BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


Terima Kasih kepada editor1 umno-reform.com kerana sudi menyiarkan artikel Pak Lah - Era Pemerintahan Baru. Terima Kasih juga kepada yang telah mengemukakan beebrapa soalan untuk di jawab. Pertama sekali ingin saya maklumkan bahawa jawapan saya adalah mengikut kaca mata saya sendiri dan bukan mewakili mana - mana pihak terutama Pak Lah. Kehadiran saya memberi pandangan adalah kerana sebab - sebab berikut:

  • kritikan melampau tanpa etika oleh pihak - pihak tertentu yang bagi saya mempunyai beberapa kepentingan tertentu khususnya mewakili mereka yang mahu melihat Pak Lah tersungkur dan menaikkan orang - orang tertentu.
     

  • Timbulnya kumpulan - kumpulan kecil yang kini mahu bergabung untuk menubuhkan gerakan anti - Pak Lah, yang menyebarkan maklumat - maklumat dangkal dan tidak tepat.
     

  • Gagalnya saya melihat mereka yang sepatutnya berdiri di sebelah Pak Lah, Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar dan pegawai - pegawai peribadi Pak Lah bertindak dan kemungkinan kealphaan mereka untuk melihat bahawa media internat akan menjadi media utama dalam propoganda politik.

Atas desakan dan kepercayaan saya bahawa tindakan - tindakan rakus mengkritik Pak Lah dengan motif - motif tertentu, khususnya di kalangan UMNO maka saya berusaha untuk mengkaji setiap keputusan , setiap cadangan dan perlaksanaan baik pembentukkan dasar atau hanya ketetapan dalam Pak Lah mentadbir negeri ini.

Pertama sekali saya ingin menyentuh komen Sdr Abu Ahmad mengenai tulisan Pak Lah - Era Pemerintahan Baru sebagai satu justifikasi "stereotyped"   yang sama sekali menurut beliau anti-globalisasi, patronizing, anti-free speech, discriminative,  kekampungan, memperbudak-budakkan dan kebudak-budakan.

Saya menerima komen - komen itu secara terbuka. Pertama kali saya ingin meminta penilaian jujur dalam melihat apa yang disebut saudara sebagai polisi pemerintahan ala McCarthysme. Penilaian kehadiran element McCarthysme tersebut yang muncul  bagi saya bukan dalam era pemerintahan Pak Lah. Sehingga hari ini polisi yang di sebut sebagai McCarthysme ( polisi yang wujud dalam zaman keraguan pemerintahan Amerika akan kehadiran nilai - nilai komunisma dalam pentadbiran lantas mengambil tindakan berupa Internal Security Act (Malaysia) dan tindakan drastik menangkap dan menahan)  seakan merosot atau hampir hilang di bawah pemerintahan Pak Lah berbanding dengan pemerintahan Dr Mahathir. Kita mampu lihat dengan adanya berapa keluasan dari segi kebebasan bersuara - baik dalam parlimen atau pun dalam perhimpunan  - perhimpunan dan ceramah terbuka. Sehingga hari ini pembangkang harus mengakui bahawa ruangan demokrasi adalah lebih terserlah dalam era pemerintahan Pak Lah sehingga MP UMNO sendiri agak runsing dengan ruangan - ruangan yang di buka khususnya dalam cadangan penubuhan "Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)" sebagai contoh terbaru. Tindakan Pak Lah untuk memastikan agar Polis tidak bertindak dengan kuasa melampau kini di tentang oleh MP UMNO dan terbalik pula - Pak Lah disokong oleh pembangkang.

Minilai perkembangan terbaru ini apakah ruangan demokrasi tersebut semakin mengendur berbanding dengan keadaan sebelum ini. Kita harus melihat perubahan - arus kesinambungan pemerintahan dan pembawaan baru di era Pak Lah. Perubahan bukan boleh di sumbat - di hambat kedalam dasar. Beberapa kajian terpeinci , mengira risiko dan mengambil "calculated risk" dalam menerapkan perubahan. Langkah  - langkah baru ini, kebebasan yang nampak jelas dalam bidang perundangan, peningkatan kes - kes yang di bawa ke mahkamah terhadap rasuah dan penubuhan beberapa jawatan bagi memantapkan perkara kesopanan dan kesusilaan dalam pemerintahan diambilkira dalam pemerintahan Pak Lah. Apakah ini tidak disedari.

Saudara pembaca www.umno-reform.com

Langkah - langkah membawa Malaysia melihat potensi pertanian bukan langkah kebelakang tetapi adalah memenuhi pembangunan pertanian yang kita langkaui dalam keghairahan kita menuju ke arah pembangunan perindusterian dan agenda 2020 sandaran Dr Mahathir Mohamed. Pembangunan dan kemodenan teknologi pertanian adalah perkara yang kita terlepas pandang dalam kita menjerumus rakus kepada pembangunan fizikal infrastruktur negara. Kenyataan kita menuju kebelakang tidak wujud dan hanya tindakan segelintir orang - orang dalam UMNO sendiri untuk melafazkan kekecewaan kerana projek - projek mega gagal di buat secara mendadak oleh kepimpinan Pak Lah. Projek - projek mega sebelum ini tidak berjaya melahirkan usahawan mantap tetapi lebih kepada melahirkan bumiputera Ali Baba sahaja. Inilah sebeb mereka sanggup mengeluarkan hari ini belanja untuk mengkritik dan terus bertindak berusaha untuk menjatuhkan Pak Lah.

