|
Runtuhnya
kuasa politik, pengimbangan letak di tangan siapa?
Anuar Mohd Nor
editor1@umno-reform.com
012-6544672
Pernah saya menulis mengenai isu Melayu Dalam Bahaya dan mengambil kata
- kata keramat dari Bapa UMNO, Dato Onn Jaafar. Petikan itu saya
turunkan kembali untuk kita terus mengimbau dan meneliti realiti kata -
kata beliau dan bagaimana kita dapat memberi evaluasi semasa mengenai
kedudukan kita rakyat Malaysia di zaman ini.
Political power without Economic power is a
shadow. The industrial and commercial mechanism is the means by which a
country satisfied the necessaries of life according to its standards of
living. Those who control a vital factor in it can, if they wish,
obstruct or cut off the supply of the necessity and so being decisive
pressure to bear upon the political authority.
Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for Malays (
Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah Adam
Tidak dapat di nafikan lagi
Apakah salah bila Dato Onn Jaafar mengatakan bahawa kuasa politik tanpa
kuasa ekonomi adalah bagai kulit tidak teras? Apakah sebenarnya harapan
Dato Onn mahukan Melayu pada teras dan bukan kulit turut merujuk kepada
pegangan ekonomi orang - orang Melayu yang harus di pertingkatkan?
Apakah tidak kita dengan kesedaran tersebut berusaha dan berlumba
melahirkan usahawan bumiputera segera demi menunjukkan bahawa pegangan
ekuiti Melayu meningkat sungguhpun hakikat kualitatif penyertaan tidak
menunjukkan pegangan utuh malah ampuh.
Tidak dapat dinafikan bahawa usaha - usaha kerajaan wujud melalui
kesedaran yang telah di nyatakan oleh Dato Onn Jaafar. Berbagai insentif
di peruntukkan untuk orang - orang Melayu yang kini menjadi korporat
besar - yang turut sepatutnya di haprak - kan juga oleh kepimpinan kita
sebelum ini.
Namun hakikat - jutawan segera yang ada, dengan segala kemudahan yang di
berikan hanya menyaksikan peratus pencapaian Melayu dalam pegangan
ekonomi berada di takuk yang sama malah menurut dalam erti kata nilai
sebenarnya. Melayu terus di tahap itu dan kegagalan Melayu ini di ambil
oleh segelintir kepimpinan Melayu sebagai kebodohan Melayu yang meliputi
sikap dan sifat Melayu itu sendiri. Maka hari ini Melayu di menerima
pakai jenama baru - pemalas, haprak dan mudah lupa.
Susunan masyarakat
Kalau dahulu pecahan susunan masyarakat Melayu boleh di bahagiakan
kepada 3 peringkat ia itu - golongan kepimpinan, golongan korporat dan
rakyat marhaen. Namun kini pencantuman dua kelas antara kepimpinan dan
korporat menjadikan Melayu itu tersusun kepada 2 susunan definisi
masyarakat - golongan elitis pemilik dan rakyat yang dimiliki.
Pencantuman 2 golongan - pemimpin politik dan korporat ini bagi saya
mengejakan perkataan bahaya buat kita rakyat biasa. Elitis pemilik ini
menggenggam dua bidang kuasa - pemilik kuasa politik dan pemilih modal
yang akan menginterpretasi dasar menurut moral dan etika yang hanya
bersesuaian untuk memenuhi kehendak elitis itu tadi. Mereka akhirnya
menjadi penentu hidup, arah hidup, keadaan hidup dan memaksa kita
menggugurkan apa yang kita sebut sebagai pegangan baik moral, tradisi
mahupun pekerti itu sendiri. Tekanan yang di ertikan oleh saya sebagai
diskriminasi, kerana kita tidak lagi boleh membuat pilihan, memberi
pendapat dan mengaturkan kehendak sungguhpun kita adalah suara majoriti
yang di katakan akan di bela oleh setiap kepimpinan. Bagi saya
diskriminasi itu sendiri timbul bila elitis pemilik, mengaturkan
kehendak tanpa sekatan kerana kekuatan kuasa politik tersebut turut di
milik mereka baik secara langsung mahupun tidak.
Songsang mengertikan perjuangan
Hakikat perjuangan memerlukan pengorbanan dan atas pengorbanan itu
menzahirkan kemanisan kejayaan - namun kini sudah di songsangkan.
Melaung - laungkan perjuangan tanpa ada risiko bagi saya bukan definisi
perjuangan yang sebenarnya. Memiliki kuasa untuk mengubah, memiliki
kuasa untuk mencorak dan memiliki kuasa untuk menentukan tidak
memerlukan perjuangan untuk menjayakan sesuatu yang memberi faedah
kepada rakyat terbanyak. Mereka hanya perlu melaksanakan dan bukan
memperjuangkan. Mereka yang memperjuangkan adalah mereka yang berusaha
merobah, berusaha untuk memperbaiki dari nilai yang tiada kepada nilai
yang ada. Perjuangan adalah untuk memastikan agar apa yang diperjuangkan
dapat membantu, menaik taraf dan bertindak menuntut agar apa yang tiada
dapat di adakan. Mereka menentang bentuk - bentuk diskriminasi, tekanan
dan tindasan demi mencapai keadilan yang di fikirkan benar dan harus di
kecapi. Mereka bukan dari elitis pemilik tetapi mereka berjuang apabila
mereka mendapati bahawa elitis pemilik pincang dalam mengertikan
kehendak rakyat.
