( sebagai keputusan kolektif) tetapi hambar dalam memberi penjelasan. Isu kenaikan minyak juga mengharungi senario seumpama itu. Pak Lah nampak bersendiri dalam hal - hal ini sehingga kadang kala kesilapan Pak Lah sengaja dibiarkan oleh orang - orang seperti Najib. Ini adalah senario yang jelas bagi saya. Apakah Najib hanya menanti masa yang sesuai untuk menggantikan Pak Lah dan tidak mahu mengambil risiko untuk tercedera sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. UMNO kini nampak tersisih dari Pak Lah. Hanya media - media rasmi UMNO sahaja yang tidak turut membelasah Pak Lah tetapi media lain (alternatif UMNO) bersahaja membelasat Pak Lah. Saya seakan nampak seolah - olah media - media seperti www.umno-reform.com khususnya Sang Kelembai menitik dan menghentam Pak Lah seolah - olah Pak Lah adalah Perdana Menteri yang tidak mereka restui. Tindakan ahli UMNO lain amat tidak menyenangkan saya khusus mereka yang rapat dengan Pak Lah. Mereka turut seolah - olah membiarkan sahaja Pak Lah untuk terus dihentam dan cakap - cakap dalam UMNO sendiri amat menyedihkan. Apakah sebenarnya ada gerakan untuk menjatuhkan Pak Lah?
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|