Beberapa perlaksanaan Pak Lah dapat dilihat berusaha untuk menutup usahawan - usahawan segera yang kebanyakkan menguntungkan beberapa kerat orang - orang Melayu. beberapa kerat orang  - orang Melayu tersebut sebenarnya menjual bangsa sendiri dengan pengagihan kontrak terseut kepada kaum - kaum tertentu khususnya kaum Cina. Saya tidak mahu menampakkan sikap - sikap ultra Melayu tetapi langkah  - langkah untuk mempertahankan jurang perbezaan antara kaum ini perlu  bagi menghindari kemungkinan yang merosakan.

Dalam itulah maka beberapa perlaksanaan dan motif perlaksanaan tidak dapat di beri penerangan secara terus kerana seperti apa yang penah saya katakan - ianya mungkin mendatangan lebih mudarat dari manafaat.

Isu - isu lain yang dikemukakan seperti anti globalisasi bagi saya tidak berasas. Pak Lah bagi saya tidak berpegang kepada cengkaman menidakkan globalisasi kerana mahu tidak mahu ianya pasti hadir. Apa yang Pak Lah lakukan adalah untuk menyediakan rakyat kita kepada kejutan pasaran terbuka di peringkat global. Kita harus akui bahawa infrastruktur kita - teknologi kita dan kekukuhan kita dalam pegangan modal masih longgar dan mampu di digegarkan oleh negara - negara besar yang lain.  Kita harus bersedia dan persediaan ini memerlukan belanja agar rakyat kita khususnya Melayu tidak tercicir dalam saingan. Sebenarnya di peringkat lokal sendiri, usahawan Melayu kita tidak cukup mantap didalam saingan dengan bangsa  Cina khususnya - masakan kita mampu menjerumus ke peringkat antarabangsa.

Sdra pembaca dan Sdra Abu Ahmad,

Tak kala kita sebok mencari ruangan  - ruangan kelemahan  - hakikat kita menyumbang kearah kelemahan semakin ketara. Sumbangan berupa kritikan amat di hargai tetapi apa yang lebih perlu adalah sumbangan total penerimaan - berkerja sama dan bertindak secara kolektif - khususnya Melayu dalam menangani pegangan perekonomian bangsa lain yang jauh dari kemampuan kita untuk mencapainya. Kritikan dan desakan pembangkang tidak dibiarkan begitu sahaja. langkah - langkah untuk membuktikan bahawa tuduhan liar mengenai kelemahan Pak Lah tidak menjadi ass utama untuk mereka perjuangkan. Langkah  - langah meningkatkan ekonomi orang Melayu khususnya dalam merapatkan jurang kemakmuran sedang di usahakan dan kita pasti akan merasakan efek yang tidak melegakan seketika.

Namun Insyallah ianya akan tercapai.

enam4enam3


Sedikit jawapan untuk soalan - soalan lain

Pak Lah tidak kekal seperti Dr Mahathir baik dalam corak pemerintahan mahupun perlaksanaan dasar - dasar baru kerjaan. Pak Lah telah menetapkan beberapa dasar baru - atau sedang berusaha melengkapkan Agenda 2020 yang tidak menyeluruh atau hanya memberi penekanan kepada - kemajuan ekonomi sahaja. Sebenarnya dasar- dasar kerajaan di bawah pemerintahan Pak Lah memberi penekanan kearah paradigma Tawhid yang harus di beri penekanan sebagaimana kita memberi menekankan pembangunan material dan perekonomian moden.

Sebenarnya asas kemodenan yang mahu dicapai harus diimbangi dengan nilai - nilai keutuhan Tawhid bagi menyempurnakan masyarakat yang ada. Kesilapan barat dan negara  - negara maju lain adalah seperti kata : Roger Garudy dalam buku : Janji - Janji Islam (1986) sebagai "Membunuh tamadun sendiri". ini adalah ekrana konsep - konsep pembangunan yang yang memisahkan agama dan negara, pengabaian nilai - nilai rohani dalam kehidupan , pembangunan yang bersifat kebendaan semata - mata : merupakan di antara penyelewengan pemikiran barat yang malangnya sedang menjangkiti sebahagian besar masyarakat Islam. Oleh itu pendekatan Islam Hadhari ( walaupun di tolak kerana terma oleh sesetengah pihak) perlu ada bagi mengimbangki keseluruhan pembangunan dan bukan pembangunan separa atau " half baked". Ini kelainan antara Dr Mahathir dan  Pak Lah.

Bagi soalan mengenai peralihan libiliti : Dr Mahathir mempunyai visi pembangunan beliau yang tidak mudah di tolak sebagai satu usaha kemodenan. Peralihan dari Tun Dr Mahathir ke Pak Lah bukan sahaja wujud pada kuasa tetapi kepada banyak peralihan lain, termasuk kos - kos , bebanan hutang , kos - kos penyelenggaraan di samping kos baru yang perlu di serap oleh Pak Lah dalam visi pemerintahan beliau pula.

Sekian Terima Kasih 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762