Bagi saya yang mengejakan bahaya buat kita rakyat kebiasaan adalah apa
yang dimiliki oleh elitis pemilik tadi. Mereka memegangkan kekuatan
korporat dan ekonomi dan mereka juga memegang kuasa politik bagi
menentukan hasrat mereka tercapai. Apabila kedua - dua kuasa diperolehi
maka elitis pemilik ini bagaikan tuhan di bumi Malaysia, menentu,
mencorak serta mampu melakukan diskriminasi sungguhpun konon - kononnya
untuk memperjuangkan keadaan yang lebih baik kelak untuk rakyat
Malaysia. Mereka gagal mengetahui apa yang perlu dan apa yang tidak
perlu untuk rakyat. Mereka mendefinisikan kejayaan menurut erti mereka
sendiri.
Mereka berselindung atas nama kejayaan negara sedangkan pengertian
kejayaan negara itu tidak tersalur kepada rakyat biasa yang semakin
tertekan dan semakin gusar. Mereka turut berselindung untuk memberitahu
rakyat hak mereka dan apa sepatutnya diperolehi oleh mereka, kerana hak
sepatut telah rampas oleh mereka.
Elitis pemilik dan bahaya buat rakyat Malaysia
Sentimen biasa adalah perjuangan untuk rakyat Malaysia. Mereka hadir
dari usaha kerajaan untuk membentuk khususnya jutawan Melayu bagi
menentukan agar kuasa politik tidak di telan oleh kuasa ekonomi
khususnya oleh bangsa - bangsa lain di negara ini. Itu hasrat dan dasar
kepimpinan Melayu sewaktu itu. Beberapa kerat Melayu telah di pilih
untuk meneruskan usaha menambahkan pegangan ekuiti Melayu. Satu
perjuangan atau satu perlaksanaan? Namun dalam usaha kerajaan memberi
berbagai kemudahan untuk tokoh - tokoh yang bakal menjadi ahli korporat
ini ahli - ahli politik yang mempunyai kuasa untuk menentukan dasar
pembahagian ekuiti antara orang - orang Melayu terserap dalam agenda
korporat. Bagi yang kuat memapah pegangan nilai perjuangan, mereka ini
akan di telan oleh tokoh - tokoh korporat tersebut untuk membolehkan
elitis pemilik ini menggenggam kuasa politik. Lantas ini hanya
menunjukkan bahawa kebenaran jangkaan Dato Onn dari satu sudut - kuasa
ekonomi mampu menelan kuasa politik. Hari ini kuasa ekonomi menjadi
penentu. Kuasa politik yang mempunyai tanggung jawab sosial lain untuk
diperjuangkan kini mengukur kejayaan dari sudut akaun tahunan - kadar
untung rugi dan indeks pasaran sahaja. Maka sebarang keputusan -
keputusan akan melalui proses untung rugi kewangan dan bukan nilai -
nilai kehidupan, kesejahteraan dan pekerti. Proses mengukur nilai
kehidupan adalah dengan pegangan wang ringgit dan tidak kira bagaimana
dan apa sumbernya. Dalam penyatuan ini maka kita akan lihat pemegang
kuasa ekonomi ini , kini juga adalah pemerintahan negara ini. Setiap
keputusan adalah untuk kebaikan negara sungguhpun rakyat tertekan.
Pengukuran adalah kadar untung rugi, keputusan akan melihat kepentingan
kewangan, pegangan pemodal dan nilai - nilai sosial terbiar yang hanya
sekadar retorik bercerita.
Ini bagi saya adalah satu fenomena baru yang perlu di galas agar apa
yang dikatakan sebagai tanggung jawab sosial tidak di ketepikan.
Fenomena inilah yang saya diklasifikasikan sebagai elitis pemilik yang
gagal melihat rakyat dari persepsi rakyat itu sendiri.
Kita dapat melihat contoh yang paling ketara apabila elitis pemilik ini
membicarakan mengenai isu air. Apa yang di bincangkan adalah kos yang
perlu di tambah dengan alasan paip perlu di ganti dan mendapatkan
kualiti penyelenggaraan dengan nilai yang sentiasa dinaikkan untuk
rakyat terus membayarnya. Tidak kedengaran langsung oleh mereka laungan
rakyat yang mahukan penurunan tarif air dengan kualiti yang baik.
Jawapan korporat yang paling sesuai menuruti semua teori perekonomian
adalah - sekiranya mahukan perkhidmatan yang baik maka bayaran perlu di
tingkatkan. Maka dengan keputusan elitis pemilik ini maka kadar air
pasti dinaikkan, tanpa menghiraukan sama ada ini menjadi satu bebanan
atau tidak. Keputusan mereka adalah rakyat perlu membayar untuk
menampung kos dan keuntungan elitis tersebut. Banyak sistem dan cara
lain yang boleh menjadi contoh bagaimana kualiti air dapat diperbaiki
dengan tarif kadar yang di kenakan adalah murah tetapi kita lebih selesa
dengan penswastaan yang rakyat bukan sahaja di kenakan kos untuk air
malah untuk menampung keuntungan syarikat korporat tersebut. Bagi kita
secara asas - keuntungan syarikat itu adalah kos buat kita dan kos ini
akan menimbulkan "bebanan tidak perlu" untuk rakyat.
Pemilikan Melayu dan infrastruktur Cina
Idea untuk mengadakan jutawan Melayu bagi menjayakan pengiraan ekuiti
Bumiputera dalam perniagaan dan perekonomian adalah baik tetapi malang
ianya tidak di sertai dengan kekuatan infrastruktur yang akhirnya akan
di pegang oleh bangsa - bangsa asing khususnya kaum Cina. Bukan hasrat
untuk mengkritik bangsa Cina kerana mereka berhak juga untuk menjayakan
ekonomi bangsa mereka tetapi saya menggariskan realiti sebenarnya
keadaan elitis pemilik khususnya Melayu. Mereka mencari untung dari
rakyat dengan kontrak pemberian kerajaan yang mahu menjaga kepentingan
rakyat tetapi setiap kontrak perlu disandarkan kepada kekuatan
infrastruktur bangsa lain khususnya Cina. Elitis pemilik ini hanya
memikirkan kewangan untuk syarikat mereka dan tidak ada garis panduan
yang menetapkan tanggungjawab sosial mereka terhadap rakyat malah bagi
saya tidak langsung memikirkan persoalan bangsa. Perniagaan elitis
pemilik ini yang mampu saya klasifikasi sebagai Melayu yang lahir dari
tongkat besar yang di beri tetapi akhirnya menyalahkan Melayu itu
sendiri sebagai sentimen kurangnya kejayaan Melayu dalam perniagaan.
Kepada siapa rakyat merujuk
Penurunan upah bawa balik untuk sesebuah keluarga menyebabkan kualiti
hidup keluarga itu berkurangan. Peningkatan kos dan bagi saya wang yang
di keluarkan oleh rakyat bagi mencatatkan keuntungan syarikat - syarikat
elitis pemilik ini membebankan. Namun kuasa politik yang sepatutnya
mempunyai tanggungjawab sosial kini semakin terhapus dan yang tinggal
hanyalah kuasa elitis pemilik tadi untuk menentukan corak dan perjalanan
hidup rakyat.
Kepada siapa harus kita rujuk. Peningkatan bil air dan elektrik, kadar
minyak dan bahan - bahan mentah yang turut melambung, bayaran tol dan
desakan kos pelajaran anak - anak, rumah setinggan yang diduduki lebih
30 tahun yang melayakkan Melayu itu sekurang - kurang di beri peluang
untuk memiliki harta di kota di hapuskan, aktiviti memindah kos bank -
bank untuk dibiayai oleh rakyat supaya bank - bank tersebut ghairah
mencatat untuk besar dan akhir sekali persoalan siapa pemilik syarikat
gergasi tersebut kalau tidak kita label sebagai elitis pemilik tadi -
mereka yang memiliki kuasa politik dan ekonomi, mereka yang memiliki
kuasa ekonomi yang membeli kuasa politik dan mereka yang mempunyai kuasa
ekonomi mengugut kuasa politik dan akhirnya pengiraan hanya dari sudut
ekonomi yang membebankan rakyat atas hakikat kononnya untuk memajukan
negara.
Kesedaran kita jadi penentu
Saudara - saudari yang saya muliakan,
Kuasanya adalah pada kesedaran kita. Kuasanya adalah pada penyatuan
suara kita. Kita sebagai buruh, pengguna dan mereka yang rata - rata
hidup atas kapasiti rakyat biasa mempunyai kuasa merubah. Saya juga akur
kesilapan saya yang hanya memusatkan kepada perubahan dalam umno tetapi
tidak melihat keadaan sekeliling. Saya baru di sedarkan bahawa sekiranya
kita mempunyai suara pengguna yang utuh maka kita yang akan menentukan
harga. Sekiranya kita mempunyai suara pekerja yang padu maka tidak
terpinggir hak kita hanya kerana mereka membuat keuntungan.
Kita hanya perlukan kesedaran agar pemilik elitis tersebut di cabar dan
semua tokoh korporat sedar bahawa peluh rakyat bukan keseluruhan
keuntungan buat mereka. Kita mampu mendengar, mampu melihat dan mampu
menentukan agar perkhidmatan yang di beri adalah untuk rakyat dengan kos
yang selesa dan bukan kos yang akhirnya meletakkan syarikat korporat
dengan indeks perolehan tinggi untuk kemudahan elitis pemilik tadi.
Saya berjanji pada diri saya, setelah agak lama kehilangan untuk bangkit
menceritakan perubahan dan seterusnya penyatuan agar yang menjadi mangsa
diskriminasi bukan kita lagi.
|